Sunday, April 11, 2010

NAFI: 300 AHLI PKR SERTAI UPKO ?



KETUA Cabang PKR Beluran, Sipin Bin Kadandi @ Ambrose hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan dan propaganda yang dicanangkan oleh parti UPKO Beluran bahawa seramai 300 orang ahli PKR telah keluar beramai-ramai dan menyertai Barisan Nasional.

UPKO sengaja berbuat demikian demi untuk melemahkan semangat perjuangan ahli- ahli PKR dan juga memandangkan semakin melebar kepercayaan rakyat kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Menurut Sipin, hanya 20 orang sahaja yang berbuat demikian malah sebaliknya Cabang PKR Beluran telah nenerima masuk 400 orang ahli-ahli UMNO menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini. Beliau menyatakan demikian apabila diminta mengulas oleh BIRO Informasi & Komunikasi PKR Negeri mengenai dakwaan yang dibuat oleh parti UPKO.

Sipin menyatakan dengan tegas bahawa cabang PKR Beluran telah sedaya upaya mengadakan beberapa siri penerangan dan pendekatan kepada penduduk setempat dan menerangkan dengan lebih terperinci hala-tuju dan focus utama perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. Maka kerana itulah kebanyakan ahli-ahli UMNO telah berpatah arang dengan kepimpinan UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau juga menambah, rata-rata ahli UMNO yang keluar itu telah menyatakan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang hanya mementingkan kepentingan diri dan kroni-kroni masing-masing daripada mendahulukan keperluan dan kepentingan rakyat jelata.

Maka kerana itulah juga mereka bertekad untuk berjuang di bawah panji-panji Pakatan Rakyat dan akan meneruskan ikrar setia demi perjuangan murni Pakatan Rakyat.

Menjawab satu pertanyaan, Sipin yang juga Ketua Cabang PKR Beluran berkata, " Kini PKR telah begitu mendapat sambutan hangat daripada penduduk Beluran terutama sekali generasi muda yang sangat berminat menyertai PKR Cabang Beluran dan AMK kini sedang giat berusaha mendapatkan seberapa banyak generasi muda menyertai PKR."

Laporan : HALIK ZAMAN

9 comments:
Write comments
  1. http://malaysian.sompost.com/?p=5187

    ...Terbentang di hadapan mata kita kini bahawa mereka yang mendakwa diri difitnah rupanya "Juara Membuat dan Merekacipta Fitnah"...

    ...Kehilangan keyakinan ini jelas ternyata apabila seramai 300 ahli dan penyokong PKR di Kawasan Telupid , Sabah dalam kawasan Parliment Kinabatangan, meninggalkan PKR dan menyertai komponen Barisan Nasional, iaitu UPKO pada 22 Mac, 2010 yang lalu.. Kumpulan itu diketuai oleh Alexius Michael Angkangon. Alexius menyatakan bahawa "kami telah kehilangan kepercayaan kepada kepimpinan PKR". Alexius juga menyatakan bahawa akan berlaku exodus yang lebih ramai dari PKR ke Barisan Nasional selepas ini. Penyertaan mereka disambut oeh YB Datuk Ewon Ebin, Naib Presiden UPKO...

    yang mana 1 betul ni?? biasa la kan masing2 mau pertahankan parti..

    ReplyDelete
  2. 300 ahli kluar PKR and masuk UMNO? Amazing. Wonder why the sudden change of heart. :D

    ReplyDelete
  3. They deny the fact that there are members who gone out from PKR and join BN? Either the turn a blind-eye or they really are in denial to the fact that PKR is no longer being supported? Heh, what a pity then..

    ReplyDelete
  4. tuan sipin ... nyatakan dann siapa ahli UMNO yang menyertai pembangkang 400 org tuuu ... jgn tipu rakyat beluran ...

    ReplyDelete
  5. ba mana2 la kamu.. keluar ka masuk ka - lantaklah.. Yg penting rakyat tahu mau pilih siapa. hehehee

    ReplyDelete
  6. Betul tu Dayang :)
    Dorang berabis ba tu kunun pertahankan yg drang ni parti hebat & da daapt sokongan publik. huhuhu
    betul ka tak, biarlah rakyat yg nilai nanti.

    ReplyDelete
  7. saya setuju Paquin,

    biarlah rakyat yang nilai nanti. mana satu yang betul, bisuk2 kita tau juga cerita dorang ni.:)

    ReplyDelete
  8. For me lah kan..who cares anyway if there are like 500 or 1000 followers jump ship. Besides, it's their right to choose which ever party they saw fit..

    ReplyDelete
  9. @Paquin: Normal. That is what you call politic. Like you said, let the people decide. Those party have no right to force people to become a member and supporter of their party. That is not right.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.