Friday, March 26, 2010

DEMONSTRASI TUNTUT HAK ASASI DI TENOM

SATU demonstrasi secara aman yang disertai kira-kira tiga ratus penduduk sekitar Kg Kalibatang dalam mukim Tomani berhimpun seawal pagi bermula lebih kurang jam 8.30 pagi diperkarangan Pejabat Daerah Tenom kerana menuntut hak asasi tanah adat dan juga hak keadilan dari segi Undang-Undang yang sedia ada.

Difahamkan bahawa mereka juga turut membantah tindakan Jabatan Perhutanan menyeret enam penduduk di perkampungan terbabit ke Mahkamah (ketika itu Mahkamah sedang membicarakan kes enam orang yang dituduh menceroboh) atas kesalahan menceroboh kawasan Hutan Simpan Perhutanan di Kg Emahit dalam daerah Kemabong sekitar tahun 2009.

Salah seorang penduduk perkampungan terbabit yang juga bertindak selaku jurucakap mereka, Taiging bin Manggang, 54, ketika memberitahu Sabahkini.net pada Khamis, mendakwa kehadiran mereka di situ sebagai pemberi semangat kepada 6 orang yang diseret ke Mahkamah yang didakwa Jabatan Perhutanan kononnya menceroboh kawasan Hutan Simpan.

“Sebenarnya yang 6 orang itu bukan menceroboh kawasan larangan itu, sebaliknya kawasan itu adalah hak tanah adat warisan turun temurun sejak dari nenek moyang kami lagi untuk berburu binatang dan sekarang untuk bercucuk tanam seperti padi dan lain lain tanaman pertanian,” tegasnya.

“Kami tidak berniat untuk menceroboh hak kerajaan itu, tetapi kami orang kampung tidak tahu batas sempadan yang betul-betul hak milik Jabatan Perhutanan kerana tiada tanda-tanda sempadan tetap yang menunjukkan ia milik Jabatan itu,” tambah Taiging dengan nada kesal.

Ketika diajukan pertanyaan kalau ada pembabitan orang luar sebagai dalang demonstrasi hari ini beliau berkata, niat mereka adalah telus dan ikhlas yang ingin mendapatkan hak keadilan sewajarnya di mana mereka tidak didalangi oleh mana- mana pihak sama ada pemimpin politik mahupun kumpulan NGO.

Taiging mendakwa bahawa kawasan Kg Emagit yang diterokai oleh 6 penduduk kampung (sedang dibicarakan) telah dianggap oleh Jabatan Perhutanan sebagai kawasan yang termasuk dalam lingkungan Hutan Simpan Tomani kelas dua.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh Jabatan Perhutanan ketika itu, maka satu pasukan telah menjalankan penangkapan kepada mereka (6 orang) di mana hari ini (Khamis) perbicaraan terhadap kes itu sedang berlangsung.

Pihak Polis berunifom dan yang berpakaian preman sedang mengawasi demonstrasi itu dan setakat laporan ini ditulis tiada sebarang kejadian negatif telah berlaku.

Oleh: MAIL MATHEW

24 comments:
Write comments
  1. memang betul tu. apabila kerajaan mewartakan hutan simpan atau tanah milik kerajaan, tiada penanda dibri. bukan apa, bukan semua orang ada simpan peta negeri Sabah dari jabatan ukur tanah. sa rasa, mereka patut dibebaskan kerana ini cuma salah faham yang kecil.

    ReplyDelete
  2. aiya, kesian wo...kena tangkap. sya rasa ini satu salah faham saja sebab mereka memg tidak tahu batas kawasan. kebanyakan penduduk kampung suka bercucuk tanam dan membina penempatan sesuka hati tanpa menyedari mereka telah menceroboh kawasan tanah kerajaan. harap2 mereka dibebaskan dengan segera.

    ReplyDelete
  3. sya hairan, kenapa masalah tanah kerajaan ni asyik wujud di Sabah? bila ada tanah terbiar jadi tanah kerajaan tapi tidak juga dibangunkan.

