Wednesday, May 21, 2008

PR bangkitkan isu kemiskinan

Oleh pemudawilayah

"Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Isu kemiskinan, khususnya di luar bandar menjadi topik utama wakil Pakatan Rakyat apabila giliran Kementerian Luar Bandar mengambil bahagian penggulungan atas perbahasan titah ucapan diraja, di Dewan Rakyat, semalam.

Dato’ Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), ketika bangun memohon penjelasan, berkata terdapat jalan-jalan kampung yang tidak mempunyai kualiti terbaik ekoran wujudnya dakwaan yang mengatakan kontraktor tidak mengikut spesifikasi sebenarnya, yang menyebabkan kualiti jalan tersebut tidak terjamin dengan baik.

Sementara itu, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata kebanyakan projek-projek jalan raya akan melimpah ruah ketika musim pilihan raya, sedangkan tidak rancak jika tiada pilihan raya.

Justeru, beliau dalam nada berseloroh menyatakan kebimbangan sekiranya rakyat meminta wakil rakyat mereka meninggal dunia untuk mendapatkan projek-projek jalan raya di tempat mereka.

Bagaimanapun, Menteri Luar Bandar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyatakan bahawa kementeriannya akan membuat segala projek kebaikan rakyat secara menyeluruh.

Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) turut menimbulkan soal jalan-jalan di kampung yang sering rosak apabila dilanda banjir, dan meminta kerajaan menyatakan peruntukan dan pendekatan jangka panjang dan pendek.

Dalam jawapannya, Muhammad menegaskan pihaknya akan memberi ’service maintainance’ mengenai masalah tersebut.

Dalam pada itu, Dr Dzulkifli Ahmad (PAs-Kuala Selangor) membangkitkan soal kemiskinan tegar di kawasannya biarpun sudah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

“Dalam keadaan Malaysia sudah mencapai kemerdekaan, wujud wajah dwi Malaysia iaitu negeri maju dan negeri tidak maju. Adakah kementerian mempunyai satu program yang benar-benar apat mengatasi masalah kemiskinan tegar ini?” soal beliau.

Muhammad ketika menjawap persoalan itu berkata kementeriannya hanya menyediakan ‘fizikal development’ seperti bekalan air, elektrik, dan jalan, bagaimanapun bagi program kesedaran dan sebagainya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dilakukan kementerian- kementerian lain. - mks.

"

Gegaran Gempa Bumi

Oleh shuk12ie

"a
Beberapa lokasi di ibunegara dikesan mengalami gegaran berikutan gempa bumi yang melanda Sumatera Utara pada jam 10.26 malam ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter itu adalah punca kepada beberapa gegaran di sekitar Lembah Klang.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang ancaman tsunami, demikian menurut laporan Bernama.

Sementara itu, salah seorang penghuni di Pangsapuri Cendana dekat Bandar Sri Permaisuri di sini, Zainal Abidin Razali berkata kejadian itu menyebabkan hampir kesemua penghuni pangsapuri berkenaan panik dan bergegas turun.

Katanya kesan gegaran itu dapat dirasai dengan begitu jelas berikutan kedudukan unit pangsapurinya yang terletak di tingkat 15.

"Saya memang rasa unit rumah saya bergoyang dan nampak dengan jelas bagaimana kipas siling saya berhayun dengan kuat kerana gegaran itu.

Gegar 16 saat

"Ketika ini boleh dikatakan hampir semua penghuni pangsapuri telah turun kerana bimbang gegaran itu akan berulang," katanya kepada Bernama.

Di Bukit Antarabangsa pula, salah seorang penghuni di pangsapuri lima tingkat di kawasan berkenaan, Mohd Fisol Jaafar berkata gegaran itu dirasai kira-kira 16 saat.

"Pada mulanya saya menyangkakan gegaran itu kerana anak lelaki saya menendang sofa yang kami duduki, tetapi setelah diamati ia bukan satu gegaran `biasa'," katanya.

Mohd Fisol berkata beliau mendapat tahu mengenai gempa bumi berkenaan selepas mendengar laporan Jabatan Meteorologi Amerika Syarikat.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata terdapat beberapa laporan mengenai gegaran itu dari sekitar kawasan Sri Hartamas, Cheras dan Loke Yew.

"Gegaran itu dikatakan berlaku selama lebih kurang 15 minit, dan tidak mengakibatkan sebarang kerosakan harta benda atau bangunan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, jurucakap di bilik gerakan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Selangor berkata pihaknya menerima aduan berhubung gegaran berkenaan di Seksyen 18, Seksyen 26 dan Seksyen 28 dekat Shah Alam.

Katanya lima angggota telahpun dihantar ke kawasan kejadian untuk melakukan pemantauan.

Shah Alam juga bergegar

Dalam pada itu, jurucakap di bilik gerakan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Selangor berkata pihaknya menerima aduan berhubung gegaran berkenaan di Seksyen 18, Seksyen 26 dan Seksyen 28 dekat Shah Alam.

Katanya lima angggota telahpun dihantar ke kawasan kejadian untuk melakukan pemantauan.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi merekodkan satu lagi gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter berlaku pada jam 10.49 malam di Sumatera Utara,kira-kira 408km dari Klang, Selangor.

Gempa bumi yang berukuran sederhana itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang mengesahkan berlaku gegaran di beberapa kawasan, termasuk sekitar Seri Kembangan, Bangi, Putra Perdana, Cyberjaya, Puncak Alam, Sungai Chua dan Kajang.

Bagaimanapun, katanya, gegaran lima saat itu tidak melibatkan sebarang erosakan bangunan atau harta benda.

Di Melaka, beberapa lokasi di negeri ini turut merasai gegaran kecil berikutan gempa bumi di Sumatera Utara malam ini.

Gegaran di Melaka

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka berkata pihaknya menerima laporan gegaran dirasai di bangunan Hospital Pantai, Ayer Keroh, Pangsapuri Peringgit Indah di Peringgit, Ujong Pasir dan di Melaka Raya antara pukul 10.40 malam dan 10.52 malam ini.

"Hanya gegaran kecil," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Penghuni sebuah kondominium di Ujong Pasir, Martin Carvalho, 40, berkata ketika beliau dan keluarga berada di ruang tamu tingkat tujuh rumahnya,tiba-tiba beliau terasa gegaran dan pening.

Katanya dalam kejadian pukul 10.40 itu, beliau sambil mendokong anak perempuan berusia lima tahun dan isteri bergegas keluar rumah menggunakan tangga.

"Penghuni lain pun turut sama turun ke halaman kondominium dan selepas menunggu setengah jam dan keadaan didapati selamat, kami naik semula ke rumah," katanya.

P/s : Sabah pun merasakan gegaran yang serupa.

Mukhriz setia pada UMNO

Sumber : SabahKita

mukhriz.jpgKUALA LUMPUR: "Saya akan tetap setia sebagai ahli Umno dan akan menjadi suara yang lantang menegur kepincangan kepimpinan parti".

Demikian pendirian Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir selepas lebih 24 jam ayahnya memutuskan untuk keluar Umno.

Mukhriz yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno bagaimanapun sependapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad - terus mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sipaya meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Mukhriz mengumumkan pendiriannya di Hotel Seri Pacific di sini kira-kira pukul 5.30 petang dengan dikerumuni sebahagian penyokongnya.

Laporan wartawan mStar Online, Zanariah Abd. Mutalib dari Parlimen menyebut, malam tadi (Isnin) Mukhriz telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di kediaman Hishammuddin.

Mukhriz mengumumkan pendiriannya kira-kira tiga jam selepas Abdullah menemui ahli-ahli Parlimen daripada Umno di Parlimen.

Beliau yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Disember ini pernah menggesa Abdullah agar meletakkan jawatannya ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dan Umno gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menggesa Mukhriz tampil menjadi orang pertama menerima tawaran bapanya untuk keluar Umno.

Sejak Dr. Mahathir mengumumkan keputusannya semalam, Mukhriz dikatakan bakal mengikut jejak ayahnya untuk keluar parti.

