Friday, March 26, 2010

MPS Anak Tirikan Peniaga Bumiputra?

SUDAH menjadi nasib bumiputera Sandakan menjadi dagang Pak Malau di bumi sendiri. Mereka bagaikan melukut di tepi gantang untuk mencari sesuap rezeki bagi menyara hidup keluarga mereka. Mereka juga hanya mampu meleleh air liur melihat gudang-gudang perniagaan dan kedai-kedai besar menjadi milik peniaga-peniaga Cina.

Sudah beruntung sekiranya mereka dapat berniaga di kaki lima gudang perniagaan atau menyewa sekaki dua kedai dengan harga yang cukup mahal.

Persoalannya, lemah atau naif sangatkah peniaga bumiputera sehingga mereka jauh ketinggalan dalam merebut peluang perniagaan di Sandakan? Barangkali peniaga bumiputera hanya layak berniaga di Pasar Minggu atau di Pasar Ikan sahaja. Itu pun terpaksa bersaing dengan peniaga-peniaga Cina.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, juga Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Hj Hamzah Abdullah ketika mengulas isu tersebut menyatakan rasa kesalnya terhadap Majlis Perbandaran Sandakan yang menganaktirikan peniaga bumiputera yang rata-rata mereka terdiri daripada peniaga-peniaga kecil.

Menurut beliau lagi, beliau kerap menerima aduan daripada peniaga bumiputera yang sukar untuk mendapat lesen perniagaan dan kebenaran untuk mendirikan gerai-gerai perniagaandi tepi jalan dan di kawasan-kawasan perumahan.

Mereka yang berketurunan Bugis dikatakan paling sukar untuk mendapat peluang perniagaan. Bahkan, lebih malang lagi, peniaga kecil bumiputera selalu dikejar oleh penguatkuasa-penguatkuasa dari bangsa sendiri kerana cuba untuk berniaga.

Hj Hamzah memberi contoh ketidakadilan MPS yang bertindak menyaman para peniaga bumiputera yang menurunkan barang jualan mereka daripada kenderaan di tempat-tempat tertentu.

Akan tetapi peniaga Cina tidak diperlakukan sedemikian. Ketidakadilan ini jika dibiarkan berterusan akan menjadikan bumiputera terus hanyut dalam arus pembangunan Bandar Sandakan yang telah dinobatkan sebagai bandaraya dalam taman.

Malah, lebih malang sekiranya bumiputera Sandakan hanya menjadi kutu rayau dan penjual bahai (beg plastik) sepertimana yang berlaku kepada budak-budak hanyut dari Filipina.

Oleh: FAIZAL OKADAU(sabahkini)

18 comments:
Write comments
  1. kenapa mereka susah nak dapat lesen kebenaran? ni lah membingungkan aku? kalau mreka ditangkap pihak berkuasa, aku fahamlah sebab teda lesen berniaga sah tapi bila nak proses lesen tu pun masalah dah timbul, sampai bila masalh ni berlarutan. cuba bahagian Majlis daerah sandakan terangkan apa masalah yg mnbbkan mereka tidak dpt proses permohonan lesen berniaga.

    ReplyDelete
  2. betulka? Sandakan memang ramai orang Cina berniaga kat dalam bangunan sedangkan penduduk tempatan ala kadar je. bila la nak maju kalau ta tolong bangsa sendiri?? ada kes rasuah ka? tanya ja, mana tau boleh disiasat SPRM.

    ReplyDelete
  3. sandakan bandaraya dalam taman ka???? taman warga asing adala.. kita semua ni menuntut itu ini dari kerajaan tapi kita kena sedar.. wahai Sabahan... kita ni biarkan anak2 kita tak bersekolah tinggi2.. yg duduk dalam jabatan tu bukan Sabahan tapi orang lain... camna anak2 bangsa kita nak dibantu? sedar2 la diri dlu seblm salahkn orang lain.

    ReplyDelete
  4. Aku, memg tdak dinafikan orang2 Sabah ni kurang mngutamakn pelajran. kalau nak sentuh sampai isu negara pun boleh. mana hak bumiputera la...hak Sabah... yg penting MPS kena lihat nasib kita ni. bukan bermaksuud memudahkan urusan lesen tapi bagi kelonggaran la.. dengar2 memang mahal wo sewa kedai di sandakan tu.

