KENINGAU: Santai sambil merokok – budaya ini sudah menjadi tabiat pelajar-pelajar sekolah di Keningau, menyaksikan kegiatan melepak di kalangan mereka semakin menjadi-jadi.
Aktiviti ini sama ada disedari atau tidak, ibu bapa dan guru-guru perlu duduk semeja untuk berbincang – kenapa masalah itu semakin tidak terkawal.
Lepak dan merokok di kalangan pelajar sekolah mengisi perbincangan pro dan kontra di kalangan warga Keningau, yang membawa kepada usul mendedahkan aktiviti itu melalui akhbar.
Bertindak daripada aduan, akhbar ini telah melakukan intipan beberapa hari di beberapa kawasan strategi, dan mendapati dakwaan itu benar-benar berlaku.
“Bosan di rumah,” itulah jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah, ketika diajukan soalan.
Sambil merokok dan bergurau senda dengan rakan-rakan lepak, pelajar itu mendakwa mereka kehilangan hala tuju apabila ibu bapa gagal menunaikan permintaan mereka untuk mendapatkan sesuatu, seperti telefon bimbit dan pakaian.
“Ibu bapa kami sentiasa menyogokkan jawapan tidak ada duit … ini yang membosankan,” jelas pelajar-pelajar ini dan menambah, mereka melepak sekadar untuk menghilangkan tekanan keluarga.
Intipan yang dibuat mendapati, kebanyakan pelajar yang terlibat melakukan aktiviti itu selepas waktu sekolah, atau mereka yang ponteng sekolah.
Satu kes yang berasingan dalam kumpulan gadis-gadis remaja, mereka mendakwa terpaksa melepak untuk mencari peluang daripada kalangan rakan-rakan lelaki atau orang awam yang sanggup menunaikan permintaan mereka.
“Pok makan, bos,” inilah jawapan yang mereka berikan kepada wartawan.
Kajian mendapati berpuluh gadis remaja yang tersungkur dan terpaksa mengakui hakikat dijadikan ‘perempuan simpanan’, di kalangan tertentu semata-mata untuk mengejar kemewahan.
Terdapat pelajar turut terlibat dalam kes-kes seumpama, dan kajian mendapati kebanyakannya berasal daripada keluarga miskin.
“Kemiskinan mendorong kami untuk melakukan semua ini,” jelas seorang pelajar yang kini sebagai perempuan simpanan kepada seorang lelaki yang tidak dinamakan.
Orang ramai yang turut diminta pendapat mencadangkan, sekolah perlu melalui proses penjenamaan semula dalam usaha memartabatkan gedung ilmu itu, bukan sekadar melahirkan pelajar berilmu tetapi pelajar bermoral tinggi. -NST
Wednesday, April 7, 2010
Lepak dan merokok di kalangan pelajar K'gau berleluasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ibubapa, guru dan orang awam perlu mainkan peranan. selamatkan belia-belia muda kita demi masa depan mereka dan sabah. undang-undang juga perlu lebih tegas dalam membantu menagani masalah ini. selain menyumbang kepada pandangan negatif dr orang luar gejala ini juga berpotensi untuk lebih cenderung melakukan jenayah kelak. pa2 pun masalah ini berpunca dari remaja itu sendiri.
ReplyDeleteGegala ini berpunca daripada sikap yang berwajib tidak dapat menjalankan amanah sebaik mungkin.Contohnya, hiburan yang melampau yang disajikan setiap hari sama ada di media massa ataupun media elektronik.Marilah kita sama-sama membuat kajian, berapa banyakkah majalah yang berunsur pendidikan jika dibandingkan dengan majalah hiburan. Kita sebenarnya khilaf untuk menilai kehidupan ini,dengan membiarkan remaja mencorakkan kehidupan tanpa pendidikan agama secukupnya menyebabkan remaja tidak mempunyai jati diri atau kita sendiri tidak boleh menjadi "role model" kepada anak sendiri menyebabkan gejala ini membuas. Seperkara lagi, kepesatan pasarana dan dunia teknologi tidak kita jadikan wadah untuk menambah ilmu yang berkaitan pendidikan anak-anak.Ibubapa harus menerapkan kasih-sayang bertempat kepada anak-anak dengan tidak mengenepikan aspek ketegasan dalam mendidik anak-anak.Masakan anak akan menjadi baik jikalau ayah dan ibunya juga mempunyai masalah moral.Rumah hanya dijadikan persinggahan kedua bagi mereka remaja ini. Remaja sebenarnya tidak terhibur di rumah dan bagi mereka rumah adalah mimpi ngeri bagi mereka.
ReplyDeleteTerdapat banyak sebab/punca mengapa berlaku hal sedemikian. Hal ini dimana2 pun berlaku, bukan sahaja di Keningau tapi di merata dunia. Kalau tidak ada penawaran tidak akan ada permintaan.... jangan suru orang berhenti merokok jika rokok masih lagi berada di pasaran.. Tapi jika diteliti dari sudut lain.. ianya berlaku dari diri sendiri.. jika anda sedar akan kesan negatif, sudah tentu tidak akan melibatkan diri dengan rokok. Tapi itu hak masing2... selain itu kerajaan dan mana2 badan perlu mengambil bahagian dalam membuat kempen dan usaha2 untuk kesedaran umum berkaitan dengan rokok.. sekadar pendapat...