Semalam, bekas Dr. Mahathir telah membuat pengumuman keluar parti dan tindakan beliau telah memberi reaksi pelbagai pihak di seluruh negara.

Beliau menyeru ahli-ahli Umno lain turut menyertainya sehinggalah ada perubahan dalam pimpinan parti.

Sehingga petang ini tiada pengumuman mana-mana ahli yang lain akan keluar parti.

Termasuk Dr. Mahathir dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, bekas Naib Presiden dan Setiausaha Agung, Tan Sri Sanusi Junid juga memutuskan untuk keluar parti.

Mengulas lanjut mengenai pendirian untuk kekal dalam Umno, Mukhriz berkata, beliau tidak berbincang dengan Dr. Mahathir mengenai keputusannya tetapi mengakui bapanya sedikit kecewa dengan keputusan beliau.

"Bagaimanapun matlamat utama kami adalah sama iaitu untuk selamatkan parti," kata beliau.

Ditanya sama ada beliau ada memujuk Dr. Mahathir supaya kekal dalam Umno, Mukhriz memberitahu, bekas Perdana Menteri itu tidak akan berbuat demikian kerana tahu bapanya tidak mungkin menukar keputusannya.

Apabila disoal sama ada tindakan bapanya akan mengakibatkan Umno porak peranda, Mukhriz menjelaskan: "Bagi saya Umno kita sudah porak peranda."

Selepas pilihan raya umum ke-12, Mukhriz juga telah menulis sepucuk surat untuk Abdullah mendesak beliau untuk bertanggungjawab atas kesuraman prestasi BN, namun ia disangkalnya.

Terdahulu, April lalu beliau menegaskan jika berlaku perubahan kepimpinan secepat mungkin akan dapat mengelakkan timbulnya ketegangan semasa pertandingan tahunan Umno Disember ini.

Menurutnya, sebarang pertandingan tersebut bakal menimbulkan keretekan dalam parti, dan beliau menyeru Abdullah supaya menyerahkan tampuk pemerintahan untuk timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saturday, May 17, 2008

Ceramah Umum PR Di Kota Kinabalu

Sumber : SabahKita

KOTA KINABALU 16 Mei (Sabah-Kita)
– “Kita akan gegarkan bandaraya ini dengan ceramah umum dari beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pusat dan negeri, bagi menyedarkan masyarakat Sabah mengenai keadaan politik tanah air yang kritikal khususnya di Sabah,” kata setiausaha kerja, Salman Amin.

Menurutnya, rakyat Sabah perlu ‘celik politik’ seperti masyarakat Semenanjung yang semankin menolak Barisan Nasional (BN) dan beralih kepada PR.

Tambahnya, masyarakat Sabah kurang terdedah dengan media alternatif menyebabkan maklumat PR tidak sampai dan beliau menyeru agar mereka ambil peluang ini untuk ketahui isu hangat diperingkat nasional mahupun negeri ini.

Banyak isu hangat yang akan kita bincangkan antaranya isu perpindahan ahli Parlimen Sabah ke PR, isu kerajaan PR di Perak, isu Karpal Singh, isu khinzir dan pelbagai lagi isu yang akan dikupas oleh pimpinan PR,” katanya ketika ditemui.

Jelas beliau, ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Sabah dan Angkatan Muda KeAdilan Sabah (AMK) bertujuan memberi maklumat sebenar yang tidak disiarkan oleh media perdana.

Masyarakat perlu tahu maklumat sebenar mengenai kepincangan BN yang ditutup oleh media perdana, tambahnya.

Menurut beliau, pimpinan yang hadir dalam ceramah tersebut, Pegawai khas, Exco agama kerajaan negeri Perak, Ust Nor Azli Musa, AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Wan Azhar Wan Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling, Ketua Pemuda PAS Sabah, Anuar Ali, Ketua Perhubungan PKR Sabah, Ansari Abdullah dan Ketua AMK Sabah, Abd Razak Jamil.

Justeru, orang ramai dijemput hadir ke Majlis Ceramah Umum pada esok, 17 mei di Dewan Berjaya Palace.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi setiausaha kerja Dewan Pemuda PAS Sabah, Salman Amin di 088-389515 dan 0198693075.

Artikel

S'jaya video: Siasat Mahathir & 5 lagi

Sumber : Malaysiakini

Suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim.

zaid ibrahim parliament pc 080508 02Lima tokoh tersebut - dua bekas ketua hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.

Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata hari ini bahawa kabinet telah mengarahkan Pejabat Peguam Negara untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka.

Sebelum itu, Zaid berkata kerajaan memutuskan untuk mengumumkan laporan suruhanjaya diraja itu.

Orang ramai boleh membeli laporan tersebut mulai minggu depan pada harga RM542.10 senaskhah.

Salinan laporan

Laporan setebal 191 halaman itu telahpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas.

bm version lingam tape probe the gang of sixSuruhanjaya diraja itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Suruhanjaya itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam Lingam, sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang didakwa hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.

Seramai 21 saksi termasuk Dr Mahathir dan tiga bekas ketua hakim negara dipanggil memberi keterangan dalam siasatan yang memakan masa selama 17 hari bermula 14 Januari lalu.

Menurut Zaid, suruhanjaya tersebut telah mengenalpasti dan membuat keputusan bahawa rakaman klip itu adalah sahih dan mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap individu-individu yang dikenalpasti dan dikatakan telah melakukan kesalahan tertentu.

Lanjutan daripada hasil siasatan tersebut, katanya, maka ada kemungkinan berlaku kesalahan-kesalahan di sisi undang-undang seperti yang dihuraikan dalam laporan suruhanjaya berkenaan.

"Jemaah menteri bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta ke atas segala tuduhan terhadap individu-individu yang dinamakan dalam laporan tersebut.

lingam tape 160508 report"Jemaah menteri mengambil kira cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh suruhanjaya untuk memperbaik proses pelantikan hakim supaya menjadi lebih telus dan menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan dan juga untuk meningkatkan kepercyaan orang ramai terhadap badan kehakiman," katanya.

Siasatan adil

Dalam hal itu, katanya, kerajaan sedang menggubal undang-undang yang perlu untuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK).

"Kerajaan juga berhasrat untuk mengiktiraf kuasa mahkamah (judicial power) seperti yang dicadangkan oleh suruhanjaya mengenai rakaman klip video yang mengandungi imej seorang yang dikatakan sebagai peguambela dan peguamcara berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim," tambahnya.

Sehubungan, tegas Zaid, jemaah menteri meminta dan menyeru kepada masyarakat umum, termasuk pihak media untuk membiarkan proses siasatan berjalan secara biasa tanpa tekanan ataupun sebarang prejudis terhadap mana-mana individu yang disebut dalam laporan tersebut.

"Perlu diingatkan bahawa dalam sistem perundangan kita, seseorang yang dituduh atau dikaitkan dengan sesuatu kesalahan itu adalah tidak bersalah sehingga mahkamah memutuskan perkara tersebut," tambahnya.

bar council judiciary dinner 170408 ambigaSementara itu Majlis Peguam mengalu-alukan keputusan kabinet untuk mengumumkan kepada awam laporan siasatan diraja yang menyiasat klip video Lingam itu.

Presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan rakyat berhak mengetahui laporan penuh hasil siasatan suruhanjaya tersebut serta asas-asas ianya dibuat.

Sehubungan itu, katanya, dalam satu kenyataan petang ini, siasatan peguam negara mestilah dijalankan secara adil, terperinci dan dengan segera, bagi memastikan tiada apa pun yang disembunyikan.

Ini, katanya, penting kerana siasatan-siasatan seumpamanya yang dijalankan oleh pihak berkuasa sebelum ini akhirnya ditutup begitu sahaja, tanpa diambil sebarang tindakan lanjut.

Artikel..