    ReplyDelete
  5. ya, betul wo.. kita kena fikirkan cara bagaimana nak menaikkan taraf bumiputera ni. sy setuju dgn Miss, mungkin kita boleh minta macmana beri kelonggaran utk bumiputera berniaga. kan kita ada hak dan keistimewaan?

    ReplyDelete
  6. kadang2 ada bumiputera ni yang tdk tau prosedur berniaga. ada yang tidak tau perlu adanya lesen berniaga dan tempat2 yang sesuai untuk berniaga. majlis perbandaran akan mempertimbangkan semua itu sebelum meluluskan lesen sebab mereka juga takut jika tindakan mereka bercanggah dgn undang2.

    ReplyDelete
  7. kenapa mesti MPS jadi bias terhadap peniaga Bumiputra? This thing should happen.

    MPS should explain to the Bumiputra traders if there is any problem in applying license.

    ReplyDelete
  8. Bukan lemah atau ketinggalan ba tu.. Tapi telampau baik hati tu la org selalu buli. hehhee

    ReplyDelete
  9. Bagi saya kan, mungkin b/putera taktau apa yg perlu dilakukan bah.. Bukannya MPS anak tirikan.. Takkan lah ba dorang mau buat cam tu..

    Tapi ada baiknya juga lah kalau hal ni diberi perhatian sewajarnya..

    ReplyDelete
  10. Ya kan ucihasensei..
    ada sebab yg munasabah juga bah mungkin.. so harap2 dua2 pihak salin bertoleransi dan jgn asyik tunding jari saja kerana ia takkan mengubah apa2..
    Bikin keruh keadaan, mungkin lah. hehehe

    ReplyDelete
  11. Tak pa, kalau betul dorang anak tirikan b/putera, kita pandai2 lah rebut peluang. Hak kita ba tu.

    Lebih baik kita bergantung pada diri sendiri, banyak g manfaat.
    So jgn mudah putus asa kio, hidup harus diteruskan.

    ReplyDelete
  12. Betul tu Elisha.
    Kita harus bergantung pada diri sendiri..
    Fokus utk maju, & 1 day kita pasti dapat maju :)

    ReplyDelete
  13. Susah betul sebagai Usahawan Bumiputra dari Negeri Sabah, walau bagaimana usaha yang kita lakukan secara jujur, lebih banyak cabarannya dan halangan terutama dari agency2 kerajaan dan tidak hairan 60% usahawan /bijak pandai orang melayu telah berhijarah keluar negara. Yang menghairannya kenapa hanya Usahawan Bumiputra sahaja yang ditindas ??

    ReplyDelete
  14. Bagaimana keadaan seperti ini boleh berlaku? Bukankah bumiputera adalah TUAN disabah ini??

    ReplyDelete
  15. MPS perlu terangkan perkara sebenar tentang pendedahan ini...adakah benar perkara ini berlaku ATAU pembangkang hanya membesar2kan isu ini...perkara ini akan mencalar imej MPS secara keseluruhan & kredibiliti MPS boleh dipersoalkan...

    ReplyDelete
  16. saya setuju dengan Dave bahawa perkara seperti ini boleh mencalar imej MPS. MPS perlu tampil kehadapan untuk memberi penjelasan untuk mengelak masyarakat memberi tanggapan buruk terhadap kerajaan dan MPS itu sendiri. buktikan dan jelaskan kpd masyarakat bahawa kerajaan atu MPS tidak menganak tirikan bumiputera. sya yakin ada perkara2 yang tidak difahami masyarakat yang menjadi punca kepada isu ini.

    ReplyDelete
  17. Lesen sudah diberikan kepada bumiputera tetapi bumiputera sewakan kepada orang cina dan pendatang asing, maklumlah duit atas angin. Jadi siapa salah...?

    ReplyDelete
  18. If this is what truly happens then, they have mud-sling their own image as one of the Govt sector.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.