Monday, April 5, 2010

20 tahun tiada bekalan air bersih dan elektrik

Siapa tidak kenal, Taib Mahmud, Ketua Menteri BN paling lama di Malaysia dan di Sarawak yang memerintah negeri itu sejak era mantan Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussien Onn.

Sepanjang memerintah negeri itu, Sarawak yang kaya dengan pelbagai khazanah alam selain memiliki minyak, tetap dikategorikan sebagai antara negeri miskin di negara ini.

Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Miri,  Tuan Haji Jofri Jaraiee berbesar hati menyumbang pelbagai keperluan asas  kepada kira-kira 15 keluarga di Kampung Tudan.Fenomena kemiskinan rakyat Sarawak misalnya dapat dilihat di Kampung Tudan, dalam kawasan Miri di negeri itu sepertimana lawatan pimpinan Pas Kawasan Miri bersama pimpinan Dewan Pemuda Pas Pusat baru baru ini.

Bendahari Pas Kawasan Miri, Zaidin Subri berkata, lawatan mereka yang lebih dikenali sebagai ziarah dakwah itu pada 4 April lalu berjaya menemui puluhan rakyat miskin di kampung itu.

Zaidin memberitahu, beliau dimaklumkan oleh penduduk yang merupakan perintis di kampung itu bahawa sejak kampung itu dibuka kira-kira 20 tahun lalu, kerajaan BN sehingga kini gagal menyalurkan bekalan air bersih dan elektrik kepada mereka.

“Penduduk melahirkan rasa kesal mereka terhadap kerajaan BN yang gagal menyalurkan bekalan air dan elektrik ke kampung mereka walaupun ia telah wujud sejak 20 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.

Zaidin menambah, apalah ertinya pelaburan asing (FDI) di bumi kenyalang yang kononnya dikatakan teringgi di Malaysia jika rakyat marhaen terus dicengkam dengan kemiskinan sepanjang masa.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Sarawak khususnya dalam kawasan Miri agar menilai dengan adil fenomena kemiskinan itu dengan kekayaan Sarawak yang gagal diuruskan oleh kerajaan BN sejak puluhan tahun lalu.

Pada majlis itu, PAS Kawasan Miri melalui Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Miri, Tuan Haji Jofri Jaraiee (gambar) berbesar hati menyumbang pelbagai keperluan asas kepada kira-kira 15 keluarga di Kampung Tudan.

Turut serta di majlis itu ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasharudin Tantawi, Exco Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz, Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Miri, Khairul Nizam, Timbalan Setiausaha PAS Kawasan Miri, Arifiriazul dan puluhan pimpinan PAS negeri serta pemuda PAS Pusat.

Terdahulu, PAS mengadakan program Orang Muda Geng Kamek", Jom Sertai PAS ; Jejak Faqir dan Pentas Pemuda yang bertemakan "Sarawak : Kearah Kerajaan Rakyat dan Berkebajikan" yang mendapat sambutan memberangsangkan dari rakyat pelbagai kaum di negeri itu.

Oleh Masdar Wahid (erapakatan)

6 comments:
Write comments
  1. Kegagalan menyediakan kemudahan air bersih dilihat sebagai kegagalan wakil-wakil rakyat tertentu dalam melaksanakan amanat yang diberi rakyat. Air merupakan keperluan utama rakyat di seluruh negara dan ada yang berpendapat, biarlah 'tiada elektrik yang penting ada air!'. Ia mencerminkan betapa pentingnya bekalan air bersih ini kepada rakyat. Seharusnya pemimpin atau wakil rakyat prihatin terhadap masalah penduduk di kawasan mereka kerana kegagalan dalam menjalankan tugas tersebut memberi implikasi buruk terhadap kerajaan yang selama ini memastikan agar kemiskinan tegar dihapuskan hingga akar umbi.

    ReplyDelete
  2. 20 years without water and other basic necessity shows that the YBs have failed to protect and fill the needs of the people. Something should be done and must be solved a.s.a.p..

    ReplyDelete
  3. Kesian kan.. Apapun saya harap penderitaan ini akan berakhir.

    ReplyDelete
  4. Bukan sahaja di Sarawak. Banyak kampung di kawasan pedalaman tidak mempunyai bekalan air bersih dan elektrik. berapa lamakah rakyat harus menderita lagi? Tindakan harus diambil serta-merta!

    ReplyDelete
  5. 20 YEARS is A LONG ROAD =.="...Government should do something to help them, Sarawak IS the poorest state in Malaysia. Where is BN when the people need them?

    ReplyDelete
  6. Masalah seumpama ini bukanlah baru bagi penduduk di Sabah ataupun di Sarawak. Keadaan seumpama ini berlaku lebih teruk di kawasan pedalaman. Kerajaan perlu mengambil langkah mengatasi masalah ini bagi mengelakkan ia berterusan pada masa akan datang. Seterusnya ia boleh memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia menikmati semua kemudahan asas.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.