Sunday, April 4, 2010

Polis buru pencuri atau mangsa?

KESUNGGUHAN Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim mengarahkan Pegawai Kanannya menjalankan siasatan rapi berhubung kes pelacuran yang disiarkan NTV7, amat membanggakan rakyat Sabah sekalipun kelihatan seolah-olah diarah oleh ‘Kuasa Ghaib’ yang menafikan ketepatan laporan NTV7.

Polis Sabah amat sinonim dengan bidalan bagaikan ‘penyamun menangkap pencuri’ seringkali melakukan amalan sonsang dengan menyiasat mereka yang membuat laporan dan membiarkan ‘penjenayah’ lepas bebas untuk merasuah polis bagi menutup kes berkenaan.



Walaupun dikatakan bagi memenuhi Standard Operation Prosedur (SOP), namun SOP yang dilakukan polis lebih kepada ‘menghukum dan memaksa mangsa’ mengaku salah atau ‘menutup kes’ yang dilihat sebagai mengkhianati amanah jabatan yang mendapat tauliah ‘Di Raja’.

Sabahkini.net, salah satu portal yang sering dimangsakan polis kerana laporan yang tepat dan sarat dengan bukti namun disifatkan sebagai ‘Fitnah’ oleh Polis Sabah yang gemar menjatuhi hukuman sebelum dihadapkan ke Mahkamah Undang-Undang.

Sebelum ini dilaporkan Polis Sabah begitu tekun menjalankan siasatan terhadap Editor Sabahkini.net berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh adik Datuk Seri Shafie Apdal, Hamid Haji Apdal berhubung artikel beliau mengenai Tun Sakaran Dandai; yang disifatkan cuba menutup latar belakang Tun Sakaran yang berasal daripada Indonesia dan mendapat kerakyatan Malaysia secara 'songsang.'

Lazimnya, jika seseorang ‘mangsa’ merasakan beliau difitnah, maka beliau hanya perlu membuat laporan polis dan membawa kes berkenaan ke Mahkamah; namun dalam kes Tun Sakaran, polis telah menyalahguna kuasa mereka dengan menyiasat Mutalib M.D sedangkan ‘penjenayah’ sebenar ialah Tun Sakaran yang telah memalsukan keterangan diri untuk membolehkannya menjadi Adun, Menteri, Ketua Menteri dan Yang Di Pertua Negeri Sabah.

Begitu juga dalam kes Tingkayu, para penulis Sabahkini.net sentiasa diburu dengan ancaman dan ugutan pegawai kanan polis; sedangkan penjenayah sebenar bebas dan terus melakukan jenayah di Tingkayu tanpa sebarang ‘halangan’ daripada Jabatan Siasatan Jenayah yang diketuai oleh seorang berpangkat ASP tetapi lebih berkuasa daripada DSP.

Kenapa Datuk Noor Rashid tidak menangkap Mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang secara terang dan tanpa berselindung mengatakan; 40% polis Malaysia boleh ditangkap tanpa bicara kerana mereka terlibat dengan rasuah! Bukankah ini satu ‘Fitnah’?

Dalam pendedahan terbaru berhubung Skandal GRO dan Pelacuran di Labuan, Datuk Noor Rashid tidak berminat untuk mengarahkan pegawainya menjalankan kajian kerana Labuan, mungkin kerana Labuan bukanlah kawasan Ketua Menteri Sabah.

Senario ini agak mengejutkan kerana pihak berkuasa menutup mata berhubung pendedahan Sabahkini.net; terutama penglibatan seorang tokoh politik PBS, Peter, menjadi agen untuk menguruskan kemasukan dan menjamin lebih 1,000 orang GRO Filipina sebagai ‘Pelayan’ tetapi menjalankan tugas sebagai ‘Pelacur’ di semua pusat hiburan di Labuan.

Polis turut memainkan peranan menukarkan Labuan daripada Pusat Pelancongan dan IOFC kepada ‘Pusat Pelacuran‘ atau ‘Little Manila’ kerana gagal mengambil tindakan dan menguatkuasa undang-undang.

Sampai bilakah Polis Sabah akan mengamalkan SOP yang betul dan tidak sesuka hati menahan pembayar cukai tanpa reman dan menjatuhi hukuman sebelum di hadapkan ke mahkamah?

Anehnya, Polis Lahad Datu yang mendapat ranking ke-5 terbaik di seluruh Sabah takut untuk menangkap dan mendakwa seorang lelaki asing yang mendapat kad pengenalan projek walaupun laporan polis dan doktor telah diserahkan kerana mencederakan seorang pekerja wanita tempatan di khalayak ramai?

