Friday, March 26, 2010

Paip graviti didakwa tidak beri manfaat kepada penduduk kampung

* IBARAT melepaskan batuk di tangga. Begitulah keadaan yang digambarkan oleh penduduk di tiga buah kampung di Kota Belud, yang mendakwa tidak pernah mendapat manfaat sepenuhnya daripada pembinaan paip graviti di Kg. Song-Song.

JURAGAN, yang mewakili penduduk Kg. Song-Song, Kg. Marajah dan Kg. Donggoi meminta pihak yang bertanggungjawab supaya turun padang memantau keadaan itu.

Katanya, “Projek ini dibina sejak tiga tahun lalu dibawah seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW), tetapi tidak pernah memberi manfaat kepada penduduk terutamanya di Kg. Marajah dan Kg. Donggoi.

“Saya tidak nafikan, sememangnya Kg. Song-Song pernah mendapat air melalui paip graviti itu, tetapi tidak sampai setahun. Kerana empangan graviti kurang sesuai dan kini sudah kering kontang.”

Juragan turut mendakwa, kini penduduk Kg. Song-Song dan Kg. Marajah hanya mengharapkan air hujan dan sebuah perigi untuk keperluan harian. Manakala penduduk di Kg. Donggoi pula terpaksa bergantung dengan sumber air sungai dan selain air hujan.

“Selama ini kami terpaksa menggunakan sumber air hujan dan berkongsi air perigi… Bayangkanlah bagaimana kami menguruskan kehidupan seharian kami dengan keadaan ini,” katanya sedih.

Selain itu, Juragan memaklumkan bahawa ada pihak yang datang mengadakan bengkel di Kg. Song-Song untuk mendengar keluhan penduduk di tiga buah kampung berkenaan namun hingga kini masalah mereka belum selesai.

“Oktober tahun lepas, pegawai dari KKLBW dan pegawai INFRA cawangan Sabah, datang ke kampung ini. Justeru penduduk mengambil kesempatan meluahkan masalah yang dihadapi. Malah mereka berjanji akan membantu kami, namun hingga kini ia seolah-olah tidak ada susulan,” adunya lagi.

Juragan berharap agar aduannya diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab sebelum masalah penduduk berlanjutan lebih lama lagi.

“Kini masalah kami bertambah teruk disebabkan musim kemarau yang berlanjutan agak lama. Justeru kami berharap agar ada pihak yang tampil menghulurkan bantuan dalam masa terdekat,” pintanya.

* ActionLine ketika menghubungi KKLBW di Sabah dimaklumkan bahawa kesemua pegawai atasan sedang menghadiri mesyuarat penting di Kuala Lumpur dan hanya akan kembali hujung minggu ini.

Seterusnya ActionLine menghubungi pegawai Daerah Kota Belud dan dimaklumkan bahawa pihaknya belum pernah mendengar sebarang aduan berhubung paip graviti di kampung berkenaan.

“Pihak kami tidak pernah dimaklumkan mengenai hal ini. Namun merujuk kepada keadaan kemarau sekarang, memang tidak dinafikan banyak tempat yang mengalami masalah bekalan air dan pihak kami kini sedang membincangkan perkara ini dengan beberapa pihak lain, dalam mencari jalan terbaik bagi menanganinya,” katanya.

“Apapun kami terima aduan ini seadanya dan akan mengambil tindakan lanjut demi kebaikan bersama,” tambahnya lagi. -NST

22 comments:
Write comments
  1. apalah projek kerajaan ni semua separuh jalan. paip graviti tu rasanya tidak sesuai sebab banyak paip graviti dibuat tapi lngsung tidak berguna. projek tu buang duit sahaja cubala buat paip betul2.

    ReplyDelete
  2. projek paip graviti tu:
    1) BUANG DUIT
    2)UNTUK MEMUJUK DAPATKAN SOKONGAN
    3)ASYIK TIDAK BERFUNGSI
    4)KETINGGALAN TEKNOLOGI
    saya harap YB2 fiir2 la dulu seelum selesaikan masalah air dengan membina paip graviti ni. sudahlah buang duit rakyat, tapi projek tu tak berguna juga. apa masalah ni?

    ReplyDelete
  3. tak nampak pun faedah paip graviti tu. sekadar hiasan ja. sudah berkali2 mereka buat aduan, tapi tindakan? ish3... nilah janji separuh jalan. lepas tangan bila projek dah siap.

    ReplyDelete
  4. projek tu bukan separuh jalan cuma manfaatnya tidak lama. empangan graviti tu yang tidak sesuai dan belum sampai setahun empangan graviti tu suda kering. lagi pun masalah ini tdk sampai kepengetahuan pihak2 tertentu.

    ReplyDelete
  5. it such a waste if the pipe cannot be used. why they made a project if they know it is no so effective?

    ReplyDelete
  6. memang tidak memberi manfaat pun kalau tidak dapat menyalurkan air. dah bertahun2 macam tu, kalau seari dua ada juga okenya ini kalau dah bertahun2 apalah faedahnya terpacak kat situ? upgrade sistem. paip graviti ni kena ditukar kepada paip yg MODEN.

    ReplyDelete
  7. dalam era moden ni, pakai paip graviti lagi ka? sya rasa kerajaan bukan sahaj patut baiki sistem paip tu malah menukar kepada sistam paip yg baru. majoriti penduduk kota belud vote BN pd PRU yg lampau kenapa masalh ni tak selesai2? sampai bila penduduk mo guna air yg semakin tercemar? Sya orang KB tau! rumah saya masih lg pakai pam generator. air bau tanah.

