Saturday, May 17, 2008

Ceramah Umum PR Di Kota Kinabalu

Sumber : SabahKita

KOTA KINABALU 16 Mei (Sabah-Kita)
– “Kita akan gegarkan bandaraya ini dengan ceramah umum dari beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pusat dan negeri, bagi menyedarkan masyarakat Sabah mengenai keadaan politik tanah air yang kritikal khususnya di Sabah,” kata setiausaha kerja, Salman Amin.

Menurutnya, rakyat Sabah perlu ‘celik politik’ seperti masyarakat Semenanjung yang semankin menolak Barisan Nasional (BN) dan beralih kepada PR.

Tambahnya, masyarakat Sabah kurang terdedah dengan media alternatif menyebabkan maklumat PR tidak sampai dan beliau menyeru agar mereka ambil peluang ini untuk ketahui isu hangat diperingkat nasional mahupun negeri ini.

Banyak isu hangat yang akan kita bincangkan antaranya isu perpindahan ahli Parlimen Sabah ke PR, isu kerajaan PR di Perak, isu Karpal Singh, isu khinzir dan pelbagai lagi isu yang akan dikupas oleh pimpinan PR,” katanya ketika ditemui.

Jelas beliau, ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Sabah dan Angkatan Muda KeAdilan Sabah (AMK) bertujuan memberi maklumat sebenar yang tidak disiarkan oleh media perdana.

Masyarakat perlu tahu maklumat sebenar mengenai kepincangan BN yang ditutup oleh media perdana, tambahnya.

Menurut beliau, pimpinan yang hadir dalam ceramah tersebut, Pegawai khas, Exco agama kerajaan negeri Perak, Ust Nor Azli Musa, AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Wan Azhar Wan Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling, Ketua Pemuda PAS Sabah, Anuar Ali, Ketua Perhubungan PKR Sabah, Ansari Abdullah dan Ketua AMK Sabah, Abd Razak Jamil.

Justeru, orang ramai dijemput hadir ke Majlis Ceramah Umum pada esok, 17 mei di Dewan Berjaya Palace.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi setiausaha kerja Dewan Pemuda PAS Sabah, Salman Amin di 088-389515 dan 0198693075.

Artikel

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.