Kecewa dengan projek pembesaran jalan yang didakwa menimbulkan banyak masalah, penduduk sebuah kampung di Port Dickson hari ini membakar geran tanah asli mereka sebagai tanda bantahan.
Dengan bantuan sebuah NGO pemantau prestasi jabatan kerajaan, mereka juga mendirikan sebuah papan tanda besar ala papan projek Jabatan Kerja Raya (JKR) bertulis "Tapak cadangan tanah perkuburan baru" dan "Homestay mencari maut".
Menurut timbalan pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (GEMPAK) Rahimuddin Md Harun, penduduk dan NGO terbabit hari ini mengambil tindakan tersebut kerana kecewa dengan pemantauan JKR terhadap projek tersebut.
Sejak dimulakan pada 2004, tambahnya, projek pembesaran jalan Pasir Panjang-Port Dickson itu tidak dijalankan dengan baik sehingga menyebabkan rumah-rumah di sekitarnya terdedah kepada risiko dirempuh kereta dan banjir.
Katanya, jalan yang ditambak beberapa kaki itu, dengan saliran yang tidak sempurna menyebabkan air dan selut melimpah masuk ke rumah penduduk setiap kali hujan.
Jalan baru tersebut juga tidak mempunyai penghadang bagi mengelakkan kereta yang terbabas merempuh rumah mereka, tambahnya.
Sebanyak 72 keluarga - kira-kira 300 penduduk - terlibat dalam projek pembesaran jalan sejauh kira 5 kilometer itu.
Rahimuddin berkata, penduduk telah mengadukan perkara tersebut kepada pelbagai pihak, termasuk JKR, wakil rakyat, kerajaan negeri, pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
"Kalau hendak kumpul semua aduan, sudah satu rim kertas. Janganlah pandai menabur janji dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor sahaja, tetapi dengarlah juga rintihan penduduk di sini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas bantahan tersebut.
Rahimuddin juga berkata, penduduk Pasir Panjang tidak membantah pembangunan "tetapi janganlah kerana pembangunan, keselesaan dan hak penduduk diabaikan".
Menurut Rahimuddin, projek tersebut diusahakan oleh Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan, sebuah anak syarikat milik kerajaan (GLC) negeri.
Kira-kira 70 penduduk setempat hadir menyatakan bantahan itu kira-kira jam 11 pagi tadi.-GB
Pihak kerajaan perlu memainkan peranan untuk membantu penduduk yang terlibat. Sedikit sebanyak kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akan berkurangan sekiranya kes seumpama ini sering berlaku menimpa rakyat. Oleh itu, jentera kerajaan perlu melaksanakan amanat rakyat dengan sebaik mungkin.
ReplyDelete1 Malaysia, People first?
ReplyDeleteI thought this project will be a smooth and successful one but now it's a problem to the people.
ReplyDeleteIncomplete and unstable project should be left as a burden to the people. The government should try and find a way to solve this.
Aiks, extreme juga. Marah sama JKR trus bakar geran tanah lah? bikin rugi diri sendiri saja.
ReplyDeleteWalau macammana pun, kerajaan patut mencari jalan penyelesaian tentang masalah ini.
Wow, 72 families are not having a great time living there with those incomplete projects blocking their way.
ReplyDeleteBurdens, burdens....
Can the government give a solution to this?
kerajaan harus membuat sesuatu untuk membantu rakyat. kejadian ini boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan. bantuan yang diberikan boleh menyakinkan bahwa kerajaaan amat prihatin dengan kebajikan rakyatnya. oleh itu, kerajaaan harus mengambil langkah sewajarnya bagi menyelesaikan perkara ini.
ReplyDelete