    ReplyDelete
  8. memang betul tu. paip tu mesti diganti. apa gunanya buat paip graviti kalau angin yg keluar?

    ReplyDelete
  9. If the water pipes is no longer usable, then replace it. It will be a waste if it cannot be used by the villagers.

    ReplyDelete
  10. Aduan ni dari ActionLine, New Sabah Times kan... Macam makin best pula kolum tu..
    Banyak keluhan rakyat yang dipaparkan dan yang best lagi ada susulan dibuat untuk memastikan pihak yang berkaitan beri perhatian sertius.

    ReplyDelete
  11. Kesiannya penduduk kampung ni.. harap2 masalah ni dapat ditanggani oo..
    syg ja paip graviti tu kalau takda fungsi.

    ReplyDelete
  12. uiks lama da bah masalah ni.. napa baru sekarang dorang buat aduan.. adiii..kesian, mesti dorang tak sanggup bertahan da..
    kalau da kena komplen harap2 ada lah pihak yg tampil nanti.

    ReplyDelete
  13. Pembinaan Paip Graviti adalah amat bersesuaian dilaksanakan di Luar Bandar bagi penyelesaian segera.
    Masalah Utama sebenarnya adalah TIDAK ADA PERUNTUKAN yang disediakan bagi penyelengaraan. Ia dibina... tetapi macam beli Baju di Pasara saja. Bina dan tinggalkan.. Sedangkan sepatutnya berikanlah peruntukan untuk penyelengaraan.

    Harap Pihak SabahDaily pergi ke Kg Kawang-kawan juga. Masalah lebih runcing sebab mereka terpaksa meminum air sungai dan di hulu Sungai tersebut pula, terdapat belaan babi secara lepas oleh Non-Muslim. Babi tersebut mandi manda di hulu sungai.

    ReplyDelete
  14. Selalu orang2 kg ketingalan dengan teknologi... kenapa? adakah ini salah kerajaan semata-mata?

    ReplyDelete
  15. Pemasangan paip graviti memang bagus digunakan walaupun kos-kos peralatan yang digunakan agak mahal tapi ia sedikit sebanyak boleh memberi manfaat kepada pengguna, tapi jika ia tidak diselengara denga baik maka inilah jadinya....ini disebabkan struktur bentuk muka bumi dan tempat dimana paip graviti itu di letak mungkin tidak bersesuaian disamping itu penyelengeraan juga harus kerap dilakukan untuk mengekalkan pengaliran air yang baik.

    ReplyDelete
  16. im refer to nicole tasha comment.

    perlukah kerajaan disalahkan semata2 penduduk kg ketinggalan teknologi? adil ka klu guru yang disalahkan kalau muridnya gagal?

    100 kebaikan kerajaan banding dengan 1 kecuaian kerajaan. yg 100 kamu tolak kebelakang yg 1 ni kamu guna sbg senjata perang.

    klu selama ni kerajaan goyang kaki kamu dapat rasa ka apa yang kamu rasa sekarang? kamu dpt rasa ka kemudahan dan pembangunan yg kamu rasa skrng?

    klu kamu mau tau punca sebenar sendiri pergi tanya pihak yg berkenaan dan cari bukti.

    knpa tidak cuba cenderung kpd kemungkinan yg positif...

    ReplyDelete
  17. Sekadar bertanya di sini salah ka? hmmm tempat public kan ni...

    ucihasensei said...March 29, 2010 3:51 PM

    Macam meradang pula ko menjawab.. macam saya ka c salah kerajaan 100%... gpun saya cuma tanya adakah salah kerajaan semata-mata... ????

    jawab dengan penuh akademik ba.. jangan dengan perasaan.....

    jentik sikit melenting ya... sabar2...

    ReplyDelete
  18. Nicole Tasha said...March 30, 2010 11:08 AM

    o siou la ba.. ingatkan ko mau kasi salah 100% kerajaan.. cuma bg saya tdk adil mau salahkn kerajaan sepenuhnya. dorang pun berhadapan dengan banyak aduan setiap hari. jd tdk heran dorang bleh lupa mana2 projek yg perlu followup. lg pun kita tdk tau mcm mana prosedur dorang untuk dpt kelulusan mana2 projek. biasanya ambil masa yg lama n bnyk yg perlu dorang pertimbangkan. that why kita sbg rakyat pun kena kerjasama utk remind dorang.

    ReplyDelete
  19. Na next tym baca baik2 or tanya dulu before ko melenting.. Macam saya ini tidak ada sekolah...

    ReplyDelete
  20. The gravity pipe should work since it's a dry season. If this is the case, susah lah..

    ReplyDelete
  21. Memang sedih bila dengar berita sebegini kerana air sangat penting dalam kehidupan seharian namun penduduk kampung perlulah berbincang kepada wakil rakyat menganai perkara ini agar dapat dipertimbangkan. Memang dimana-mana kampung pun semuanya ketinggalan teknologi terutamanya di bahagian pedalaman oleh itu rakyat memohon bantuan daripada kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian dapat dilakukan demi menjamin tarap hidup penduduk kampung.

    ReplyDelete
  22. Paip graviti ni...emmm dimana-mana pun tidak berfungsi. Bukan berlaku di kg. song-song saja.....di kg. gana pun sama juga...pasir banyak dan air kotor. kontraktor bertanggung jawab sekadar melepaskan batuk di tangga ja....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.