Friday, April 9, 2010

BENARKAH KUNAK SYURGA DADAH?



KUNAK yang terkenal dengan Tingkayu dan Gua Madai yang menjadi tapak tamaddun awal manusia kini turut menjadi tumpuan manusia yang tidak bertamaddun dan menggunakan pakaian seragam mereka untuk memusnahkan bangsa yang telah merdeka tetapi dijajah narkoba!

Ketua Polis Daerah Kunak, DSP M Radzali Mahmud sewajarnya mencari pengalaman dalam bidang narkotik kerana pengalamannya menjaga ‘Gudang Senjata’ tidak cukup untuk memerangi para pengedar dadah yang begitu berleluasa di Kunak yang layak digelar ‘Little Mexico’ kerana dadah boleh didapati dengan mudah, hatta di dalam lokap!.

Rangkaian Dadah di dalam PDRM Kunak belum pernah didedahkan sebelum ini sekalipun usaha Unit Narkotik memerangi dadah tidak berhasil kerana kekangan daripada sindiket yang bersedia membalas dendam seandainya anggota mereka ditangkap atau didakwa.

Kenapakah Ketua Unit Narkotik Kunak begitu gentar untuk memburu dan menangkap Raja Dadah Kunak, ‘Murah’ dan pengikutnya ‘Basad’ yang menjadi pelengkap Skandal Dadah di Kunak?

Apakah disebabkan M Radzali dan Ketua Unit Narkotik berasal dari ‘Malaya’ maka mereka terus ‘melaya’ (menelentang) untuk ‘dikerjakan’ secara wewenang oleh para pengedar dadah termasuk Murah dan Basad?

Sebagai ‘Raja Narkotik’ di Kunak, Murah yang ‘dilindungi’ oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas begitu ‘berkuasa’ dan boleh membekukan kenaikan pangkat anggota narkotik yang begitu aktif menangkap pengedar dadah di bawah perintah Murah; sehingga memaksa mereka menjalankan kerja terhad.

Pekan sekangkang pelacur ‘Visaya’ gagal dikawal selia oleh Unit Anti-Narkotik dan PDRM yang kelihatan lebih banyak makan gaji buta dan menangkap ikan bilis yang menjadi kutu sampah dan penagih dadah.

Atas usaha gigih Unit Narkotik, Basad yang tinggal di hadapan rumah bekas Adun Kunak, Datuk Jasa Haji Rauddah pernah diberkas dan dicadangkan untuk dikenakan tindakan buang daerah (langkah-langkah pencegahan khas). Peliknya, beliau telah dibebaskan semula selepas ditahan seketika di penjara Kepayan. Basad kini kembali aktif di Kunak dengan subahat beberapa pegawai polis di Balai Polis Kunak kerana menjadi ‘anak kesayangan’ Jabatan Siasatan Jenayah Kunak.

Persoalannya, siapakah yang memelihara Murah dan Basad sehingga ‘besar hidung daripada kepala’ kerana baru-baru ini, seorang anggota Unit Narkotik dituduh mengambil wang daripada pengedar sedangkan ketika dituduh, pegawai berkenaan sedang menjalankan saringan ujian air kencing untuk mengenalpasti penagih dadah!

Sindiket Dadah Kunak dipercayai didalangi seorang Sarjan di Jabatan Siasatan Jenayah Kunak, yang akan menuduh dan menganiaya pegawai polis yang berhempas pulas menjalankan tugas atas alasan berani mengganggu ‘anak buahnya’ (pengedar) dadah semata-mata untuk terus hidup sedang dengan gaji yang kecil; tetapi pendapatan yang besar bagi menyara anaknya di Universiti dan memandu kereta mewah.

Beberapa pengedar dadah yang dikehendaki Unit Narkotik telah dilepaskan begitu sahaja oleh JSJ Kunak atas alasan mereka menjadi ‘sumber maklumat polis’ sehingga Unit Narkotik seperti ‘Tahi Lembu’ di atas jalan raya yang tidak lagi berguna atau berfungsi sebagai pegawai polis.

