PENDATANG tanpa izin yang mendapat kad pengenalan projek bukan sahaja berani menjadi Ketua Cawangan UMNO, malah merampas tanah adat dan bersubahat dengan Penolong Pemungut Hasil Tanah untuk mendapat geran hak milik ke atas tanah adat yang diceroboh.
Seorang pewaris tanah adat, Ninah Binti Gaya, 34, memaklumkan beliau tidak pernah menyangka tanah adat peninggalan arwah ayahnya, Gayah Bin Mansur di Kampung Silam telah diceroboh dan cuba dirampas Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood, Haji Wahab Bin Nonong.
LAPOR.... Ninah (kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat sebelum ini namuntidak diambil tindakan oleh polis memaksa Ninah membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Daerah Lahad Datu. Manakala suami Ninah memegang surat keputusan penyiasatan tanah yang memberi hak kepada Wahab untuk mendapat sebahagian tanah adat yang diusahakan keluarga Ninah. |
“Menurut bapa saudara saya, tanah ini adalah tanah adat kerana kami pohon atas geran NT apabila salah seorang pemohon asal, Allung Laedin tidak lagi berminat atas tanah yang diteroka dan menjual bahagiannya kepada bapa saya,” ujar Ninah yang mendakwa PT79114519 yang dipohon oleh bapanya telah dibatalkan sedangkan Allung telah menyerahkan bahagiannya PT 72111313 kepada arwah bapanya.
Kata Ninah, Wahab yang sebelum ini menumpang di tanah arwah bapanya telah menggunakan surat kuasa palsu untuk memperdaya Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu kerana beliau memohon tanah tersebut melalui PT 89110399 menggunakan pelan tanah yang diduduki keluarga Ninah selama ini; sedangkan pada dasarnya Wahab memohon kawasan lain.
“Saya terkejut kerana Kerajaan mengeluarkan Geran Draf CL 115403640 atas nama Wahab Bin Nonong di atas tanah adat yang kami duduki sejak 1950-an lagi, walaupun beliau hanya menumpang tanah adat milik keluarga kami,” ujar Ninah yang kesal kerana kecuaian Jabatan Tanah dan Ukur mengeluarkan geran draf berkenaan.
Setelah dibantah mengikut Seksyen 15, Ordinan Tanah Sabah, Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu, Awang Fauzi Bin Awang Tahir telah memanggil Ninah dan Wahab ke Pejabatnya pada 5 Mei 2009 untuk menyelesaikan bantahan tersebut dengan memerintah tanah tersebut dibahagi sama rata dengan Ninah.
PPHT juga mengarahkan agar geran draf CL 115403640 yang telah dikeluarkan atas nama Wahab Bin Nonong dibatalkan selaras dengan Seksyen 88, Bab 68, Ordinan Tanah Sabah.
“Bagaimana boleh dibahagi dua sedangkan Wahab tidak berhak ke atas tanah ini kerana adik beradik saya ramai. Keputusan ini tidak adil dan saya percaya berlaku amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang begitu ketara sehingga Wahab diberikan geran draf yang hampir melupuskan hak kami jika saya tidak membuat bantahan,” ujar Ninah yang mendapat perintah mentadbir harta pusaka arwah ayahnya daripada Mahkamah Syariah Tawau.
Tegas Ninah, PPHT tidak berhak untuk menentukan pertikaian dan memutuskan tanah adat berkenaan diserahkan kepada pemohon lain yang tidak ada kena mengena dengan keluarganya.
Sehubungan itu, Ninah mendesak agar Pengarah Tanah dan Ukur campurtangan untuk menyelesaikan pertikaian tanah tersebut dan polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap Wahab Nonong kerana menceroboh tanah adat keluarganya.
Ninah turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana Wahab boleh mendaftar permohonan tanah dan diberikan kelulusan di atas tanah adat yang diduduki keluarga sejak zaman colonial sehingga kini.
