Friday, April 9, 2010

Bekalan elektrik kerap putus, syarikat telekomunikasi terjejas

YK, pengadu dari sebuah syarikat telekomunikasi mengadu bekalan elektrik yang kerap kali terputus di kawasan Rompon menjejaskan perkhidmatan perhubungan yang disediakan untuk penduduk yang tinggal di sekitar Keningau.


“Masalah bekalan elektrik yang kerap kali berlaku tidak mengira siang atau malam menyebabkan sistem stesen pemancar radio selular seringkali mengalami sistem down,” katanya.

Katanya, pihak syarikat mengalami kerugian sehingga mencecah beribu ringgit untuk menggantikan peralatan di Stesen Radio selular, sebuah pemancar yang dikongsi bersama dengan dua lagi syarikat telekomunikasi lain.

“Ini disebabkan beberapa peralatan transmisi rosak akibat daripada bekalan elektrik yang kerap kali terputus dan tidak menentu,” dalam suratnya kepada Actionline.

Menurutnya lagi, tempoh bekalan elektrik yang terputus memakan masa yang lama sehingga penduduk menjadi lali.

“Tidak ada jangkaan yang dipasang di setiap kediaman penduduk jika tiada bekalan. Keadaan ini berlainan pula dengan bekalan elektrik yang disambungkan pada Stesen Pemancar Radio di mana, bil elektrik dibayar secara pukal,” katanya.

YK memohon supaya syarikat telekomunikasi memperbaiki mutu perkhidmatan bekalan elektrik ke luar Bandar untuk kepentingan bersama.

Surat aduan yang dikepilkan kepada Actionline telah difax kepada SESB.

Seorang jurucakap dari bahagian Korporat Komunikasi menerima aduan itu berkata pihak mereka sedang membuat siasatan mengenai perkara ini. -NST

9 comments:
Write comments
  1. SESB perlu meningkatkan mutu dan prestasi perkhidmatan mereka bagi mengembalikan semula kepercayaan masyarakat dengan kualiti perkhidmatan mereka. setiap aduan yang diterima dari pengguna perlu diberi keutamaan dan penyelesaian segera. kita tidak mahu masyarakat menuding jari dengan kerajaan disebabkan kelemahan atau kelalaian yang disebebkan SESB.

    ReplyDelete
  2. Tidak dinafikan bahawa kerajaan juga mengambil bahagian dalam menyelesaikan masalah ini... penelitian dan kajian menyeluruh perlu ada bagi mendapat hasil penyelesaian yang tepat dan memberi manfaat kepada semua...

    ReplyDelete
  3. Something must done immediately. Every problem has at least 1 or 2 solutions. The Government and SESB must overcome this problem.

    ReplyDelete
  4. Pihak SESB perlu bertanggungjawab dalam memastikan tiada gangguan bekalan elektrik yang kerap kali terputus di kawasan Rompon. Ia juga menjejaskan perkhidmatan perhubungan yang disediakan untuk penduduk yang tinggal di sekitar Keningau. Masalah bekalan elektrik yang kerap kali terputus juga menyebabkan sistem stesen pemancar radio selular seringkali mengalami sistem down dan pada masa sama juga ia menyebabkan beberapa peralatan tranmisi rosak akibat daripada bekalan elektrik yang tidak menentu. Pihak-pihak tertentu (SESB / Kerajaan) perlu mangambil bahagian dalam menyelesaikan masalah ini. Penelitian dan kajian yang menyeluruh untuk mendapatkan penyelesaian perlu dilaksanakan dengan segera untuk kepentingan bersama.

    ReplyDelete
  5. I'm sure there are all sort of complaints made known to SESB.They should know what needs to be done, why are they not taking actions?

    ReplyDelete
  6. Apa yang penting, selesaikan pergelutan dalam mencari inisiatif bagi menyelesaikan masalah ini...

    ReplyDelete
  7. 'Working for a better power'. This is the slogan of SESB. Even tough it just a slogan but should be mean by the action for the consumer. In the same time, SESB should discover a new and greener energy to generate better power and conserve our Earth from pollutions.

    ReplyDelete
  8. SESB must take action towards this. They should be alert of the places or complaints by the people.

    ReplyDelete
  9. SESB perlu mengambil langkah untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi. Penduduk yang tinggal di sekitar akan mengalami kesukaran menjalani kehidupan seharian disebabkan gangguan tersebut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.