Rata-rata warga Lahad Datu bertanya, apakah Lahad Datu mengamalkan 'Bebas Tangkapan' bagi penjenayah sehingga rakyat beranggapan tidak guna lagi membuat laporan polis disebabkan penjenayah boleh melarikan diri ke Indonesia atau Filipina sebelum polis membuat siasatan atau tangkapan?

Oleh: HAFIZ JAMAIL (sabahkini)

9 comments:
Write comments
  1. bukan amalan songsang jika polis menyiasat orang yang membuat laporan. dan tiada bukti yang polis melepaskan penjenayah dan adalah keterlaluan menuduh mereka menerima rasuah dari penjenayah. tdk dinafikan memang ada segelintir polis yang gagal menjalankan tanggungjawab tapi cuma segelintir. tanggungjawab polis amat besar dan hanya warga polis sahaja yang faham SOP mereka. mereka halang wartawan ada sebab, mereka siasat saksi ada sebab. sya warga Lahad Datu dan pernah menemani rakan sya membuat laporan polis, semua ok dan pencuri tu kena tangkap.

    ReplyDelete
  2. janganla kita menggunakan pandangan stereotype apabila berbicara tentang polis...bagi sya, bukan semua polis adalah polis yg jahat/tidak kompetan...mesti ada juga yg baik & menjalankan tugas mereka dgn sepenuh hati & ikhlas utk memberikan khidmat mereka kepada rakyat....

    ReplyDelete
  3. Well, I didn't watch the news but I think, it is necessary to dig out the truth before we could decide anything further.

    ReplyDelete
  4. betul tu Dave.. jangan kita nilai kesilapan 1 orang untuk mewakili majoriti. tidak adil bagi mereka yang bersungguh2 menjalankan tugas tapi sama2 menerima cemuhan masyarakat.

    ReplyDelete
  5. Apa yang saya dapat kongsingkan disini pihak polis perlu pertingkatkan lagi tahap kecekapan untuk menagani penjenayah yang masih bebas. Memanglah ada sebilangan rakyat sabah/malaysia mengatakan peranan polis adalah sangat penting demi menjamin keamanan negara namun adakah semua warga polis ber-prinsif sama? dan ada juga sebilangan masyarakat mengatakan yang polis ni banyak makan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya yang telah mencemarkan identiti polis. Pernah sekali saya menamani kawan membuat laporan polis tentang kehilangan kereta di Kota Kinabalu namun apakah tindakan polis...pegawai polis cuma cakap 'mereka perlu mengutamakan kes-kes berat saja...tapi adakah kes-kes selain daripada kes bunuh,rogol dan sebagainya tidak di utamakan...sehingga setahun kemudian polis tidak membuat apa2 tindakan dan saya dan kawan saya yang secara kebetulan terserampak kereta tersebut yang berada di bangunan Karamunsing tingkat 3. Kesimpulan disini saya amat menyanjungi polis kerana polis dapat mengurangkan kadar jenayah di sabah. saya faham tanggungjawab polis sangat berat...tapi inilah tugas polis yang sebenernya.

    ReplyDelete
  6. Sorry to say lah kan..stereotype opinion have been happening for such a long time. Especially in the media. It's in fact a habit to be precise. Besides, we don't know the real story behind this story by SabahKini.net. So, let's just keep any assumption and conclusion to our self. Until the truth surface itself, we will just have to wait and see then.

    ReplyDelete
  7. Saya percaya bukan semua polis terlibat dalam gejala jahat, pasti ada yang belum dicemarkan.

    ReplyDelete
  8. I believe our police force are able to handle the crime if they are willing to correct certain weak points in the force.

    ReplyDelete
  9. Polis..Police..or Policia....semuanya kedengaran sama tetapi sebutan dan ejaan berlainan. Bidang kepolisian dan skop tugas serta tanggungjawab terhadap keselamatan dalam negeri amat luas dan kadangkalanya sangat komplikated untuk di fahami. Walau apa pun warga polis seharusnya diberi setinggi-tinggi penghargaan dan pujian kerana berjaya mengekalkan keamanan dan kesejahteraan rakyat malaysia khususnya di negeri sabah. memang benar belaka sebagaimana kata-kata dan komen daripada saudara-saudara terdahulu.Bukannya semua warga polis yang bersikap demikian dan kiranya ada pun hanya mereka yang tamakkan kuasa dan wang sahaja yang akan berbuat demikian.Undang-undang tetap undang-undang dan mereka yang terlibat dalam aktiviti demikian tidak akan terlepas dari hukuman. Gara-gara setitik nila sekolam air terpalit biru dan amat malang bagi mereka yang benar-benar jujur,dedikasi dan sangat bertanggungjawab terlibat dalam tercemarnya reputasi penjaga keamanan....KASIHAN SUNGGUH..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.