Baru-baru ini saya telah menambah domain name terbaru ke dalam hosting sedia ada yang saya gunakan untuk Rahsiakomputer.com. Domain apa pula ni…? Adalah …. untuk produk terbaru dari saya. Produk apa pula tu…? Buat masa ni masih dalam proses pengembangan, so belum boleh bagi tahu lagi…tunggu saatnya !!!
Apa yang saya nak bincangkan di sini adalah berkaitan dengan menambah domain baru kedalam hosting sedia ada. Bagaimana cara dan langkah-langkah kita boleh menambah domain tersebut kedalam hosting itu.? Bagi orang baru seperti saya mungkin agak sukar dan ragu-ragu. Namun setelah selesai melakukanya proses tersebut, rupa-rupanya ianya terlalu mudah.
Sebenarnya kita boleh menambah seberapa banyak domain name ke dalam satu hosting. Namun ia bergantung kepada keperluan dan spesifikasi perkhidmatan hosting yang anda gunakan. Oleh itu, pastikan hosting anda menyediakan sokongan untuk menambah domain name baru sebelum anda melakukan proses ini.
Berikut diterangkan langkah-langkah menambah domain name tersebut :
- Dapatkan (beli) domain name terbaru daripada penyedia perkhidmatan hosting yang anda gunakan sekarang.
- Masuk ke dalam Cpanel hosting anda, dan klik “Addon Domain“.
- Masukkan maklumat domain, seperti berikut :
- New Addon Domain : Masukkan nama domain yang telah anda daftar seperti “namadomain.com”. Pastikan anda tidak manaip “http://” atau “www”.
- Username / Directory name : Masukkan nama bagi domain tersebut. Biasanya nama yang diletakkan adalah sama dengan nama domain anda.
- Password : Masukkan “password” untuk domain itu.
- Klik Butang “Add“
- Satu folder “namadomain.com” tercipta di dalam folder “public_html” anda. Ini adalah folder untuk domain terbaru anda. Segala fail dan data perlu dimasukkan kedalam folder baru tersebut.
Nota : Pastikan domain yang anda tambah ini berjaya di “point” ke dalam hosting anda. Jika tidak berjaya di “point“, minta bantuan daripada penyedia perkhidmatan domain & hosting anda untuk bantuan point domain tersebut ke dalam hosting. Selepas proses “point” berjaya, anda perlu menunggu 1 hingga 6 untuk proses propagation sebelum domain tersebut boleh digunakan.
Untuk maklumat lebih jelas, klik sini.
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.