Thursday, March 25, 2010

Amalan Songsang Pentadbiran BN?

AMALAN SONGSANG dalam mengimplementasikan Undang-Undang mahupun dasar dasar kerajaan yang berlaku sekarang perlu diperbetulkan segera; untuk mengelakkan lebih banyak kemudaratan akan berlaku terhadap sistem yang digunapakai kerajaan BN ketika ini.

Bukan sahaja bersabit kepada isu yang ditimbulkan Peguam Kanan Sabah Haji Ansari Abdullah yang melihat kes Pengarah Jabatan Perkhidmatan Am Sabah, Etong @ Ithong Terang yang boleh ditangkap dan dipenjarakan kerana dianggap menghina mahkamah apabila meluluskan ‘Anak Pelihara’ tanpa melalui proses mahkamah, selaras dengan Fasal 30 (4) Akta Kanak-Kanak 2001.




Malahan dalam banyak perkara yang berlaku di jabatan-jabatan lain, seperti perlantikan Ketua Kampung (KK) di mana pemimpin yang dilantik tidak dikenali penduduk kampung setempat (Kg Ulu Keritan Senagang) yang didakwa mereka sebagai orang asing (PTI) tapi memiliki Kad pengenalan.

Dalam pada itu, ketika kerancakan isu tersebut menjadi buah mulut masyarakat, seorang pemimpin yang juga Timbalan Penatua (Council of Elders Deputy Chairman) PKR Robert Linggi bangkit untuk membela masyarakat di perkampungan terbabit di mana penduduknya, majoriti 99 peratus adalah Kadazandusunmurut (KDM).

“Malangnya ada pihak-pihak tertentu dalam kerajaan mengatakan perlantikan Ketua Kampung terbabit ‘sah’ kerana dia ada Kad Pengenalan. Bagaimanapun saya mempersoalkan status dia di mana Kg Ulu Keritan majoriti penduduk dari golongan suku KDM, macam mana boleh seorang yang tidak dikenali dan berketurunan minoriti (kalau betullah dia anak tempatan) menjadi Ketua Kampung di sana,” tegas Robert.

Selain itu, satu kes yang agak menarik yang pernah tersiar di akhbar akhbar tempatan beberapa bulan lalu di mana seorang penduduk jati di Kg Motolop Pangi, Soromon Tandon meminta kerajaan khususnya Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) supaya mengkaji semula perlantikan seorang Ketua Kampung yang bukan anak jati kampung terbabit, KK Ating Keningkod.

KK Ating Keningkod difahamkan berketurunan dari kesukuan Dusun dan berasal di Kg Paguokon Tengah, sedangkan Kg Motolop berpenduduk majoriti 99 peratus suku Murut.

Rasionalnya, kes-kes yang terpampang di atas menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius dalam melaksanakan tanggungjawabnya dan Pegawai yang melakukan tugas itu boleh disifatkan sebagai ‘membelakangi prosedur kerajaan dan Undang- Undang’.

Apa yang didedahkan Peguam Kanan Haji Ansari adalah jelas menunjukkan bukti-bukti yang nyata bahawa Pengarah terbabit boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Undang-Undang kerana mengenepikan kuasa-kuasa yang sepatutnya ada pada Mahkamah untuk membuat keputusan mutlak.

Sekalipun Pengarah itu mempunyai bidang kuasa dari aspek Pentadbiran, namun dari aspek perundangan segala urusannya harus dirujuk kepada Mahkamah untuk menentusahkan peraturan yang patut terpakai.

Nampaknya kerajaan tidak boleh berdiam diri sahaja dan harus melakukan pembetulan atau sekurang-kurangnya melakukan rombakan secara besar-besar seperti yang bakal berlaku dalam penghujung bulan ini untuk memastikan satu lagi badan MEN yang menfokuskan pengurusan Kewangan, Ekonomi dan Pentadbiran bergerak menepati sasaran tepat sepertimana yang diumumkan PM baru-baru ini.

Dalam hal ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat sewajarnya ditubuhkan di Sabah kerana semua pegawai bersetinggan di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) atas dasar palsu, ‘Concurrent List’ yang disalah tafsir dan digunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin BN Sabah.