Amat tepat jika dikatakan berlaku ‘Kudita’ (Coup de-taat) dalam pentadbiran Balai Polis Kunak kerana Ketua Jabatan Siasatan Jenayah lebih berkuasa daripada Ketua Polis Daerah Kunak; apatah lagi JSJ berkuasa menjatuhi hukuman sebelum didakwa di mahkamah undang-undang.

Kehebatan Jabatan Siasatan Jenayah Kunak (JSJ) begitu ketara dalam kes Pertikaian Tanah Tingkayu kerana mereka bebas mengarahkan tangkapan atau pelepasan sesiapa sahaja dan melindungi ‘Lanun Darat’ yang diketuai Alimuddin Mohd Ajay selama lebih satu tahun; apatah lagi dalam kes jenayah pengedaran dan penagihan syabu yang begitu berleluasa di Kunak sekarang.

Unit Narkotik PDRM Kunak sering dijadikan ‘Kambing Hitam’ oleh Sindiket Dadah yang bertapak kukuh dalam JSJ Kunak terutama beberapa orang Sarjan yang bertindak sebagai ‘Ketua Mafia’ yang akan ‘mengajar’ anggota polis yang mengganggu rangkaian sindiket dadah, terutama yang telah bertugas lebih 15 tahun tanpa ditukarkan ke mana-mana daerah seolah-olah mendapat geran ‘Hak Milik Kekal’ (999) di Balai Polis Kunak.

Malang sekali bagi Ketua Polis Daerah Kunak kerana terpaksa ikut telunjuk JSJ yang didalangi Sindiket Dadah dan mendapat perlindungan pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Sabah yang kalis tindakan undang-undang.

Mengikut siasatan krew Sabahkini.net, Murah menjual dadah dalam kapasiti 'batang-batang@5gm' antara berharga RM500 dan 'set' berharga RM2,200 di Kunak. Murah mendapat bekalan daripada Felda Sahabat 16, Lahad Datu.

Manakala Basad hanya pengedar kecil yang menjual mengikut sukatan ‘Dik-Dik’ yang berharga antara RM50 hingga RM100. Jika penagih mahu membeli jumlah yang besar, Basad akan memesan terus daripada Murah atau jika Murah tiada, Basad meminta penagih kembali dalam masa tiga jam kerana beliau terpaksa memesan daripada pengedar daripada Kampung Puyut, Lahad Datu.

Memandangkan ramai pegawai JSJ berketurunan Bajau/Suluk, maka mereka mudah ‘bergaul mesra dan makan sepinggan’ dengan Pengedar Dadah yang berasal daripada spesis yang sama; kebanyakannya mempunyai susur galur daripada Filipina.

Bak kata mereka,”mag'sukul na tok, kita itu satu bangsa, ta'u tausug, ta'u sa'ma ba kita itu tok” sebagai pelincir jalinan kemesraan dan hubungan mereka terus terpelihara bagi jangka masa yang agak lama untuk berkongsi keuntungan daripada kegiatan jenayah.

Ramai pengedar menganggap pegawai JSJ sebagai ‘Tuhan’ kerana memberi perlindungan kepada usaha jenayah mereka selama ini tanpa sebarang halangan sehingga berlaku terlalu banyak laporan palsu untuk menganiaya pegawai polis dan orang awam yang memberi maklumat kepada polis.

Apakah Kunak akan terus menjadi ‘Little Mexico’ atau Ketua Polis Daerah Kunak akan terus sedar daripada tidur lena kerana beliau tidak lagi menjaga Gudang Senjata; sebaliknya menjaga satu daerah yang dipenuhi dengan penjenayah termasuk Lanun Darat, Mafia Dadah dan Lanun Laut!

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

16 comments:
Write comments
  1. tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran artikel ini kerana penulis tidak menyatakan dari mana sumber ini diperolehi. pengedar dan penyalahgunaan dadah memang tidak dpt dinafikan terutama lahad datu, kunak dan tawau. tapi berkenaan dengan penglibatan pihak berkuasa dalam jenayah ini perlukan bukti yang kukuh dan bukannya berdasarkan teori yang dicipta kesan dari kegagalan pihak berkuasa menangani masalah ini. apa2 pun sekiranya benar apa yang disampaikan penulis, diharapkan selepas ini ada tindakan yang diambil untuk memerangi orang dalam ini.

