Monday, April 5, 2010

Isteri Ketua Cawangan UMNO Ugut Bogelkan Wanita?

KUALA LUMPUR : Angkara tidak puas hati melihat seorang wanita mentertawakan perobohan warung suaminya baru-baru ini oleh Penguatkuasa Pejabat Tanah Daerah, isteri seorang Ketua Cawangan UMNO di Johor bersama seorang rakannya cuba menarik baju dan kain wanita ini dengan tujuan untuk membogelkannya.

Tindakan tidak bermaruah isteri ketua Cawangan Umno ini terbantut apabila anak jiran mangsa keluar secara tiba-tiba.

Selain itu, wanita malang ini turut dilemparkan dengan pelbagai kata-kata kesat dan diugut akan dibogelkan sekali lagi di khalayak ramai jika mereka bertemu lagi.

Isteri Ketua Cawangan UMNO ini juga mengugut akan menarik bantuan sekolah anak wanita ini.

Berikutan insiden tersebut, mangsa bersama suami telah membuat aduan kepada Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas, Suhaizan Kayat yang juga merangkap Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurut Suhaizan,mangsa mengalami trauma dan kebimbangan setiap masa sehingga mahu menaiki lif pun berasa takut berjumpa isteri Ketua Cawangan UMNO ini.

"Yang sangat membimbangkan adalah wanita ini sentiasa membawa pisau untuk mempertahankan dirinya jika berlaku sebarang usaha untuk membogelkannya. Keadaan ini boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku," ujar beliau yang menerima aduan itu Ahad lalu.

Oleh Noor Safinas Ghazali (erapakatan)

6 comments:
Write comments
  1. Is this how a politicians wife should behave? I'm thoroughly ashamed that a woman will treat another woman as such.

    ReplyDelete
  2. buruk betul sikap isteri ketua cawangan UMNO tersebut....sebagai isteri KCU, beliau sepatutnya memberikan teladan yang baik...harus juga menjaga nama baik suami sebagai KCU, keluarga, pemimpin dan juga parti Umno itu sendiri...perkara seumpama harus dipandang serius oleh AMT Umno...lagi 1, kalo uda di atas tu, JANGAN lupa diri...jangan sangka kalo diri tu isteri KCU sekali pun, kebal dari undang2...pihak polis juga harus mengambil tindakan...sekian...

    ReplyDelete
  3. Malu malu, tidak tahu malu perempuan ini telah menjadi gila betul, nanti sendiri pula menjadi mangsa dibogelkan. Hati buruk betul, mulut busuk pulak. Jaga jaga nanti ditikam orang ke hati yang hitam itu..hahahahahahah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Pihak polis mesti membuat penyasatan terhadap perkara ini. Tindakan isteri ketua cawangan umno ini sangat memalukan dan boleh menjejaskan reputasi suami sebagai seorang pemimpin.

    ReplyDelete
  5. Bikin malu tapi btl ka ni oo???
    Kalau fikir balik pun kan, takkan la ba dorang tu berani buat mcm tu..
    kalau kantoi, kan dorang juga yg susah.. hhhmmm...
    apapun saya harap hal ni disiasat dan diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  6. ini merupakan yang amat tidak baik.. masalah tidak akan selesai dengan cara ini.. ia perlu diselesaikan dngan cara yang baik.. tak perlulah sampai nak mengugut orang.. tindakan harus diambil terhadap perkara ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.