    ReplyDelete
  4. tanah kerajaan yang telah diwartakan sbg hutan simpan tdk boleh diceroboh. memang ada dalam peruntukan undang2 org menceroboh dikira salah. tapi kes org kampung ini mereka tdk tau mana sempadan hutan simpan, jd harap2 mahkamah boleh pertimbangkan alasan yg dikemukakan.

    ReplyDelete
  5. Maybe orang2 kampung ni tidak sedar mereka telah melanggar peraturan & tidak sedar bahawa tempat yg mereka pergi tu adalah kawasan hutan simpan...harap2 mahkamah akan berlaku adil dan tidak memberikan hukuman yg terlalu berat kepada orang2 yg terlibat...

    ReplyDelete
  6. apa beza tanah adat dan hutan simpan? memang betul, even sy orang bandar pun tidak tapat bezakan mana tanah adat dan tanah kerajaan. harap hukuman drang ni diringankan kalau boleh dibebaskan la sebab salah faham yg sedikit. harap, tiada lagi kes tingkayu gate tu. sama2 kita ambil pengajaran dan iktibar.

    ReplyDelete
  7. kalau itu hutan simpan atau tanah kerajaan buatlah pagar dan sign board serta maklumkan kepada penduduk. if i were there, i might also build a house because i don't know who is the owner. no sign maaa...

    ReplyDelete
  8. Demonsrasi bukan la cara kita... sepatutnya masih ada meja dan kerusi untuk perbincangan... Segalanya masih boleh dibincangkan, jangan mengikut perasaan yang akhirnya membawa kebinasaan dan kebencian sesama.... Pihak bertanggungjawab mesti memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas dengan baik. Hal ini dapat mengelak berlakunya demonstrasi seperti ini...

    ReplyDelete
  9. Buat kan papan tanda yang terang. Jab Hutan patut menghantar pegawai2 nya ke kampung2 yang berdekatan hutan simpanan yang tidak dibenarkan dimasuki, meberi taklimat kepada orang kampung mengenai larangan dan sempadan hutan simpanan tersebut.

    ReplyDelete
  10. demo? hati2, nnti tak pasal2 kena tangkap pula. kalau nak demo, buat la secara aman, k.

    ReplyDelete
  11. Kalau tiada keadilan, demonstrasi begini bakal berlaku dan akan makin meruncing.

    ReplyDelete
  12. Mestilah tau, siapa yang dulu menduduki kawasan yang dipertikai, jika orang kampong duluan dan kemudian JH baru wartakan sebagai Hutan Simpan maka boleh dipersoalkan...jika sempadan tidak terangpu boleh orang kampong persoalkan, jika tiada apa-apa tandapun orang kampong boleh persoalkan...bah, kalau kamurang rasa itu kamurang punya hak...mangainooh

    ReplyDelete
  13. There is suppose to be few stone border between the native land and the reserved forest. The Forestry ought to check that want. There should be a border between 2 lands. Or at least a notice..

    ReplyDelete
  14. kesian.. hhhmm.. harap hal ni diselesaikan segera.. susah juga kalau berterusan begini..

    ReplyDelete
  15. Kesian.. bukan sengaja bah mungkin ni.. Lagipun siapa juga bah yg mahu cari susah kan.
    Harap hal ni dipertimbangkan sebaik mungkin lah.. kesian tu org yg kena tangkap.

    ReplyDelete
  16. Ya kan ucihasensei.. mana tau boleh dipertimbangkan.. Sama2 lah kita tunggu dan lihat hasilnya k.

    ReplyDelete
  17. Patut ada sempadan ba tu.. kalau takda mcm mana org mau tau.. mungkin kalau aku pun, redah ja & tak sedar pun termasuk ke kawasan larangan.. hahhaa

    Apapun saya yakin mahkamah akan putuskan yg terbaik :)

    ReplyDelete
  18. demo secara aman la kan. mahkamah buat keputusan yg adilla. bg sy dalam kes ni, mereka bersalah tetapi mereka tidak tahu. harap hukuman mereka diringan kan la. baru adil.

