Hari Rabu berlalu macam biasa...walaupun ada yang mendakwa dan yakin akan berlakunya perubahan landskap politik negara dengan kemungkinan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti, hakikatnya suasana di Parlimen tenang-tenang saja.
Wartawan Agendadaily yang memerhati suasana di beberapa lokasi sekitar Parlimen dari waktu sidang Dewan Rakyat bermula jam 9 pagi hingga selesai lewat jam 9 malam Rabu tiada sesuatu 'pergerakan' yang boleh mencuri perhatian.
Cuma lewat pagi mereka yang masuk ke kantin Parlimen kelihatan tertarik pada kelibat dua Ahli Parlimen - Datuk Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) dan Khairy Jamaluddin ( BN-Rembau) sedang serius berbual di satu sudut di situ.
Dalam pada itu kalangan para wartawan yang bertugas di Parlimen bertumpu untuk mendapatkan komen dari siapa saja Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang mereka kenal.
Jika sebelum ini Agendadaily melaporkan beberapa Ahli Parlimen BN telah menegaskan mereka tidak akan melompat parti, hari Rabu empat lagi Ahli Parlimen yang ditemui bukan sahaja mereka tidak akan lompat parti malah memberi jaminan akan terus bersama BN.
Ahli Parlimen Kota Belud,Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan yang ditemui di lobi Parlimen turut mendakwa beliau ada menerima tawaran dari pihak tertentu baru-baru ini yang akan membolehkannya hidup senang beberapa generasi supaya melompat parti.
"Oh...jumlahnya cukup besar...saya akan beritahu bila tiba masanya nanti...dua tiga generasi senang,"katanya.
Beliau enggan memberitahu jumlahnya tetapi menyifatkan tindak tanduk berkenaan sebagai tidak bermoral.
Katanya pihak tertentu itu mengajaknya mengorak sejarah untuk menumbangkan kerajaan BN.
"Kata mereka kerajaan BN korup..rasuah...saya kata cara ini pun korup,"ujar Rahman yang juga Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia.
Presiden PBRS yang juga Ahli Parlimen Pensiangan,Sabah Tan Sri Joseph Kurup berkata partinya tidak pernah terfikir langsung nak menyertai pakatan pembangkang.
Ahli Parlimen Papar,Sabah Rosnah Abdul Rashid ketika ditemui mengesahkan beliau ada menerima mesej melalui SMS daripada pihak tertentu untuk menemuinya ‘sembang-sembang’ .
Beliau menduga ia mesti berkaitan dengan usaha untuk mempengaruhinya menyertai pakatan pembangkang membentuk kerajaan yang baru.
“Saya memang ada menerima SMS daripada mereka yang mahu berjumpa untuk berbincang… saya tidak melayani SMS berkenaan dan tidak berhasrat pun untuk menemui mereka,” katanya.
Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia itu adalah antara beberapa nama yang disebut dalam isu ‘lompat parti’ yang hangat diperbualkan kebelakangan ini.
Seorang lagi Ahli parlimen yang namanya turut hangat di pasaran ialah bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Tiki Lafee.
Beliau yang merupakan salah seorang pimpinan parti SPDP adalah Ahli Parlimen Mas Gading, Sarawak.
Ketika diaju soalan adakah beliau antara mereka yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN, Dr. Tiki berkata, kesetiaanya kepada BN adalah 101 peratus.
“Memang ada orang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpa dengan saya. Mereka tidak membuat tawaran secara langsung tetapi meminta kerjasama dan mengharapkan sokongan Ahli parlimen dari Sarawak dan Sabah untuk sama-sama dengan mereka bagi mencukupkan jumlah yang diperlukan bagi membentuk kerajaan baru,” katanya.
Namun tegas beliau, beliau telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan memberikan jaminan bahawa beliau akan tetap setia bersama BN.
“Bagi diri saya dan para pengundi di kawasan saya, kami adalah orang BN dan akan terus kekal sebagai orang BN,” tambah beliau.
Beliau tidak menolak andaian bahawa kemungkinan disebabkan beliau digugurkan daripada jawatan Timbalan Menteri menyebabkan timbul tanggapan bahawa beliau kecewa dan akan menyertai pembangkang.
“Mereka boleh kata atau buat andaian apa sahaja tapi saya adalah Ahli parlimen BN,” tegasnya.
Sementara itu, Ghafur orang yang paling lantang bersuara di dalam Dewan Rakyat mengenai isu Sabah sehingga membangkitkan soal penubuhan parti baru ketika dihampiri Agendadaily semasa sedang berbual dengan Khairy di kantin Parlimen tidak menunjuk tanda-tanda akan bertindak seperti yang diramalkan oleh sesetengah pihak.
"Saya bukan jenis lompat parti, yang saya inginkan ialah isu-isu rakyat dan negeri Sabah perlu diselesaikan segera," katanya. Dalam perkembangan berkaitan ,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata di sidang media selepas mengadakan taklimat Kementerian Pelajaran di Bangunan Parlimen petang Rabu bahawa beliau yakin sekalipun adanya kes-kes yang membuatkan wakil rakyat BN di Sabah tidak puashati tetapi mereka tidaklah tergamak lompat parti. Diminta mengulas usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik anggota Parlimen BN menyertai pakatan pembangkang, Hishammuddin menganggap Penasihat PKR itu telah mengecewakan rakyat yang telah memberi mandat serta sokongan pada pembangkang untuk membuktikan kemampuan mereka memperjuangkan nasib pengundi. "Apa yang mereka buat hanya bergerak untuk memujuk wakil rakyat BN untuk sertai partinya, mana janji-janji yang dilaungkan semasa kempen pilihan raya lalu," tambahnya.
IMenurutnya ini kerana mereka kena menerima hakikat bila mereka bertanding serta mendapat sokongan di atas tiket dan flatfom BN.
Ketika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya petang Isnin dimana beliau masih lagi mempertahankan dakwaannya sudah mempunyai cukup bilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan bersamanya membentuk kerajaan baru...di Dewan Rakyat lain pula suasananya.
Nama-nama yang disebut akan berhijrah menyertai Anwar, satu persatu membuat penegasan mereka bukan sahaja akan tetap bersama BN tetapi menafikan akan menjadi penumpang kerajaan baru Anwar tersebut.
Malah ada yang memberi penegasan yang dicari ialah keadilan bukan Parti Keadilan dan menyifatkan dakwaan Ahli-Ahli Parlimen BN dari
Antara mereka yang berada dalam senarai teratas, kumpulan yang didakwa akan melompat parti secara terbuka membuat penafian kepada Agendadaily ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden, Ahli Parlimen Tenom, Raime Unggi, Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr,. Makin Marcus Mojigoh, Ahli Parlimen Arau dan Datuk Ismail Kassim. Manakala Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mengambil sikap tidak mahu membuat ulasan.
Menurut mereka, walaupun suara mereka di dalam Dewan Rakyat macam pembangkang itu tidak bererti mereka akan menyertai pembangkang tetapi sebaliknya melahirkan suara akar umbi dari
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.