Saturday, April 10, 2010

Calon MIC: Pemimpin Umno Selangor ancam Boikot! -Bloger Umno

Blogger Umno sahkan berlaku perebutan calon di Hulu Selangor - Pemimpin Umno Selangor ancam Boikot!Ternyata bangkai gajah tidak dapat ditutup hanya dengan timbunan daun kering..kebusukannya pasti juga teserlah..Umno dan Najib kini berhadapan dengan keadaan yg cukup genting..hakikat ini tentunya tidak dirasai oleh Umno luar Hulu Selangor, tetap bahang dan kepanasannya dirasai oleh kepimpinan dan ahli/penyokong Umno Hulu Selangor sendiri...


Mereka menuntut supaya calon melayu dari Umno untuk bertanding..mereka sanggup menghantar memorandum kepada Najib demi mempertaruhkan seorang calon berbangsa Melayu sebagai ayam sabung mereka menentang calon Melayu dari parti PR..bahkan lebih dari itu, mereka mengugut akan memboikot PRK kali ini jika tuntutan mereka tidak diendahkan..

Persoalan kini, apakah Najib lebih mengutamakan pandangan dari penduduk Hulu Selangor sendiri, atau hanya mengambilkira pandangan dan suara dari pihak luar Hulu Selangor..sama2 kita saksikan babak seterusnya...

Ikuti pengakuan khas mengenai kemelut dalaman Umno/BN ini oleh seorang blogger Umno (csimelayu.blogspot.com) yang melaporkan langsung dari Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, yang kemudiannya disahkan oleh seorang blogger fanatik Umno, House PK...

baca seterusnya di sini:
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/04/blogger-umno-sahkan-berlaku-perebutan.html

1 comment:
Write comments
  1. seharusnya kita perlu akur dengan keputusan Kepimpinan tentang Calon yg akan diletakkan PRK diUlu Selangor. Konsep BN ditambah dengan 1Malaysia merupakan tunjang utama persefahaman yg perlu dipupuk dan disemai. Sekiranya pilihan kita tidak tepat dan ditakdirkan kecundang, Apakah kita sanggup untuk dipersalahkan dan secara sukarela menggantikan segala kos yg telah dikeluarkan oleh BN ? Soal menang dan kalah merupakan lumrah pertandingan. Soal siapa menang kelak kita perlu akur dengan pilihan penggundi dan kita tidak perlu menuding jari kearah sesiapa. Pengundi hari ini bukan lagi pengundi masa lalu yg sanggup digula-gulakan. mereka telah pun tahu membezakan yang mana intan, permata mahu pun kaca sepertimana kita. Sekiranya dihadapan kita adalah kaca pada pandangan kita, sudah tentu pada pandangan orang lain pun adalah sama KACA BUKAN INTAN ATAU PERMATA walau pun kita mengatakan itu merupakan intan atau permata. Sikap boikot dalam PRK atau mana-mana PRU ianya menjadikan kita akan kerugian berpanjangan. Kesimpulan yg nyata KITA PELIHARA APA YG KITA ADA DAN TIDAK PERLU KITA MENGEJAR SESUATU YG BELUM PASTI. Kalau sebelum ini kita meletakkan diri kita sebagai hamba kepada pengundi, Mustahil pengundi bahkan Masyarakat Ulu Selangor khususnya tidak dapat menilai dan memberi jawapan pada PRK Ulu Selangor. Andai disebaliknya yang kita lakukan kita pasti menerima hukuman dari pengundi. PRK Ulu Selangor merupakan kayu pengukur kepada BN dan PR bagi menempuh PRU 13 kelak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.