    ReplyDelete
  19. harap tiada "hanky panky" dalam proses penyiasatan dan penyelesaian kes ni...kesian tu orang2 kampung...mau cari makan di tanah sendiri / tanah nenek moyang mereka pun di dakwa menceroboh..setahu saya penduduk di sana memang sudah ada di sana sebelum perang jepun lagi. tolonglah...

    ReplyDelete
  20. Pemimpin perlu memainkan peranan yang penting bagi mengelak berlaku demontrasi seperti ini. Kena kaji semula, kerana mana kan pokok bergoyang jika tidak ada angin...

    ReplyDelete
  21. 12 Hutan Simpan Yang Baru Diwujudkan Di Sabah.

    KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Isnin meluluskan pindaan Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 1994 yang menyaksikan pewujudan 12 hutan simpan yang baru.

    Hutan simpan yang akan diwujudkan itu ialah hutan simpan Gomantong-Geluang-Gesusu, hutan simpan Bukit Hampuan, hutan simpan bukau Api-Api, hutan simpan Ganui, hutan simpan Deramakot, hutan simpan Pulau Tabun dan Pulau Saranga, hutan simpan Khazanah, hutan simpan Batu Punggul, hutan simpan Bakau Pulau Malawali, hutan simpan Sungai Lasun dan Pulau Evans, hutan simpan dara Sepilok dan hutan simpan Kerangas.

    Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nasrun Datu Mansur yang membentangkan rang undang-undang itu berkata keluasan hutan simpan baru berkenaan ialah 9,706.790 hektar.

    Beliau berkata kerajaan negeri juga mengkelaskan semula dua hutan simpan sedia ada iaitu hutan simpan komersial Sipitang Kelas II dan hutan simpan Imbak Kanyon kelas II kepada hutan simpan kelas I (Perlindungan).

    Selain itu, Nasrun berkata pindaan itu turut mewartakan semula empat hutan simpan yang sedia ada bagi tujuan penyelarasan dan pengemaskinian kepada Jadual Enakmen Hutan 1984.

    Katanya hutan itu ialah hutan simpan Sapagaya Kelas I (Perlindungan), hutan simpan kebun Cina Kelas IV (Ameniti), hutan simpan Rumbia Kelas IV (Ameniti) dan hutan simpan Kelawat Kelas I (Perlindungan).

    Nasrun berkata dengan pewujudan kesemua hutan simpan itu, hutan simpan kekal kerajaan negeri Sabah akan bertambah keluasannya dari 3,594,366.000 hektar kepada 3,604,894.876 hektar atau lebih kurang 49 peratus daripada keluasan negeri Sabah.

    -- BERNAMA (untuk rujukan)

    Saya berpendapat orang-orang kampung di Tenom kurang arif tentang kawasan Hutan Simpan di daerah mereka. walau bagaimanapun saya berharap agar pihak kerajaan akan menbebaskan orang-orang kampung ini, pada masa yang sama saya juga berharap ada perbincangan antara pihak kerajaan supaya dapat membenerkan orang-orang kampung ini bercucuk tanam di kawasan tersebut. ini sahaja cara untuk membantu para penduduk kampung untuk terus hidup. Harap dapat dipertimbangkan....

    ReplyDelete
  22. Bagi saya, permasalahan tanah ini adalah kerana tidak kecekapan pentadbiran kerajaan dari dulu dan sekarang. Sepatutnya masalah ini tidak wujud sudah.

    ReplyDelete
  23. Perbincangan adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Kena betul2 mendapat persetujuan baru la tidak akan berlaku salah faham yang akan mendorong berlakunya demontrasi.

    ReplyDelete
  24. There are other ways to voice out dissatisfaction and that is through round-table discussion. Revolt and demonstration is the last resort and option if everything have fail..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.