Friday, May 16, 2008

Babak pertama lompat parti...debaran berlalu

Hari Rabu berlalu macam biasa...walaupun ada yang mendakwa dan yakin akan berlakunya perubahan landskap politik negara dengan kemungkinan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti, hakikatnya suasana di Parlimen tenang-tenang saja.

Wartawan Agendadaily yang memerhati suasana di beberapa lokasi sekitar Parlimen dari waktu sidang Dewan Rakyat bermula jam 9 pagi hingga selesai lewat jam 9 malam Rabu tiada sesuatu 'pergerakan' yang boleh mencuri perhatian.

Cuma lewat pagi mereka yang masuk ke kantin Parlimen kelihatan tertarik pada kelibat dua Ahli Parlimen - Datuk Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) dan Khairy Jamaluddin ( BN-Rembau) sedang serius berbual di satu sudut di situ.
Dalam pada itu kalangan para wartawan yang bertugas di Parlimen bertumpu untuk mendapatkan komen dari siapa saja Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang mereka kenal.

Jika sebelum ini Agendadaily melaporkan beberapa Ahli Parlimen BN telah menegaskan mereka tidak akan melompat parti, hari Rabu empat lagi Ahli Parlimen yang ditemui bukan sahaja mereka tidak akan lompat parti malah memberi jaminan akan terus bersama BN.

Ahli Parlimen Kota Belud,Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan yang ditemui di lobi Parlimen turut mendakwa beliau ada menerima tawaran dari pihak tertentu baru-baru ini yang akan membolehkannya hidup senang beberapa generasi supaya melompat parti.

"Oh...jumlahnya cukup besar...saya akan beritahu bila tiba masanya nanti...dua tiga generasi senang,"katanya.

Beliau enggan memberitahu jumlahnya tetapi menyifatkan tindak tanduk berkenaan sebagai tidak bermoral.

Katanya pihak tertentu itu mengajaknya mengorak sejarah untuk menumbangkan kerajaan BN.

"Kata mereka kerajaan BN korup..rasuah...saya kata cara ini pun korup,"ujar Rahman yang juga Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia.

Presiden PBRS yang juga Ahli Parlimen Pensiangan,Sabah Tan Sri Joseph Kurup berkata partinya tidak pernah terfikir langsung nak menyertai pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Papar,Sabah Rosnah Abdul Rashid ketika ditemui mengesahkan beliau ada menerima mesej melalui SMS daripada pihak tertentu untuk menemuinya ‘sembang-sembang’ .

Beliau menduga ia mesti berkaitan dengan usaha untuk mempengaruhinya menyertai pakatan pembangkang membentuk kerajaan yang baru.

“Saya memang ada menerima SMS daripada mereka yang mahu berjumpa untuk berbincang… saya tidak melayani SMS berkenaan dan tidak berhasrat pun untuk menemui mereka,” katanya.

Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia itu adalah antara beberapa nama yang disebut dalam isu ‘lompat parti’ yang hangat diperbualkan kebelakangan ini.


Seorang lagi Ahli parlimen yang namanya turut hangat di pasaran ialah bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Tiki Lafee.

Beliau yang merupakan salah seorang pimpinan parti SPDP adalah Ahli Parlimen Mas Gading, Sarawak.

Ketika diaju soalan adakah beliau antara mereka yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN, Dr. Tiki berkata, kesetiaanya kepada BN adalah 101 peratus.

“Memang ada orang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpa dengan saya. Mereka tidak membuat tawaran secara langsung tetapi meminta kerjasama dan mengharapkan sokongan Ahli parlimen dari Sarawak dan Sabah untuk sama-sama dengan mereka bagi mencukupkan jumlah yang diperlukan bagi membentuk kerajaan baru,” katanya.

Namun tegas beliau, beliau telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan memberikan jaminan bahawa beliau akan tetap setia bersama BN.

“Bagi diri saya dan para pengundi di kawasan saya, kami adalah orang BN dan akan terus kekal sebagai orang BN,” tambah beliau.

Beliau tidak menolak andaian bahawa kemungkinan disebabkan beliau digugurkan daripada jawatan Timbalan Menteri menyebabkan timbul tanggapan bahawa beliau kecewa dan akan menyertai pembangkang.

“Mereka boleh kata atau buat andaian apa sahaja tapi saya adalah Ahli parlimen BN,” tegasnya.

Sementara itu, Ghafur orang yang paling lantang bersuara di dalam Dewan Rakyat mengenai isu Sabah sehingga membangkitkan soal penubuhan parti baru ketika dihampiri Agendadaily semasa sedang berbual dengan Khairy di kantin Parlimen tidak menunjuk tanda-tanda akan bertindak seperti yang diramalkan oleh sesetengah pihak.


"Saya bukan jenis lompat parti, yang saya inginkan ialah isu-isu rakyat dan negeri Sabah perlu diselesaikan segera," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan ,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata di sidang media selepas mengadakan taklimat Kementerian Pelajaran di Bangunan Parlimen petang Rabu bahawa beliau yakin sekalipun adanya kes-kes yang membuatkan wakil rakyat BN di Sabah tidak puashati tetapi mereka tidaklah tergamak lompat parti.
IMenurutnya ini kerana mereka kena menerima hakikat bila mereka bertanding serta mendapat sokongan di atas tiket dan flatfom BN.


Diminta mengulas usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik anggota Parlimen BN menyertai pakatan pembangkang, Hishammuddin menganggap Penasihat PKR itu telah mengecewakan rakyat yang telah memberi mandat serta sokongan pada pembangkang untuk membuktikan kemampuan mereka memperjuangkan nasib pengundi.

"Apa yang mereka buat hanya bergerak untuk memujuk wakil rakyat BN untuk sertai partinya, mana janji-janji yang dilaungkan semasa kempen pilihan raya lalu," tambahnya.

Apa dah jadi...?



Ketika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya petang Isnin dimana beliau masih lagi mempertahankan dakwaannya sudah mempunyai cukup bilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan bersamanya membentuk kerajaan baru...di Dewan Rakyat lain pula suasananya.

Nama-nama yang disebut akan berhijrah menyertai Anwar, satu persatu membuat penegasan mereka bukan sahaja akan tetap bersama BN tetapi menafikan akan menjadi penumpang kerajaan baru Anwar tersebut.

Malah ada yang memberi penegasan yang dicari ialah keadilan bukan Parti Keadilan dan menyifatkan dakwaan Ahli-Ahli Parlimen BN dari Sabah yang paling ramai akan melompat sebagai satu penghinaan kepada mereka.

Antara mereka yang berada dalam senarai teratas, kumpulan yang didakwa akan melompat parti secara terbuka membuat penafian kepada Agendadaily ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden, Ahli Parlimen Tenom, Raime Unggi, Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr,. Makin Marcus Mojigoh, Ahli Parlimen Arau dan Datuk Ismail Kassim. Manakala Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mengambil sikap tidak mahu membuat ulasan.

Menurut mereka, walaupun suara mereka di dalam Dewan Rakyat macam pembangkang itu tidak bererti mereka akan menyertai pembangkang tetapi sebaliknya melahirkan suara akar umbi dari Sabah yang mengharapkan kerajaan berlaku adil kepada mereka. - 12/5/2008

Read More

USNO diwujudkan, strategi baru lompat parti?

tun_mustafa.jpgHari ini, minggu depan atau bulan depan? Ataupun perlu menanti sehingga bulan September ini! Bilakah isu melompat parti membabitkan wakil-wakil rakyat Parlimen khususnya dari Sabah bakal berakhir.

Ekoran gelombang 'protes' selepas pilihan raya umum 2008 pada Mac lalu, kepimpinan Barisan Nasional (BN) pusat telah berkompromi dengan memberi kedudukan tertinggi di Dewan Rakyat kepada Sabah dan Sarawak. Tan Sri Pandikar Amin Mulia, pemimpin politik veteran Sabah dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan rakan sejawatannya dari bahagian Beluran, Datuk Ronald Kiandee pula dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

BN Pusat terpaksa membuat pengorbanan bagi membolehkan perwakilan dari Sabah dan Sarawak diberikan lebih banyak jawatan di peringkat persekutuan dan memenuhi tuntutan-tuntutan kedua-dua negeri berkenaan.

