MOSCOW: Presiden Poland, Lech Kaczynski dan isterinya terbunuh selepas pesawat yang mereka naiki bersama 130 penumpang lain terhempas ketika menuju ke arah kawasan pendaratan di barat Russia, menurut pegawai negara itu.
Gabenor wilayah Smolensk iaitu lokasi pesawat itu terhempas, Sergei Anufriev, berkata tiada mangsa yang masih hidup ditemui dalam kejadian jam 11 pagi tadi.
“Pesawat presiden Poland gagal tiba ke landasan ketika hendak mendarat dan difahamkan ia melanggar bahagian atas pokok dan jatuh terhempas. Tiada seorang pun yang terselamat susulan kemalangan itu” katanya dalam saluran berita negara itu, Rossiya-24.
Kementerian Luar Poland mengesah Kaczynski dan isterinya berada dalam pesawat Tu-154 itu.
Kaczynski terbang ke Russia bagi menghadiri upacara menyambut ulang tahun ke-70 pembunuhan beramai-ramai pegawai Poland oleh polis rahsia Soviet di Katyn dan tempat lain ketika perang dunia ke II. - AP
Saturday, April 10, 2010
Presiden Poland, isteri terbunuh pesawat terhempas di Russia
Similar Posts
Six days of darkness, NASA says not gonna happen
Nasa Confirms Six Days of Darkness in December'
Mark Zuckerberg and 5 Other Billionaires Now Basically Own Hawaii
What Venezuela's Security Council Seat Means for the U.S.
How the Blue LED Changed the World, and Won a Nobel Prize
110,000 to be evacuated in Albay in case of flood-driven lahar
About sabahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.