Tuesday, April 6, 2010

BROADBAND, SEMAKIN LUAS, SEMAKIN PENIPU?

KEGHAIRAHAN Celcom yang menerajui sistem jalur lebar negara untuk melebarkan sayapnya ke Lahad Datu yang mempunyai masalah pancaran kurang jelas, akibat sistem yang belum dikemaskini; menimbulkan kemarahan para pengguna broadband di daerah ini.


PENIPU… Papantanda ini adalah papantanda sebenar yang didirikan di bulatan Jalan Tengah Nipah off Kastam Baru Lahad Datu; tetapi cogankata asalnya, ‘Semakin Luas @ Wilayah Celcom Broadband’ ditukarkan kepada ‘Semakin Luas @ Semakin Penipu’ sebagai tanda protes penduduk Lahad Datu terhadap Sistem Jalur Lebar Celcom.

Seorang pengguna broadband, Sitta Sarah, 26, ketika menghubungi Sabahkini.net berkata beliau mendaftar broadband di Celcom Lahad Datu sebulan yang lalu dengan bayaran RM100 sebagai yuran pendaftaran.

Namun sejak daripada pendaftaran tersebut beliau seringkali gagal menggunakan broadband atau gagal mendapat capaian ke mana-mana server sekalipun talian pada komputer ribanya kelihatan stabil antara tiga hingga empat ‘line’ (capaian) pada setiap masa.

Sitta yang menetap di Taman Warisan 1, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu langsung tidak dapat menggunakan broadbandnya di rumah kerana langsung tidak ada talian atau hanya satu atau dua garis capaian sahaja.

“Apa gunanya saya membayar RM68 sebulan jika broadband yang dibekalkan kepada saya gagal mengakses sebarang talian internet? Kalau di bandar kadang-kadang boleh capai, tapi di gerai saya di Dam dan rumah saya, langsung tiada line,” ujar Sitta Sarrah yang baru menjelaskan bil bulan kedua sejumlah RM98 (termasuk caj pelbagai) pada petang tadi.

Menurut Sitta Sarah, bukan beliau sahaja yang mengalami masalah tersebut, malah beberapa rakannya turut mengadu mengalami masalah serupa sehingga menyukarkan mereka berurusan dengan menggunakan internet.

“Jika keadaan berterusan, mungkin saya akan kembalikan broadband ini kerana langsung tidak memuaskan. Lebih baik saya menggunakan wi-fi percuma di restoran daripada membeli broadband, tetapi tidak dapat digunakan,” kata Sitta Sarah yang mendesak agar Celcom menaiktaraf pemancarnya yang semakin mundur kerana keghairahan untuk menyaingi Digi yang mudah dicapai di semua kawasan termasuk Tungku.

Kata Sitta Sarah, beliau akan mengemukakan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna jika keadaan masih berlarutan sehingga hujung April.

Oleh: SURIATI MAHMUD (sabahkini)

9 comments:
Write comments
  1. Wow! Digi dapat suda di Lahad Datu? Hebat. Nanti balik kampung, sa beli lah Digi broadband..:)

    Anyway, Celcom sememangnya mempunyai pemancar yg rendah. Jangan cakap broadband, line 019 pun kadang2 pandai hilang...huhuhu~

    ReplyDelete
  2. Bila dengar saja broadband celcom...siapa yang tidak mahu namun sejauh manakah penggunaan broadband ini dapat dinikmati sepenuhnya? asyik2 promosi yang lebih2 pasal broadband celcom tapi keupayaan broadband di daerah Lahad Datu tidak se-hebat sebagaimana yang dipromosikan. Sebelum ni saya menggunakan Streamyx ok lah tapi selepas 3 bulan kemuadian mulalah timbul banyak masalah...tidak dapat masuk mana2 website...than..telfon oporetor seminggu kemudian baru ada tindakan...dan begitulah seterusnya sampai sekarang. Kesimpulan saya disini diharapkan kepada pihak2 tertentu dapat menyelesaikan masalah ini kerana dengan adanya teknologi sebegini dapatlah masyarakat bandar dan luar bandar berhubung dengan negara2 lain.

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya celcom tidak hanya menumpukan usaha untuk meluaskan servisnya ke merata tempat, akan tetapi turut menumpukan perhatian ke atas usaha untuk meningkatkan kualiti servis mereka...ini kerana pelanggan membayar perkhidmatan yg diberikan oleh mereka dan adalah tidak adil jika hanya diberikan perkhidmatan yg ala kadar saja.

    ReplyDelete
  4. @Dave: True enough. Dorang sepatutnya meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka untuk memenuhi kehendak pelanggan dan bukannya sekadar mahu mengaut keuntungan.

    ReplyDelete
  5. CELCOM shouldn't plan too much stuffs if they can't even sustain the good quality of the products.

    ReplyDelete
  6. taman warisan terletak di tengah2 POIC, mengapa tidak berkualiti? Patut celcom tambah tiang pemancar 3 buah dsana, agak memalukan jika berterusan begitu lembab..

    ReplyDelete
  7. Bukan sahaja di Lahad Datu, Kinabatangan pun mengalami masalah yang sama, kelajuan capaian macam siput kadang2 macam siput kena racun. dalam seminggu hanya 2 - 3 hari shj capaian agak baik itu pun waktu petang dan awal malam selepas jam 10 mlm keatas 0 bps tapi status conneted very good. Wahai pihak berwajib tolonglah beri kami perkhidmatan terbaik. Luar bandar membayar kos yang sama dengan bandar. kenapa kami tidak mendapat perkhidmatan yang sama ????

    ReplyDelete
  8. You can't trust everything you are told. Of course all business tells you they're the best, they're No.1. But actually, not always true.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.