Sabah dan Sarawak, yang menyumbangkan 54 kerusi Parlimen daripada 140 dimiliki BN, juga telah meminta lebih banyak jawatan dalam Kabinet Persekutuan.

Selepas 14 tahun, Sabah terus dikaitkan dengan budaya mudah melompat parti apabila persekitaran politik seperti masa sekarang wujud. Pada tahun 1994, Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Datuk Seri Dr. Pairin Kitingan yang kini antara parti komponen BN, berakhir dengan tindakan melompat membabitkan sebahagian besar wakil rakyat Dewan Undangan Negeri dalam tempoh beberapa minggu.

Semalam, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee menafikan yang anggotanya akan melompat Pakatan Rakyat seperti yang digembar-gemburkan.
Peristiwa itu dikatakan berlaku hari ini. Tetapi sehingga petang ini tiada khabar susulan mengenainya.

Bagaimanapun Teck Lee memberitahu, anggota Parlimen SAPP bukan antara 16 Ahli Parlimen dari Sabah yang disebut-sebut akan melompat parti, tetapi tidak menolak kemungkinan ia akan berlaku dalam masa terdekat jika isu yang melibatkan rakyat Sabah tidak diselesaikan.

Beliau juga mahu isu-isu yang dibangkitkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam diselesaikan menjelang September ini. September ini? Mengapa tarikh ini?

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua barisan pembangkang pernah menyebut Pakatan Rakyat mampu menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan menjelang 16 September ini.

Sejauhmanakah sinonimnya kenyataan Anwar dan Teck Lee.
Teck Lee juga kelihatan yakin menggariskan susur masa tersebut. Ataupun ia cuma satu gimik politik semata-mata?

"Buat masa ini tiada Ahli Parlimen kami yang akan melompat parti. Itu bukan isunya. Apa yang perlu ditekankan ialah bila isu yang melibatkan Sabah akan diselesaikan.

"Kini mereka perlu bertindak cepat untuk membuktikan yang mereka mengambil serius mengenai perkara ini," kata beliau yang dipetik oleh Bernama.

Kelmarin, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, Ahli Parlimen Kalabakan, yang pada Mac lalu telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar membidas kerajaan Persekutuan di Dewan Rakyat sambil mengatakan bahawa keluhan rakyat Sabah tidak harus dipandang ringan bagi mengelakkan implikasi ektika pilihan raya umum ke-13.

Justeru, beliau juga menggesa agar Perdana Menteri membuat rombakan Kabinet untuk memberi portfolio lebih penting kepada Sabah.

"Kita mahu keadilan, bukan (mahu) Parti Keadilan (Rakyat). Jangan cakap orang Sabah mengarut, kita mesti ambil serius (masalah mereka)," katanya di Dewan Rakyat," kata Abdul Ghapur.

Wakil-wakil rakyat dari Sabah sudah mula menggunakan dengan berani platform berhujah di Parlimen untuk meluahkan isu-isu yang bersangkut-paut dengan politik dalaman BN.

Pada Rabu lalu, Datuk Anifah Aman juga telah menekankan, ura-ura wakil Sabah melompat parti sebenarnya mencerminkan sentimen rakyat Sabah.

Ketika banyak pihak menyifatkan melompat parti iaitu dari BN ke Pakatan Rakyat sebagai tindakan menderhaka ataupun tidak menghargai mandat rakyat, Abdul Ghapur menafikan beliau akan berbuat demikian. Tetapi beliau tidak menolak kemungkinan akan menubuhkan parti baru jika keadaan mengizinkan.

Jika parti baru ditubuhkan bermakna tindakan melompat tidak akan disamakan dengan perbuatan mengkhianati mandat pemilih.

Sebaliknya ia mirip tindakan menubuhkan parti baru bagi menggantikan parti lama atas telah nama gagal menghargai kehendak rakyat dan pemilih.

Jika ini berlaku dan berulang di Sabah, apakah parti baru akan muncul di Sabah. Sabah memang terkenal dengan kemunculan parti-parti baru.

Bersekutu, Berjaya, USNO, PBS, SAPP, Pasok, LDP, Setia dan UPKO. Daripada 27 parti semasa di negara ini, tujuh berada di Sabah.

Sabah Baru cuba diusahakan dengan membawa masuk UMNO ke negeri itu dua dekad lalu. PBS kehilangan kuasa apabila sebahagian besar wakil rakyatnya melompat ke dalam UMNO dan BN.

BN telah membawa projek pembangunan termasuk menubuhkan Universiti Malaysia Sabah. Sistem giliran Ketua Menteri Sabah diperkenalkan, tetapi dihapuskan beberapa tahun lalu.

Pada tahun 1990, USNO berganding dengan Berjaya untuk membawa UMNO ke dalam Sabah.

Apakah kemungkinan USNO, yang merupakan antara beberapa parti yang sudah mati akan dihidupkan semula untuk mencari penyelesaian kepada isu semasa - peluang melompat parti.

Apakah wakil-wakil rakyat yang kecewa dengan senario politik semasa akan menubuhkan parti baru mewakili pelbagai kaum.

Apakah pilihan terbaru wakil rakyat-wakil rakyat Sabah, yang dipercayai 17 orang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Sumber : Sabah Kita

Thursday, May 15, 2008

Office Hilang PDF Maker

Baru baru ini terjadi malapetaka bila saya tidak dapat convert fail daripada microsoft word kepada PDF. Setelah diselidiki rupa-rupanya butang Convert PDF di Microsoft Word saya telah hilang.Maksudnya fungsi PDF Maker dalam Microsoft Word saya telah hilang. Apa sebenarnya yang terjadi…?

Saya cuba mencari jawapan untuk masalah tersebut. Pelbagai cara yang saya lakukan untuk memulihkan masalah tersebut. Antaranya ialah update Acrobat Reader Profesinal, update Microsoft Office, Install semula Acrobat Reader PRo dan Microsoft Office, namun masalah ini tidak selesai juga. Terpaksalah minta bantuan kepada pakcik Google.

Berikut adalah beberapa penyelesaian yang diperolehi daripada pakcik Google :

JAWAPAN 1 : Mengeluarkan Adobe PDF daripada Senarai Disabled Item

  • Buka program Microsoft Office (Word, Excel)
  • Pergi ke Help > About [nama program]
  • Klik “Disabled Items”.
  • Pilih Adobe PDF daripada senarai dan klik Enable.
  • Tutup program Office tersebut dan buka semula.
  • Jika tiada masalah, butang PDF Maker akan tertera di dalam Microsoft Word anda. Jika tidak anda boleh gunakan jawapan-jawapan berikutnya.

JAWAPAN 2 : Pastikan komponen PDF Maker di pasang

  • Pilih Start > Run, taip appwiz.cpl, dan klik OK untuk membuka kotak dialog Add Or Remove Program.
  • Pilih Adobe Acrobat 7 dan klik Change / Remove.
  • Bila Wizard terpapar, klik Next.
  • Pilih Modify dan klik Next.
  • Kembangkan paparan Create Adobe PDF , kemudian klik down arrow pada objek Acrobar PDF Maker.
  • Pilih “This feature will be installed on the local hard drive” dan klik Next, kemudian klik Update.

JAWAPAN 3 : Aktifkan file COM add-in di dalam aplikasi Office

  • Buka aplikasi Office anda.
  • Pilih Help > About [nama aplikasi]
  • Klik Disabled.
    • Jika Acrobat tersenarai, pilihdan klik Enable. Tutup kotak dialog dan restart semula aplikasi Office.
    • Jika Acrobat tidak tersenarai, pastikan “PDFMOfficeAddin.dll” terdapat di dalam folder “Acrobat 7.0/PDFMaker/Office”. Jika fail ini hilang, anda perlu reinstall semula Acrobat.