Walaupun gaji dan semua emolumen dibayar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM), namun JPKAS sewenang-wenangnya menggunakan kakitangan JKM untuk menjalankan pelbagai tugas Kerajaan Negeri dan mengabaikan tugas yang diamanahkan Kerajaan Persekutuan.

KESIMPULANNYA, apakah Pengarah Jabatan Audit Negara dan MAMPU tidak mampu lagi menjalankan ‘appraisal audit’ dan keperluan gunatenaga serta hiraki semua Jabatan Persekutuan di Sabah kerana sehingga kini hanya JKM yang masih bersetinggan di JPKAS?

Oleh: GONOD M (sabahkini)

14 comments:
Write comments
  1. memang tidak adil bagi penduduk kampung tersebut. apapun, saya rasa jika hendak melantik ketua kampung, penduduk kampung hendaklah bermesyuarat terlebih dahulu. ketua kampung kan dapat elaun, siapa tidak mahu duit, jadi kita fahamlah masalah ni bukan setakat duit tetapi, peranan dia sebagai ketua kampung tu lebih penting.

    ReplyDelete
  2. Saya juga tidak bersetuju dengan cara pelantikan ketua kampung terbabit. sepatutnya MHEANS meneliti dahulu sebelum buat pengesahan. bukan apala, tapi kan lebih senang penduduk berkomunikasi dengan ketua kampung dari kalangan mereka sendiri? apa bleh sya kata, MHEANS meluluskan tanpa persetujuan penduduk.

    ReplyDelete
  3. BN ka PR ka SAPP, DAP ka, masalah ni ttap timbul sebab pelantikan ketua kampung sekarang main sah je. kalau ikut cara dulu2, pemilihan ketua kampung ikut suara majoriti penduduk.

    ReplyDelete
  4. amalan songsang tidak berlaku sekiranya mereka yang benar2 layak dilantik, mendapat sokongan dari penduduk.

    ReplyDelete
  5. buat lantikan semula lah. daripada penduduk salah kan itu ini, baik mereka mengundi semula siapa yg layak jd ketua kampung. takperlu buat sistem rotation.

    ReplyDelete
  6. kita tidak perlu salahkan BN keseluruhannya. pihak2 tertentu yang mengambil jalan mudah ini yang perlu disalahkan. mesti rujuk badan perundangan jika hal ini melibatkan undang2. pihak yang terlibat juga perlu mengambilkira pandangan penduduk sebelum membuat keputusan supaya tidak timbul tanda tanya dan rasa tidak puas hati dikalangan penduduk.

    ReplyDelete
  7. perlu ka jabatan audit terlibat? kita kan ada mahkamah anak negeri? bukankah hal ehwal berkaitan kepentingan penduduk boleh dirujuk di mahkamah tersebut?

    ReplyDelete
  8. Seliparjipun, memang pun apa yang kita lihat sekarang pentadbiran kerajaan BN sudah lintang pukang, adakalanya tidak menghormati undang undang, digasak saja asalkan dia dpt tunai janji dia sama pengundi yang kasih naik dia macam pengundi PTI yang ada IC.

    ReplyDelete
  9. masing2 ada sebab ba tu..
    rasanya, pengarah JPAS tahu apa yg dia buat.. pengarah ba tu.. takkan lah dia saja cari pasal kan. Apapun saya harap hal ni selesai cepat la..

    ReplyDelete
  10. Biarlah mereka dgn labu-labunya. Yang pasti tak lama g election da..
    hehee. Masa akan tentukan segalanya :)

    ReplyDelete
  11. Songsang??? hhmmm ada2 ja kan hal yg berlaku. Tapi takpa harap2 pihak yang berkenaan berusaha memperkai kelemahan diri.. hehe

    ReplyDelete
  12. Ketua kampung mesti dilantik dari anak tempatan jati dan dikenali dan dihormati penduduk kampung tersebut.

    ReplyDelete
  13. Bayangkan ketua kampung yang anda tidak kenal. BUkan saja anda tidak kenal malah jiran-jiran kamu juga tidak kenal. Kenapa boleh terjadi pemilihan begini?

    ReplyDelete
  14. Yang menjadi permasalahan adalah sikap para pegawai yang tidak bertanggungjawab. Jika diteliti, semua panduan telah digariskan hanya tinggal untuk patuhi sahaja....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.