Thursday, March 25, 2010

Ceramah Perdana 'Minyak Sabah Untuk Siapa?"


JANGAN LUPA!. Datang beramai-ramai mendengar hak anda dan hak Sabah untuk mendapat ekuiti yang seimbang berhubung minyak dan gas yang disedut daripada bumi Sabah. Amanat Perdana akan disampaikan oleh Mantan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Mantan Pengerusi/ Pengasas Petronas. Sebagai penyiar rasmi Majlis Berkenaan, Sabahkini.net akan membawa kepada anda semua berita berhubung isu minyak dan hak Sabah dari semasa ke semasa.

16 comments:
Write comments
  1. terhad ke? masuk percuma? isu ini penting untuk didengar dan diikuti.

    ReplyDelete
  2. usually ceramah macam ni is free n open to public. those who still wondered about this issue come and hear togather the explanation from Tengku Razaleigh Hamzah.

    ReplyDelete
  3. memang penting tapi takkan nak register dulu? ceramah diadakan dimana? Tapi jawapan memang senang, minyak sabah untuk Sabah la. cuma sebagai mana yang kita tahu, hasil royalti yang diterima tidak seberapa dan permintaan kita asyik dpandang sepi oleh mereka. sama2 kita hadiri foum ini jika dapat datang, kongsi2 maklumat anda.

    ReplyDelete
  4. Bagi saya ini adalah peluang yang sangat baik terutamanya untuk orang-orang Sabah.Datang beramai-ramai di dewan KDCA Penampang. Ceramah yang akan disampaikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Sebelum ni pun banyak isu yang diwar-warkan pasal Royalti minyak di sabah, dan ada setengah pihak cakap yang Sabah layak mendapat 5% atau 20%? tapi ada juga yang cakap Sabah sepatutnya mendapat 50% sbb hasil minyak itu daripada sabah. apa2pun mungkin selepas ceramah ini adalah berita yang baik untuk sabah.....sabah boleh!

    ReplyDelete
  5. Sabah sepatutnya mendapat hak mengurus dan mentadbir sendiri hasil negeri. Kerajaan negeri yang menentukan berapa peratus yang diberikan kepada kerajaan pusat

    ReplyDelete
  6. harap2 forum ini dapat merungkai segala persoalan yg bermain di fikiran setiap orang yg mencari jawapan dlm isu royalti minyak sabah...

    ReplyDelete
  7. Hurm, sounds interesting. I really want to know what's t he whole issue is about..

    ReplyDelete
  8. siuk ba ni.. boleh tambah pengetahuan. hehe

    ReplyDelete
  9. I know Paquin coz knowledge is the tool and power..:)

    ReplyDelete
  10. Dengar dulu la.. Pas tu buat analisis bagus2.. Zaman sekarang ni kita kena matang dan jangan terlalu mudah terpedaya k.

    ReplyDelete
  11. Jawapan untuk tajuk artikel ini ialah, 'minyak Sabah untuk orang Sabah'.

    ReplyDelete
  12. Ceramah ini dapat membuka mata Sabahan tentang apa yang sebenarnya berlaku terhadap minyak yang digalai di Sabah dan perjanjian antara Sabah dan kerajaan persekutuan berkenaan minyak . Beramai-ramai kita menyertai ceramah ini.

    ReplyDelete
  13. Dahulu Tengku Razaleigh Hamza mantan Menteri Kewangan Malaysia, kenapa semasa Tengku ini berkuasa, dia tidak ambil tahu hal minyak orang Sabah.Sekarang sudah tidak ada kuasa baru pula Tengku beria2 nak bantu orang Sabah....

    ReplyDelete
  14. Sabahan kena berhati-hati... Saya tidak percaya bahawa setiap pertolongan yang diberikan tidak mengharapkan sesuatu, apa lagi bukan dari sabahan sendiri...must be hidden agenda...

    ReplyDelete
  15. Perlu penjelasan dan pemahaman kepada orang-orang Sabah, kerana sehingga sekarang ini rakyat Sabah masih mundur. Marilah kita beramai-ramai hadir ke ceramah ini. manalah tahu, ada cerita disebalik TRAJEDI DOUBLE 6... Kerana selepas kejadian itu baru datuk harris salleh menandatangani perjanjian tersebut dengan bersaksikan datuk pairin kitingan.

    ReplyDelete
  16. seharusnya pemimpin sabah lah yang memperjuangkan hak-hak kita ini... ini tidak, orang semananjung pula yang datang sini mau bagitau pasal hak kita orang sabah. pemimpin sabah berpeluk tangan, yang dorang tau dapat projek besar dan mau kasi tambah harta kekayaan suku sakat dorang dan tambah bini.. alahai permimpin kita ni... ataupun "minyak sabah untuk poket pemimpin sabah"

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.