JAWAPAN 4 : Tukar marcos level security di dalam aplikasi Office anda

Untuk fail COM add-in yang di load ke dalam windows, salah satu tab Trusted Publishers mestilah menyenaraikan Adobe Systems Inc. atau security setting mesti di tukar. Dalam aplikasi Office 2000, XP, atau 2003 :

  • Dari menu Tools, pilih Macro > Security.
  • Klik tab Trusted Publisher :
    • Jika Adobe Systems Inc tersenarai, tiada perubahan yang perlu dilakukan.
    • Jika Adobe Systems Inc tidak tersenarai, teruskan ke langkah ke 3.
  • Pilih salah satu setting berikut:
    • Dalam tab Security, tetapkan level keselamatan kepada Very High; dalam tab Trusted Publishers, pilih Trust All Installed Add-ins And Templates.
    • Dalam tab Security, tetapkan level keselamatan kepada High; dalam tab Trusted Publisher, jangan pilih Trust All Installed Add-ins And Templates.
  • Tutup semua kotak dialog, dan restart semula aplikasi tersebut.

JAWAPAN 5 : Tambah fail COM add-in ke dalam Windows Registry

  • Dalam Windows Explorer, letakkan fail COM add-in (PDFMOfficeAddin.dll) dan lihat path sebenarnya.
  • Pilih Start > Run.
  • Type “regsvr32 diikuti dengan satu ruang, dan taip path seperti di atas. Cth : regsvr32 “C:\Program Files\Adobe\Acrobat 7.0\PDFMaker\Office\pdfmofficeaddin.dll
  • Klik OK, dan start semula aplikasi Office.

JAWAPAN 6 : Jalankan Detect And Repair

  • Tutup semua aplikasi anda dan restart Windows.
  • Start Acrobat.
  • Pilih Help > Detect And Repair dan ikuti arahan pada skrin komputer anda.
  • Selepas proses repair selesai, restart semula komputer.

JAWAPAN 7 : Buang fail COM add-in Word yang lain

  • Buka perisian Word
  • Pilih Tools > Customize.
  • Klik tab Command dan pilih Tools di dalam senarai Categories
  • Pilih COM Add-ins dan tarik ke dalam toolbar Word.
  • Klik menu COM Add-ins pada toolbar Word
  • Pilih dan buang semua add-ins kecuali Web Page Wizard dan Microsoft Word Fonts Tool.
  • Keluar dan start semula Word.

JAWAPAN 8 : Remove Microsoft Works

Adobe telah mengenal pasti bahawa konflik Microsoft Works dengan Microsoft Word akan mencegah Adobe PDF Convert daripada terpapar di dalam Word. Microsoft Works telah di Install di kebanyakan komputer.

Untuk membuang Microsoft Works :

  • Pilih Start > Run, taip “appwiz.cpl” , kemudian klik OK untuk membuka kotak Add Or Remove Programs.
  • Pilih Microsoft Works, dan klik Change / Remove.
  • Bila Wizard terpapar, klik Next.
  • Pilih Remove, dan klik Next, kemudian lakukan mengikut arahan pada skrin sehingga selesai.

P/S : Daripada kebanyakkan jawapan di atas, saya hanya menggunkan JAWAPAN 1 untuk menyelesaikan masalah saya. Thanks uncle GOOGLE.

Roboh Rumah Setinggan

wb_01_2.jpgKOTA KINABALU 14 Mei - Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyasarkan kira-kira 4,000 lagi rumah setinggan di bandar raya itu akan dikurangkan pada tahun ini bagi meningkatkan imej dan tahap kebersihannya.

Pengarah Penguat Kuasa DBKK, Abdul Mukti Muchlish berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti lebih 30 kawasan yang menjadi penempatan setinggan iaitu di Likas, Inanam, Tuaran dan Menggatal.

Menurutnya, kebanyakan penempatan setinggan di situ adalah yang baru dibina dan majoriti penghuninya diduduki oleh warga asing terutama yang memegang dokumen IMM13.

''Berikutan itu operasi meroboh akan diperhebatkan terutama di kawasan penempatan setinggan baru bagi mengelak bertambahnya bilangan rumah haram selepas operasi meroboh dijalankan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Bagi setinggan lama dan yang dibina sebelum tahun 2003, katanya, kerja-kerja meroboh akan dilakukan secara berperingkat iaitu selepas penduduknya berpindah ke penempatan baru yang disediakan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil pemantauan pihaknya dan beberapa siri operasi meroboh setinggan yang dijalankan sebelum ini, Jabatan Penguat Kuasa DBKK mendapati kebanyakan penghuni setinggan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala sebahagiannya pula memiliki IMM13.

Tambahnya, operasi meroboh rumah setinggan dijalankan secara berterusan dengan bantuan unit-unit lain seperti Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dan polis mengikut Undang-Undang Kecil (Bangunan) Bandaraya Kota Kinabalu 1951.

"Operasi meroboh setinggan paling besar yang kita telah jalankan sebelum ini ialah pada tahun lalu melibatkan 638 buah rumah di kawasan Sri Tanjung iaitu melibatkan pembesaran lapangan terbang.

"Ia dijalankan secara berperingkat selama tiga minggu sementara menanti penghuni di situ dipindahkan ke kawasan perumahan yang telah disediakan kepada mereka," jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, DBKK mempunyai perancangan sendiri untuk mencapai matlamat setinggan sifar.

Namun, jelasnya, semua pihak terutama pemimpin masyarakat perlu bersatu hati dan memberi sepenuh kerjasama dengan DBKK bagi menjayakan misi itu.

Beliau berkata, dengan pengurangan rumah setinggan itu ia sekali gus diharap dapat mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing ke Sabah khususnya di Kota Kinabalu

Sumber : SabahKita , Utusan

Wednesday, May 14, 2008

Makan Ubi Ganti Nasi - Sindiran Kepada UMNO

Oleh pemudawilayah

"Cadangan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin berhubung pengambilan ubi keledek bagi menggantikan nasi ekoran krisis makanan dan kekurangan bekalan beras negara adalah tepat pada masanya.

Di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah serta Jepun, rakyat mereka hanya makan ubi sebagai makanan ruji dan gandum atau nasi adalah sumber karbohidrat yang kedua.

Membaca cadangan ini pada kali pertama, secara tidak langsung membawa memori kita semua mengimbas kembali zaman Jepun bila mana beras amat susah dicari. Pada zaman itu, nenek moyang kita terpaksa mengorek tanah mencangkul ubi. Dari spesis ubi kayu hinggalah spesis ubi keladi. Semua yang ada jadi rebutan.

Tamat sahaja zaman perang semuanya kembali seperti sedia kala dan beras makin mudah diperolehi. Sebaik sahaja negara Merdeka dari tangan British maka Umno ambil alih pemerintahan negara. Dari Parti Perikatan mereka membangun kepada Barisan Nasional.

Namun malangnya, setiap kali musim Pilihanraya mereka kembalikan rakyat pada zaman perang. Setiap kali menjelang detik kemerdekaan kisah nenek moyang makan ubi dijaja sana-sini seolah-olah orang yang makan ubi itu adalah orang yang terdesak dan amat memalukan.

Rakyat diugut agar tidak mengundi selain Umno dan Barisan Nasional. Sekiranya mengundi parti lain, maka rakyat akan hidup kebuluran dan terpaksa makan ubi sama seperti nenek moyang kita di zaman Jepun.

Kisah Kemenangan PAS di Kelantan.

Ketika PAS menang di kelantan lewat 18 tahun lalu, rakyat diseluruh negara dimomokkan oleh pemimpin Umno bahawa rakyat Kelantan akan kembali makan ubi sama seperti zaman perang dulu. Harga barang dikatakan akan naik, ekonomi menjadi lembap dibawah Kerajaan PAS.Selain itu, kadar pengangguran akan meningkat. Inflasi akan berlaku hingga menyebabkan para peniaga dan rakyat mendapat kerugian yang besar.

Keadaan ini memaksa, saudara mara rakyat Kelantan yang duduk di luar Kelantan kembali lagi selepas musim Pilihanraya dengan membawa bekalan makanan seperti beras, gula dan lain-lain.

