Wednesday, April 7, 2010

Pemimpin UMNO Sedang Sibuk Tebalkan Poket?

Pemimpin UMNO di negeri ini didakwa sedang berlumba mengumpulkan harta kekayaan masing-masing setelah menyedari Barisan Na-sional (BN) tidak berpeluang untuk menang pada pilihan raya umum akan datang.

Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia terbukti apabila majoriti tender projek yang dikeluarkan kerajaan dimonopoli pemimpin UMNO, sekali gus membuktikan hakikat bahawa parti itu mengutamakan kroni.

“Cerita pemimpin UMNO sedang ‘besarkan perut supaya kenyang’ sudah menjadi buah mulut rakyat khususnya di kedai kopi dan lebih mengejutkan, penyokong kerajaan sendiri turut bercakap mengenainya.

“Ini berlaku kerana mereka tahu rakyat tidak akan memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum nanti kerana mengalami krisis kepimpinan yang begitu serius,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mengumpulkan harta dilihat sebagai perkara penting kepada orang UMNO dan atas sebab itu kebajikan rakyat bukan lagi fokus utama melainkan usaha memperoleh projek yang mampu ‘menebalkan’ poket.

Beliau berkata, memang benar penubuhan UMNO satu ketika dahulu khususnya zaman pemerintahan Tun Razak Husein adalah berjuang membasmi kemiskinan dan membantu rakyat namun sekarang matlamatnya jauh tersasar.

Malah katanya, sikap mencari kemewahan bukan sahaja berlaku di negeri ini, sebaliknya turut berleluasa di negeri pimpinan BN lain termasuk kepimpinan Kerajaan Pusat sendiri.

“Perjuangan UMNO sudah jauh tersimpang dan Pas bersama pakatan pembangkang akan berusaha mengembalikan semula hak rakyat.

“Rakyat sudah bosan sebenarnya dengan sikap pemimpin UMNO dan mereka akan jatuhkan kerajaan BN pada pilihan raya umum nanti,” katanya. -SH

8 comments:
Write comments
  1. http://www.jutawanklik.com/?a_aid=bugis2010&a_bid=2

    ReplyDelete
  2. i don't know if this is true or not. i don't want to make false accusations. lets just wait for the next GE

    ReplyDelete
  3. We'll just have to wait and see if this is true or not. We can't accuse the wrong party. Maybe someone is behind this.

    ReplyDelete
  4. Yeah, it's true...I've heard that BN is going down as people doesn't believe in them anymore. With BN, the people think they're useless and can't do anything useful for the community. We'll just have to see about that.

    ReplyDelete
  5. Betul tu life.. Susah bah mau buat penilaian kalau dengar dari 1 pihak ja..
    So daripada buat andaian yg bukan2 bagus lagi tunggu apa yang akan terjadi next GE nanti. hehehee

    ReplyDelete
  6. Ya POP... Dunia politik ni macam2 ada.. Mengalahkan ASTRO, hehehee.

    ReplyDelete
  7. Semua manusia ada kelemahan sendiri.. So sebelum kita beranggapan yg -ve ada baiknya kita tahu cerita sebenar (dua2 pihak) terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.

    ReplyDelete
  8. UMNO really giving up already? COWARDS...they should believe in themselves if they think they can get the trust from the people.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.