    ReplyDelete
  2. yup setuju dengan pendapat villagers....kebenaran artikel ini tidak dapt dipastikan kebenarannya tetapi sudah diketahui umum bahawa Kunak merupakan antara beberapa 'syurga' dadah di sabah...namun begitu, jika penulis menyatakan sumbernya, maka artikel ini mungkin boleh menjadi lebih kuat....

    ReplyDelete
  3. Walauapapun banyak perkara yang perlu dipertimbang kan dan saya setuju dengan villager 1 says
    April 9, 2010 2:43 PM

    yang mana harus di letakkan bukti kukuh jika ingin mengaitkan hal ini dengan mana2 pihak....

    ReplyDelete
  4. I wonder how far is the truth of this article. Btw, if it's true, then please put some facts and figures in it. ;)

    ReplyDelete
  5. Why do they always make it sounds as if Sabah is the only place that such a thing happen. Flip open the newspaper and you can see that illegal immigrants, prostitution, drug dealings... happened everywhere else.

    ReplyDelete
  6. Kes dadah tidak akan berakhir jika penawaran di peringkat antarabangsa masih lagi berleluasa.....kita hanya boleh minimize kes ini selagi masalah dadah diperingkat antarabangsa masih berlaku....Jadi kepada pihak yang bertanggungjawab, bertindak segera disamping ornag ramai harus bekerjasama.

    ReplyDelete
  7. No supply, no demand. Why the hell does so many people got involved in drugs? Don't let drugs ruin your life, it's not worth it.

    ReplyDelete
  8. aahh betul ka ni.. Kadang2 kan mcm hebat juga oo krew sabahkini.. hehee
    kalau jadi polis konpom aman kali Kunak oo.. heheheh

    ReplyDelete
  9. Betul tu Villager, dave & Nicole Tasha... setakat tulis saja aku pun boleh buat. hehhee. Sepatutnya bagilah ba bukti kan barulah kukuh hujah dalam artikel ni :)

    ReplyDelete
  10. Paling senang lagi kan Boten_Trish, kalau hal ni betul bah buatlah apa yg patut. Bagi bukti tu sama pihak yg sepatutnya handle la..
    Negara ni ada undang2 jadi pandai2 lah kita buat apa yg patut, & the rest biar autoriti yg selesaikan.

    ReplyDelete
  11. Entahlah roxy (April 12, 2010 1:09 PM)...
    Mungkin Sabah ni terlalu popular sebab tu asal ada yang tak baik terus dikaitkan dengan Sabah...
    Buletin utama pun skrg ni selalu pula kasi keluar pasal kes2 judi/pelacuran di Sabah. huhuhu, mesti orang lain ingat negeri kita teruk tahap dewa oo :(

    ReplyDelete
  12. Nicole Tasha (April 13, 2010 9:21 AM), betul yg ko cakap tu.
    Memang susah. Sekarang ni kita cuma mampu berharap agar pihak yg bertanggungjawab dapat berusaha dengan lebih gigih utk kurangkan masalah ini.
    So gud luck ya wahai pihak2 yg berkaitan.

    ReplyDelete
  13. http://suarakeramat1.blogspot.com/2010/04/oh-dimana-silapnya-laporan-sabahkini.html

    ...Saya sebagai Penduduk daerah Kunak menyangkal sekeras-kerasnya atas semua tuduhan yang dilontarkan menerusi laman web Sabahkini dan termasuk tuduhannya kononnya seorang Sarjan JSJ bersubahat dengan Pengedar Dadah adalah tidak benar...

    warga kunak sendiri menyangkal isu ini.

    ReplyDelete
  14. Masalah dadah memang berleluasa tidak kira di mana pun. Pihak polis dan masyarakat seharusnya bekerjasama membanteras jenayah agar menyalahgunaan dadah dapat dibanteras bersama-sama.

    ReplyDelete
  15. perkara ini tidak diketahui dimana kebenarannya. isu dadah memang berlau di mana sahaja. pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini kerana dadah amat berbahaya dan boleh merosakkan hidup. orang ramai haruslah menjauhi dadah.

    ReplyDelete
  16. masalah dadah haruslah dibendung, dadah memang merupakan musuh utama kita. pihak berkuasa dan orang awam harus berganding bahu dalam membendung gejalah dadah ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.