Tetapi, apa yang diperkatakan oleh pemimpin Umno itu sebenarnya satu penipuan yang akhirnya memalukan diri mereka sendiri. Rakyat Kelantan tersenyum mendengar cerita 'Abu Nawas' Umno yang hakikatnya jauh berbeza dengan realiti.

Kelantan membangun bukan sahaja dari segi ekonomi, malah modal insannya juga cemerlang hingga berjaya menghasilkan generasi pelapis yang kini menguasai pelbagai sektor di dalam dan luar negara.

Kembali Makan Ubi

Setelah 50 tahun BN memerintah, krisis makanan tetap berlaku juga. Negara tidak berperang dan BN masih berkuasa. Namun ekoran dari sikap tamak dan pelbagai masalah jenayah serta korupsi, negara semakin undur kebelakang.

Pemimpin Umno gadaikan tanah-tanah sawah untuk dijadikan tapak Industri. Sektor penanaman buah-buahan melebihi dari keperluan walhal itu bukanlah makanan ruji. Industri elektronik dan plastik menguasai ekonomi. Kita bangga menjadi pengeksport barangan elektronik dan plastik yang berdaya saing, tapi akhirnya kita terduduk bila mana rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan sesuap nasi. Harus diingat bahawa rakyat kita makan nasi bukannya papan litar atau kepingan plastik!

Pastinya cadangan Ketua Pengarah ISIS akan membuka mata semua bahawa memakan ubi itu bukanlah simbol kemiskinan atau pun kebuluran. Ianya adalah satu alternatif terbaik, malah rakyat kita juga mulai memakan ubi secara serius sejak tumbuhnya restoran fast food seperti KFC dan McD yang bercirikan makan ruji masyarakat di sebelah barat.

Cuma namanya sahaja yang dimodenkan. Dari Ubi Kentang kepada Kentang Goreng atau Frenc Fries dan disesetengah tempat, makanan ini dianggap sebagai satu simbol kemodenan bukannya kemiskinan.

Jadi, Umno selepas ini tidak boleh lagi gunakan modal Ubi untuk menjakunkan rakyat dalam apa jua siri-siri kempen mereka. Rakyat tetap akan dapat makan walaupun Pakatan Rakyat yang memerintah.

"

Benarkah Akan lompat juga...?

wb_01.jpgKL: Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menafikan yang anggotanya akan melompat masuk Pakatan Rakyat esok seperti yang digembar-gemburkan.

Yong berkata anggota Parlimen SAPP bukan antara 16 MP dari Sabah yang disebut-sebut akan melompat parti esok tetapi tidak menolak kemungkinan ia akan berlaku dalam masa terdekat jika isu yang melibatkan rakyat Sabah tidak diselesaikan.

"Buat masa ini tiada MP kami yang akan melompat parti. Itu bukan isunya. Apa yang perlu ditekankan ialah bila isu yang melibatkan Sabah akan diselesaikan. Kami telah membangkitkan isu itu sebelum ini dengan kepimpinan tinggi parti.

Sumber : Sabah kita

Betulkah Setia...?

Terbaca satu artikel daripada Sabah Times yang mengataka bahawa Ahli Parlimen sabah masih setia kepada BN...Benarkah kenyataan ini...? atau sekadar menyedapkan hati para pemimpin BN yang masih setia.

Jika di kaji dari sidang dewan parlimen yang masih berlangsung, terlalu banyak kenyataan tidak puas hati keluar dari mulut Ahli Parlimen Sabah berkaitan dengan ketidakpuasan hati mereka yang dikatakan di anak tirikan oleh BN. Kenyataan ini di kuatkan lagi dengan kenyataan DSAI dan beberapa pemimpin dari PR.

Ada pula kenyataan yang keluar dari perbahasan parlimen itu bahawa satu parti baru akan diwujudkan di Sabah. Parti ini pula dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat.

Apapun yang akan terjadi, kita tunggu hasil dan apa yang akan terjadi sebenarnya. Berikut artikel dari Sabah Times...:

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, Ahli Parlimen dari negeri ini masih taat dan setia dengan Barisan Nasional (BN) dan tidak mungkin dengan begitu mudah melompat menyertai pakatan pembangkang. Menurutnya , dakwaan bahawa 16 Ahli Parlimen dari negeri ini akan menyertai pakatan pembangkang hanya merupakan khabar angin yang disebar pihak tertentu bagi melemahkan kedudukan BN.

“Itu cuma khabar angin, kita di sini tidak ada yang akan berpin-dah ke parti lain. Taat setia kita hanya kepada pucuk pimpinan BN … lagi pun sekarang adalah masa kita bekerja menunaikan janji.

“Kita tidak bercakap soal melompat masuk parti lain,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pra Kabinet, di sini kelmarin. Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin terbaru yang mengatakan 17 Ahli Parlimen Umno dan komponen BN Sabah bersedia melompat parti untuk membentuk kerajaan baru.

Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, apa yang menjadi keutamaan kepada BN Sabah ialah mengukuhkan perpaduan dan kekuatan yang sedia terjalin hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai beberapa Ahli Parlimen dari Sabah yang bersuara agak lantang di Dewan Rakyat berbanding sebelum ini, beliau berkata, apa yang diketengahkan itu adalah merupakan keluhan rakyat.

“Apa yang disuarakan itu pun kita sebenarnya telah pun suara-kan dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ab-dullah Ahmad Badawi, baru-baru ini dan kita yakin kerajaan Pusat memahaminya.


Read More

Subsidi Atau Tanggungjawab

Oleh attakiri

" Hari ini kerajaan mengumumkan tentang peningkatan subsidi beras yang diberikan kepada rakyat. Kenaikan subsidi ini ekoran daripada peningkatan harga beras di seluruh dunia. Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan kenaikan subsidi harga minyak bagi mengurangkan kos yang mesti ditanggung oleh rakyat.

Ekoran daripada itu, maka ramailah pemimpin UMNO/BN memuji tindakan PM Malaysia yang kononnya prihatin terhadap rakyat sehingga sanggup berbelanja berjuta-juta untuk mengatasi kesusahan yang akan ditanggung oleh rakyat.

Penulis bukan tidak menyokong pemberian subsidi ini. Bahkan bagi penulis, selagi kerajaan mampu untuk meringankan beban rakyat lagi bagus.

Kepimpinan diwujudkan untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Khidmat tersebut samada yang berbentuk material dan spiritual. Pemberian subsidi sebenarnya bukannya satu hadiah kepada rakyat tetapi ianya lebih dianggap tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

Rakyat Malaysia membayar pelbagai cukai setiap tahun. Daripada cukai tersebut kerajaan menggunakan untuk melabur demi kemudahan rakyat. Jadi setiap yang dikatakan subsidi itu ialah hasil keuntungan pelaburan yang dilaburkan oleh rakyat Malaysia kepada kerajaan.

Jadi tidak timbullah soal subsidi, hadiah atau sebagainya. Bahkan kerajaan patut berterima kasih kepada rakyat kerana yang telah membayar gaji perkhidmatan mereka sehingga golongan atasan ini mampu menikmati kemewahan.

Sejarah Islam telah memaparkan bagaimana hebatnya pemerintahannya yang mengutamakan kebajikan buat rakyat. Lihat kepada Saidina Umar al-Khattab yang pernah mengosongkan perbendaharaan baitul Mal setiap tahun untuk dibahagikan kepada semua rakyatnya. Saidina Osman pernah mengeluarkan sebanyak 400 dirham untuk diberi kepada setiap anak yang baru lahir di bawah pemerintahannya.

Semuanya dilakukan atas dasar tanggungjawab sebagai pemimpin yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT.

Begitu juga dengan situasi sekarang. Selepas kemerosotan dalam PRU12 barulah kerajaan dilihat cuba mengutamakan kebajikan kepada masyarakat. Itu pun masih belum menyeluruh.

