Terbaca satu artikel daripada Sabah Times yang mengataka bahawa Ahli Parlimen sabah masih setia kepada BN...Benarkah kenyataan ini...? atau sekadar menyedapkan hati para pemimpin BN yang masih setia.
Jika di kaji dari sidang dewan parlimen yang masih berlangsung, terlalu banyak kenyataan tidak puas hati keluar dari mulut Ahli Parlimen Sabah berkaitan dengan ketidakpuasan hati mereka yang dikatakan di anak tirikan oleh BN. Kenyataan ini di kuatkan lagi dengan kenyataan DSAI dan beberapa pemimpin dari PR.
Ada pula kenyataan yang keluar dari perbahasan parlimen itu bahawa satu parti baru akan diwujudkan di Sabah. Parti ini pula dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat.
Apapun yang akan terjadi, kita tunggu hasil dan apa yang akan terjadi sebenarnya. Berikut artikel dari Sabah Times...:
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, Ahli Parlimen dari negeri ini masih taat dan setia dengan Barisan Nasional (BN) dan tidak mungkin dengan begitu mudah melompat menyertai pakatan pembangkang. Menurutnya , dakwaan bahawa 16 Ahli Parlimen dari negeri ini akan menyertai pakatan pembangkang hanya merupakan khabar angin yang disebar pihak tertentu bagi melemahkan kedudukan BN.
“Itu cuma khabar angin, kita di sini tidak ada yang akan berpin-dah ke parti lain. Taat setia kita hanya kepada pucuk pimpinan BN … lagi pun sekarang adalah masa kita bekerja menunaikan janji.
“Kita tidak bercakap soal melompat masuk parti lain,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pra Kabinet, di sini kelmarin. Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin terbaru yang mengatakan 17 Ahli Parlimen Umno dan komponen BN Sabah bersedia melompat parti untuk membentuk kerajaan baru.
Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, apa yang menjadi keutamaan kepada BN Sabah ialah mengukuhkan perpaduan dan kekuatan yang sedia terjalin hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai beberapa Ahli Parlimen dari Sabah yang bersuara agak lantang di Dewan Rakyat berbanding sebelum ini, beliau berkata, apa yang diketengahkan itu adalah merupakan keluhan rakyat.
“Apa yang disuarakan itu pun kita sebenarnya telah pun suara-kan dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ab-dullah Ahmad Badawi, baru-baru ini dan kita yakin kerajaan Pusat memahaminya.
Read More
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.