ReplyDeleteSetiap masyarakat perlu mamainkan peranan penting dalam menagani permasalahan ini ia termasuklah ibubapa, para gura, media, peniaga dan orang awam. Contohnya ibubapa dan guru-guru kenalah sentiasa memerhati gerak-geri mereka samada di sekolah ataupun di rumah. Dan para peniaga harus meneleti pembeli rokok kerana si pembeli rokok mungkin adalah seorang pelajar dan masih bawah umur 18thn. Media juga kenalah sentiasa menyiarkan samada melalui TV/surat khabar dan sebagainya akan akibat-nya kepada pelajar yang melakukan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral ini akan di kenakan tindakan yang setimpal. Orang ramai juga turut sama dalam mengani kegiatan budaya lepak di kalangan pelajar ini dengan melaporkan kepada pihak berkuasa (polis), sekolah dan sebagainya untuk tindakan selanjutnya. Dengan adanya kerjasama dari semua pihak kegiatan lepak dan merokok di kalangan pelajar ini dapat dikurangkan agar ianya tidak berleluasa.
ReplyDeleteBudaya lepak ni bukan hanya berlaku di Keningau tetapi juga di mana-mana di seluruh Sabah. Moral golongan remaja sekarang jelas menunjukkan keruntuhan akhlak kerana ada di antara mereka sanggup menjual maruah diri semata-mata untuk mengejar kemewahan. Kemiskinan telah menyebabkan mereka sanggup mengambil jalan singkat tanpa menghiraukan dosa dan azab yang bakal ditanggung di akhirat nanti. Namun bagi mengatasi masalah ini.....apakah ada pihak2 tertentu di Keningau yang ringan tangan untuk memberi nasihat dan ilmu berguna untuk menyelematkan remaja-remaja ini daripada lebih terjerumus dengan perkara-perkara yang lebih menakutkan seperti dadah, pelacuran, buang bayi dsbnya. Setahu saya pihak-pihak tertentu di daerah keningau ini jangan tutup sebelah mata dalam mengatasi gejala sosial ini daripada terus berlaku.
ReplyDeleteMasalah ini perlu dibendung dengan segera. Walaupun ini bukan pertama kali berlaku, ia tetap perlu dibendung dari berlarutan.
ReplyDeleteIbu bapa, guru-guru, orang awam dan pihak berkuasa perlu berkerjasama dalam membendung sebarang aktiviti-aktiviti yang tidak sihat..
Corak kehidupan yang berkonsepkan ala-ala moden dan unlimited sosial sudah menjadi sangat sinonim di kalangan masyarakat dari berbagai peringkat, umur, bangsa dan status.Keutamaan semestinya bermula dengan basik pendidikan dari rumah dan ibu bapa lah yang sepatutnya dipertanggungjawab kan untuk mengawal pergerakan anak masing-masing.Senario kehidupan moden dan perlu berkerja keras untuk menyara keluarga masing-masing telah sedikit sebanyak menjarakkan hubungan rapat antara anak dengan ibubapa.Terdapat segelintir ibubapa yang jarang mengambil peduli tentang perkembangan anak masing-masing sehinggakan anak tersebut menjadi sangat manja dan berani mencuba sesuatu yang boleh merosakkan diri sendiri. Siapakah yang silap sebanarnya..??? tidak boleh dipersalahkan guru yang telah sedaya upaya menabur ilmu untuk anak murid mereka. Golongan remaja ini la yang agak sukar dikawal kerana jiwa muda yang sentiasa memberontak untuk sesuatu yang mereka sendiri pun tidak pasti.Guru hanya mendidik dalam bidang ilmiah kerana itulah yang boleh menjanjikan halatuju dan masa depan pelajar sedemikian.
ReplyDeletegejala sosial seperti ini bukan saja berlaku di tempat-tempat tertentu sahaja malahan kebanyakkan kawasan di Sabah pun menghadapi masalah sosial yang sama. pihak polis dan pihak sekolah perlu mempunyai kerjasama yang erat agar boleh membanteras gejala sosial dalam kalangan pelajar. contohnya, pada waktu persekolahan, peronda polis melakukan rondaan di kawasan yang sering menjadi tumpuan para pelajar yang ponteng sekolah dan melepak. secara tidak langsung, para pelajar akan berasa takut untuk ponteng lagi.
ReplyDeleteMemang menyakitkan hati saya bila membaca berita ini. Ibubapa yg tiada duit tlh menjadi alasan remaja-remaja ini. Mereka mungkin tdk dpt merasakan kasihsayang ibubapa baru menjadi begitu. Ada juga remaja-remaja yg ingin mendapatkan barang yg mewah apabila nampak rakan mereka ada. Gadis muda pula suka mewah lebih drpd lelaki, duit, popularity dan kasihsayang sangat diperlukan seseorang perempuan. Harap harap ibubapa dpt selesaikan masalah ini dgn cepat dan guru guru juga harus memberikan mereka pengajaran agama maka juga memberikan mereka lebih banyak perhatian.
ReplyDeleteMereka perlukan kasihsayang. =.="
ReplyDeletegejala seperti ini perlu dibendung dengan segera.. ibu-bapa, guru-guru dan orang awam perlu bekerjasama menangani masalah ini... kita mesti mendidik anak-nak muda masa kini dengan nilai-nilaimurni kerana mereka merupakan generasi akan datang yang akan memimpin negara ini.
ReplyDeleteremaja sekarang harus didik dengan baik.. budaya lepas ni hanyalah perbuatn yang membuagn masa dan tidak berfaedah..
ReplyDelete