Royalti petroleum masih belum diberikan hak kepada rakyat terengganu sepenuhnya. Sedangkan itu adalah hak rakyat terengganu. Siapa PM Malaysia untuk menyekat royatli ini.?

Akta ISA belum dihapuskan lagi. Ramai anak dan isteri yang menjalani kehidupan seperti seorang yang kematian ayah atau suami mereka. Mana dia kebajikan yang diumumkan oleh kerajaan.

Berapa sangatlah subsidi kerajaan untuk rakyat kalau dibandingkan subsidi kerajaan untuk pemimpin atasan yang dibekalkan dengan pelbagai kemudahan. Dahlah dapat jet peribadi. Perbelanjaan keluar negara ditanggung, cukai jalan tidak payah bayar dan pelbagai lagi.

Jadi dalam hal ini, kerajaan sepatutnya mengumumkan bahawa subsidi yang dihulurkan terlampau sedikir berbanding dengan apa yang dilaburkan oleh rakyat kepada kerajaan

wassalam

www.attakiri.blogspot.com

"

Tuesday, May 13, 2008

Lompat Parti..?

Memang heboh diperkatakan oleh kebanyakkan orang bahawa PR atau Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS , Keadilan dan DAP akan mengambil alih tampok pemerintahan daripada kejayaa BN. Isu utama yang di maksudkan di sini ialah Lompat Parti.

Apakah benar khabar yang kita dengar ini. Datuk Sri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin PR ada menyatakan perkara ini. Jika ini menjadi kenyataan, maka hayat untuk UMNO terus hidup tidak lama.

Kenyataan ini diperkukuhkan lagi bila ada cakap-cakap ahli parlimen BN terutama dari sabah membincangkan perkara tersebut. Walaupun tidak di nyatakan secara jelas akan perkara lompat atau tidak lompat, parti baru atau tidak, tapi perkara yang tersirat dari perbahasan tersebut menandakan kebenaran tersebut kian menjadi kenyataan.

Untuk lebih jelas, dengarkan video perbahasan parlimen yang telah berlangsung.



MB & ADUN PR Perak naik bas ke parlimen

Sumber : cina-islam

"a
IPOH, 12 Mei :- Sejarah dilakar oleh ADUN-ADUN Pakatan rakyat bersama Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin apabila untuk pertama kalinya mereka ke Bangunan Parlimen dengan menaiki bas bersama-sama.

Menjawab pertanyaan wartawan di bangunan SUK Ipoh sebelum melangkah menaiki bas, Ir. Nizar menyatakan langkah yang dilakukan adalah untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan tuntutan yang besar kalau semua ADUN PR ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereka sendiri.

Dalam Sidang akhbar dibangunan Parlimen, beliau mengatakan lawatan tersebut adalah dengan tujuan mengikuti perbahansan di Dewan rakyat untuk mendapatkan pendedahan dan melihat pengalaman yang ditimba. Kami datang demgan menaiki bas mudah-mudahan dalam sidang DUN Perak kami dapat menjawab soalan dalam sisi perbahasan.

Dalam kesempatan lawatan tersebut rombongan telah mengadakan kunjungan hormat kepejabat Ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah, Preesiden Pas, Dato' Seri TG. hj. Abdul hadi Awang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Sdr. Lim Kit Siang.

Ir. Nizar juga menyatakan suapaya para wartawan media arus perdana dan alternatif melapor sesuatu untuk menyakinkan rakyat. dan pemberitaan yang benar dan salah akan dipertanggungjawab oleh Allah SWT.

a

http://idhamlim.blogspot.com
"

Ketuanan Melayu ...?

Sumber artikel : HarakahDaily


SIMPANG EMPAT, 12 Mei (Hrkh)
- Orang ramai tidak perlu bimbang dengan istilah "Ketuanan Melayu" yang dicipta oleh pihak Umno kerana ia suatu konsep yang tidak logik dan tiada dalam perlembagaan.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perlis, Khoo Yang Chong berkata demikian dalam ceramahnya di Markas PAS Simpang Empat dekat sini baru-baru ini.

"Hak keistimewaan orang Melayu dan Orang Asli Sabah-Sarawak sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Jika adanya ketuanan Melayu, bagaimana dengan bangsa yang lain? Adakah mereka hamba atau abdi? Ini adalah satu istilah yang tidak logik dan tak masuk akal.

"Hak orang Melayu sudah terjamin dalam perlembagaan seperti kemasukan ke Universiti, hak mendapat pekerjaan dalam sektor awam, permit perniagaan, bahasa Melayu dan kuasa Raja-raja Melayu. Semua ini tidak boleh diusik," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Khoo.

Cikgu Khoo menegaskan bahawa sebarang pindaan ke atas perkara-perkara yang membabitkan hak-hak orang Melayu ini perlu mendapat sokongan 2/3 undi di Parlimen dan harus dipersembahkan kepada Raja-raja Melayu sebelum diluluskan.

Justeru katanya, rakyat khususnya orang Melayu tidak perlu bimbang dengan konsep "Ketuanan Melayu" yang cuba dimainkan oleh Umno.

"Pihak Umno atau BN tak boleh pinda dengan mudah hak-hak ini melainkan mendapat kelulusan 2/3 di Parlimen dengan dipersetujui Raja-raja Melayu," jelasnya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan pihak Badan BUkan Kerajaan (NGO) yang banyak menyertai forum berkaitan Ketuanan Melayu agar tidak terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh Umno.

"NGO ini janganlah pula jadi kuda tunggangan Umno dengan mengikut mereka secara membuta tuli. Bagaimana boleh dikatakan orang Melayu tergugat selepas pilihan raya umum yang lepas sedangkan suara orag-orang Melayu secara keseluruhannya adalah lebih kuat berbanding yang lain di parlimen?

"Ini semua adalah gimik Umno untuk menipu rakyat Melayu di kampung-kampung agar terus menyokong mereka," katanya lagi. - mns

Akta Anti Perdagangan Belum Berjaya Jika Rasuah

Sumber Artikel : TranungKite

" Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah meneliti berita berkaitan dengan pendakwaan pertama mengikut Akta Anti Perdagangan Orang 2007 yang telah dikenakan terhadap Ee Chin Kai kerana telah melacurkan dua wanita asing. Beliau menghadapi dua pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana telah memperdaya dua wanita Thailand berusia berusia 27 tahun, dengan mengeksploitasi mereka untuk kerja-kerja pelacuran di sebuah rumah di Taman Pelangi pada 3.10 petang, 25 Mac lalu.

Pendakwaan ini sudah tentu akan menjadi satu permulaan yang baik untuk menangani masalah pelacuran dan GRO yang melibatkan warga asing yang datang ke Malaysia. Kes warga asing yang diperdaya dengan pelbagai janji pekerjaan dengan gaji lumayan telah berlaku dengan agak berleluasa sehingga banyak kes tangkapan dibuat melibatkan warga asing yang mengaku diperdaya kerana pernah dijanjikan pekerjaan yang berbeza dengan apa yang mereka lalui sebagai pelacur dan GRO.

Sebelum ini, tangkapan yang dibuat terhadap pelacur dan GRO lebih banyak melibatkan tindakan dan hukuman terhadap pelacur dan GRO tersebut di bawah beberapa akta imigresen seperti berikut :
  • Seksyen 39 (B) Peraturan Imigresen 1959 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini untuk bekerja.
  • Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah.
  • Seksyen 8 (3) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu melakukan kegiatan tidak bermoral.
Namun, walaupun tangkapan terus dibuat tetapi aktiviti pelacuran yang melibatkan warga asing ini terus berleluasa kerana hukuman terhadap individu atau kumpulan yang terlibat dengan kegiatan ini tidak dikenakan tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang sedia ada. Kes tangkapan terhadap wagra asing yang terlibat dalam kes pelacuran dan GRO semakin menjadi-jadi.