Bagi menegaskan tindakan beliau, Ninah telah menghubungi peguamnya dan membuat laporan polis, LDD/RPT/1777/10 pada jam 11.20 malam, 17 Mac 2010 dan mendakwa bahawa;
“PADA jam lebih kurang 4.30 petang bertempat di rumah Taman Kafoh, No.10, Jalan Segama Lahad Datu, saya dimaklumkan oleh bapa saudara saya, Hj Aspala Bin Sahiran bahawa tanah yang kami duduki seluas lebih kurang 15 ekar adalah tanah adat yang telah diusahakan oleh bapa saya. Sebagai pewaris yang sah yang mendapat perintah pentadbir harta pusaka Gayah Mansur, saya datang ke balai membuat laporan agar Polis di-Raja Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan dibawah undang-undang jenayah terhadap sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau bersubahat sehingga kerajaan mengeluarkan geran draf CL 11543640 kepada Hj Wahab Bin Nonong No kad pengenalan H0568477 secara tidak sah, culas dan bercanggah dengan Ordinan Tanah Sabah. Laporan ìni juga dbuat terhadap Hj Wahab Bin Nonong kerana telah menceroboh tanah adat milik keluarga saya dengan menebang beberapa pokok dan menanam kelapa sawit di atas tanah yang telah diceroboh. Laporan ini juga dibuat terhadap Ketua Polis Daerah Lahad Datu kerana gagal mengambil tindakan di bawah undang-undang jenayah terhadap Hj Wahab Bin Nonong kerana telah mengugut untuk membakar rumah yang kami duduki sejak 39 tahun lalu jika kami tidak keluar daripada tanah berkenaan; walaupun saya telah membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu melalui LDD/PRT/584208 pada 7 Oktober 2008. Laporan ini juga dbuat terhadap Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu, Awang Fauzi Bin Awang Tahir kerana telah memberikan sebahagian tanah adat tersebut kepada Hj Wahab Bin Nonong melalui pembicaraan tanah melalui surat LE 46/2008/(18) bertarikh 5 mei 2009; sedangkan beliau tahu bahawa Hj Wahab tidak berhak ke atas tanah berkenaan.”
Dalam pada itu, Siasatan Sabahkini.net mendapati Wahab adalah pendatang haram Filipina yang mendapat kad pengenalan projek bernombor H0568477 dan kini memegang Mykad 400103-12-5117 merupakan Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood dan pemilih berdaftar di Kampung Silam, daerah mengundi Sapagaya, Lahad Datu.
Wahab menggunakan pelbagai nama sebelum mendapat kad pengenalan dan pernah bekerja dengan Pacific Hardwood. Menurut rekod surat nikah adik kandungnya, Siti Nohi Bin Upau, nama Wahab dicatatkan sebagai Kowon Bin Upau dan pernah menggunakan beberapa nama seperti Konong, Nonong dan kini menggunakan salah satu daripada nama Tuhan, ‘Wahab’ (sewajarnya ada Abdul sebelum namanya).
ADIK..... Adik Wahab Nonong bernama Siti Nuhi Upau masih memegang IMM13 IP-12071-3076 berlatar belakangkan rumah Wahab.
Sehingga kini adik Wahab, Siti Nuhi Upau masih memegang IMM13 sedangkan Wahab yang datang bersama adiknya telah mendapat kad pengenalan projek dan berlagak sebagai ‘Raja Tanah’ setelah menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood.
Pejabat Imigresen Lahad Datu yang berdiam diri selama ini mempunyai rekod Wahab namun belum bertindak kerana Wahab menjadi penyokong kuat Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur; melainkan jika Jabatan Imigresen disapena ke Mahkamah untuk memberi keterangan siapa Wahab sebenarnya dan bagaimana beliau boleh mendapat kad pengenalan projek dan merampas tanah adat milik Anak Negeri Sabah.
Penduduk tempatan di Silam hairan kenapa Polis gagal memberkas Wahab yang melakukan jenayah menceroboh tanah dan mengugut untuk membakar rumah Ninah sedangkan laporan polis dibuat?
pihak berkuasa dan BPR perlu tegas dalam hal ini. kerjasama orang awam juga diperlukan sebelum kita menjadi pengemis di negeri sendiri.
