Sebuah syarikat di sini dikesan menjalankan skim cepat kaya menggunakan nama “Islam” yang beroperasi aktif di Perak sejak Januari lepas dengan menyasarkan pelajar institusi pengajian tinggi.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak, Mokhtar Sulaiman, berkata syarikat yang dipercayai beroperasi dari sebuah pejabat di sini menjalankan aktiviti berkenaan melalui kaedah wang pos.
“Beberapa peserta telah membuat laporan selepas menyedari mereka ditipu. Pengasas skim itu sangat bijak kerana menggunakan agama Islam dalam pelaburannya bagi menarik perhatian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Cabaran Pengguna Di Pasaran peringkat negeri Perak di sini hari ini.
Mokhtar berkata siasatan awal mendapati antara pelajar yang terjebak telah menggunakan wang pinjaman pendidikan untuk melabur dalam skim itu.
Beliau berkata siasatan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sedang dijalankan terhadap syarikat berkenaan.
Setakat ini, katanya, aktiviti itu dipercayai terhad di Perak dan belum menular ke tempat lain. — Bernama
Wednesday, March 24, 2010
Skim cepat kaya guna nama Islam dikesan di Perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Using Islam as a cover for your crimes, shame on you.
ReplyDeleteAwas penipu-penipu ini, kami dikeningau sudah kena Pan PHONEX DInna, ketua nya USTAZ lagi...
ReplyDeleteMenggunakan nama 'islam' bagi tujuan penipuan adalah sangat terlarang namun memang ada segelintir mayarakat yang sengaja berbuat demikian untuk mendapat keuntungan. So bagi saya semua masyarakat harus sedar bahawa penipuan ada dimana-mana dan ada banyak cara orang akan membuat penipuan. Contohnya skim cepat kaya Pak Man Telo, pelaburan dari internet dan berbagai-bagai lagi program skim cepat kaya yang digembar-gemburkan. Ini disebabkan kebanyakkan masyarakat kurang pengatahuan dalam pelaburan yang menyebabkan mereka tertipu. So kepada seluruh rakyat malaysia tidak kira dimana berada....supaya tidak mudah percaya dengan program-program skim cepat kaya yang dipromosikan melalui syarikat-syarikat yang tidak berdaftar dan kepada pihak-pihak tertentu / berkuasa perlulah sentiasa membuat pemantaun sebarang aktiviti yang hangat diwar-warkan yang boleh menyebabkan penipuan.
ReplyDelete