Sebagai contohnya, kes tangkapan 58 wanita warga asing daripada negara Thailand, enam Filipina dan tiga Indonesia yang berusia antara 19 hingga 33 tahun di Johor Bahru pada 23 Mac 2008 yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran dalam serbuan di dua premis hiburan. Begitu juga dengan penangkapan tiga wanita Indonesia yang dipercayai dibekalkan oleh sindiket kepada pekerja kilang rakyat asing di di sebuah rumah yang dijadikan sarang pelacuran di Pekan Nenas, Pontian pada 17 Mac 2008. Pelacur-pelacur ini disyaki disediakan untuk dilanggan oleh pekerja-pekerja asing yang tinggal di persekitaran kawasan tersebut.

Di Seremban pula pada 30 April 2008 yang lalu seramai 24 wanita warga China yang dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat karaoke di Taman AST. Manakala di Kuantan, lima wanita warga China dalam lingkungan umur 23 hingga 38 tahun yang dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat karaoke di Raub Perdana, Raub pada 10 April 2008

Walaupun pendakwaan pertama baru sahaja berjaya dilakukan hari ini namun ia merupakan langkah awal untuk membendung masalah pelacuran sama ada secara rela ataupun paksa yang melibatkan warga asing di Malaysia.

Aktiviti ‘menjual orang’ untuk kepentingan diri perlu dihentikan malah bukan sahaja kepada warga asing tetapi juga melibatkan aktiviti memperdagangkan rakyat Malaysia sendiri. Penguatkuasaan terhadap kegiatan pelacuran, GRO dan seumpamanya perlu dipertingkatkan agar Akta Anti Perdagangan Orang 2007 bukan sahaja gah berdasarkan kandungannya tetapi ia dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan sehingga kegiatan memperdagangkan manusia ini dapat dihentikan.

Namun, halangan utama dalam membendung masalah ini adalah gejala rasuah dan salah guna kuasa. Sekiranya rasuah dan salah guna kuasa tidak dibendong dan dibenteras maka masalah pelacuran dan perdagangan manusia akan tetap akan berleluasa.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://minda-kembara.blogspot.com/ "

Parlimen Dibubarkan..?

Sumber Artikel : TranungKite

"aBerdasarkan perkembangan-perkembangan panas yang berlaku sejak kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu,bermula daripada penguasaan 5 buah negeri kemudian pengumuman Anwar Ibrahim pembentukan kerajaan pusat Pakatan Rakyat InsyaAllah pada 16 september 2008 nanti seterusnya berita kemasukkan 16 atau 17 MP BN ke dalam Pakatan Rakyat pada hari esok ( Rabu -13Mei 2008) dan kenyataan 2 MP dari BN Sabah dalam parlimen baru-baru ini sudah pasti meletakkan UMNO dalam keadaan bercelaru dan tidak tidur lena.

Tapi kalau kita membaca kenyataan yang terakhir yang dikeluarkan oleh Anwar pada hari semalam , mungkin ianya akan meletakkan politik Malaysia dalam keadaan yang lebih getir sejak negara kita merdeka pada tahun 1957.


Malaysiakini melaporkan bahawa Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan parlimen dibubarkan untuk menghalang pihak Pakatan Rakyat daripada membentuk kerajaan pusat! Keadilan online juga turut melaporkan perkara yang sama! ini menunjukkan berita pembubaran parlimen bukan sekadar berita murahan tetapi ianya mungkin menjadi satu kenyataan!

Umno tidak akan membiarkan sama sekali kerajaan yang berusia lebih kurang 50 tahun itu tumbang dengan begitu saja, pasti mereka akan menggunakan pelbagai tektik dan tipudaya untuk menghalang Pakatan Rakyat ini merealisasikan impian mereka.

Berita ini hendaklah diambil perhatian olehh seluruh kepimpinan PAS dan parti komponen PR yang lain supaya mereka memperkukuhkan gerak kerja parti dan INGATAN UNTUK PAS AGAR TEMPAT -TEMPAT YANG TEWAS BARU-BARU INI HENDAKLAH DIGERAKKAN UNTUK MENAWANNYA KEMBALI UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN YANG KUKUH DAN BUKAN SEKADAR SEBAGAI PARTI PELENGKAP!

Umno akan menggunakan pelbagai tektik kotor untuk memastikan mereka menyapu bersih kerusi yang dimenangi oleh PR baru-baru ini. Di bawah ini sedikit keratan daripada kenyataan Anwar Ibrahim mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan :

"Beliau mengulangi kenyataan awalnya bahawa dasar lompat parti yang sedang diusahakannya tidak melibatkan duit tetapi kesediaan wakil BN mengikut agenda parti-parti pembangkang.

"Banyak ahli dan kawan kita daripada BN, termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak sedar bahawa berlaku penipuan pada pilihanraya lalu. Tiada harapan untuk perubahan atau reformasi yang bermakna dalam pemerintahan sekarang atau bawah kerajaan pimpinan Umno," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan BN membubarkan parlimen untuk mengelakkan peralihan kuasa melalui langkah lompat parti, Anwar tidak menolak kemungkinan itu.

Beliau berkata jika pilihanraya umum yang baru diadakan, beliau berharap ia tidak dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sedia ada.

"Saya yakin ia (BN) akan menyaksikan kekalahan cukup parah," katanya."

Tapi sebelum menutup artikel saya ingin merayu kepada Sultan Mizan selau sebagai Pemimpin tertinggi dalam hiraki pemerintahan di Malaysia yang berjiwa rakyat agar dapat menghalang dan tidak membenarkan Parlimen dibubarkan oleh UMNO ..WaAllahua'lam
"

Monday, May 12, 2008

Tambah Domain Dalam Hosting Sedia Ada

Baru-baru ini saya telah menambah domain name terbaru ke dalam hosting sedia ada yang saya gunakan untuk Rahsiakomputer.com. Domain apa pula ni…? Adalah …. untuk produk terbaru dari saya. Produk apa pula tu…? Buat masa ni masih dalam proses pengembangan, so belum boleh bagi tahu lagi…tunggu saatnya !!!

Apa yang saya nak bincangkan di sini adalah berkaitan dengan menambah domain baru kedalam hosting sedia ada. Bagaimana cara dan langkah-langkah kita boleh menambah domain tersebut kedalam hosting itu.? Bagi orang baru seperti saya mungkin agak sukar dan ragu-ragu. Namun setelah selesai melakukanya proses tersebut, rupa-rupanya ianya terlalu mudah.

Sebenarnya kita boleh menambah seberapa banyak domain name ke dalam satu hosting. Namun ia bergantung kepada keperluan dan spesifikasi perkhidmatan hosting yang anda gunakan. Oleh itu, pastikan hosting anda menyediakan sokongan untuk menambah domain name baru sebelum anda melakukan proses ini.

Berikut diterangkan langkah-langkah menambah domain name tersebut :

  • Dapatkan (beli) domain name terbaru daripada penyedia perkhidmatan hosting yang anda gunakan sekarang.
  • Masuk ke dalam Cpanel hosting anda, dan klik “Addon Domain“.
  • Masukkan maklumat domain, seperti berikut :
  1. New Addon Domain : Masukkan nama domain yang telah anda daftar seperti “namadomain.com”. Pastikan anda tidak manaip “http://” atau “www”.
  2. Username / Directory name : Masukkan nama bagi domain tersebut. Biasanya nama yang diletakkan adalah sama dengan nama domain anda.
  3. Password : Masukkan “password” untuk domain itu.
  • Klik Butang “Add
  • Satu folder “namadomain.com” tercipta di dalam folder “public_html” anda. Ini adalah folder untuk domain terbaru anda. Segala fail dan data perlu dimasukkan kedalam folder baru tersebut.

Nota : Pastikan domain yang anda tambah ini berjaya di “point” ke dalam hosting anda. Jika tidak berjaya di “point“, minta bantuan daripada penyedia perkhidmatan domain & hosting anda untuk bantuan point domain tersebut ke dalam hosting. Selepas proses “point” berjaya, anda perlu menunggu 1 hingga 6 untuk proses propagation sebelum domain tersebut boleh digunakan.

Untuk maklumat lebih jelas, klik sini.