ReplyDeleteJabatan Tanah dan Ukur mesti sentiasa mengatahui kawasan tanah yang sudah dimiliki oleh individu tertentu dengan mendapat geran tanah contonyan CL, NT dan sebagainya. Setahu saya orang yag memiliki pengenalan diri seperti passport sajaha tidak layak mendapatkan tanah apatah lagi tanah yang dimiliki atas nama sendiri. . Saya ingin kongsikan masalah tanah di beberapa bahagian di Sabah. Satu contoh jelas kepada rakyat pati ini, ramai yang memiliki tanah di sepanjang jalan dari kampung Paris 1 hingg ke Paris 3 rakyat pati ini juga telah memanam pokok kelapa sawit dan sekarang sedang mendapat hasil daripada tanah adat kita. Contoh ke 2 di kampung Pinanggah. Ramai penduduk kampung yang memiliki tanah yang berstatus NT di daerah ini juga kehilangan tanah tersebut kerana mendapati tanah yang mereka miliki itu sudah menjadi milik oleh syarikat2 besar yang juga mempunyai geran tanah. Penduduk kampung tersebut hanya mengatahui selepas syarikat2 besar ini membangunkan kawasan tersebut. Saya amat berharap agar pihak Jabatan Tanah dan Ukur / kerajaan / polis dan sebagainya yang bertanggungjawab tentang hal ini akan memandang serius kerana perkara menganai tanah ini kerap kali berlaku terutamanya di bahagian pedalaman.
ReplyDeleteYou can all blame this on Dr.M. If not because of Project IC, there would not be so many illegal immigrants being given citizenship here and caused so many troubles for the locals.
ReplyDeleteKerjasama diantara pihak perlu ada bagi mengelak lebih ramai dan lebih banyak berlaku hal sebegini. Namun menyalahkan pelbagai pihak atas kejadian ini tidak akan menyelesaikan masalah....akan tetapi kita perlu bertindak segera agar sama2 dapat menyumbang dalam menangani masalah ini...
ReplyDeletekerajaan perlu memandang serius masalah ini. diharapakan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap jabatan2 yang terlibat terutamanya jabatan tanah dan ukur, polis dan ahli2 politik yang mengadaikan hak sabah untuk kepentingan politik mereka.
ReplyDeleteOverlapping applications in NT Land. It's been going on for years. Only until recently, it was revealed as more problem surfaces on NT Lands. It is suggested to the Govt to take action immediately and investigate Land And Survey Department as this matter is very serious and it involves NT land that was suppose belong to a Sabahan. Fires up an investigation on Immigration Department of Lahad Datu. This is the time to act and wake up from slumber. This guy must be arrested for trespassing and threatening the original and rightful owner of the land.
ReplyDeleteThose illegal immigrants should be thrown into the Amazon River to be the piranhas food. hehe.
ReplyDeleteBut all and all Ninah is the rightful owner of the land and not Wahab. With the Land and Survey and Immigration Department reputation for their corruption in place, no doubt these illegal can get IC and a land that easily.
Betul tu villager..
ReplyDeleteBagus juga la penduduk tempatan sedar akan hak dorang & cepat2 buat bantahan.. kalau tak, entah apa yg jadi nanti oo..
Saya pun berharap akan hal yang sama kitakita..
ReplyDeletesukar sebenarnya deal pasal tanah ni.. Saya sendiri pun sudah hampir putus asa, dengar jawapan dari jbtn tanah 'tinggal tunggu pengarah lagi buat meeting'!!!!
asyik2 jawapan yg sama.. huhuhuu
Hal da berlaku roxy.. pa boleh buat. Yang penting sekarang ni, cari jalan penyelesaian.. siapa salah tu belakang cerita dulu la.. kasi kurang dulu pati di sabah ni pas tu baru ketuk 'dalang' atau yg sama maksud dengannya..
ReplyDeletekalau tak pun ketuk ja la ba semua yang terlibat.. hehehe
Betul Nicole Tasha. Takkan ada benda yg selesai kalau kita asyik menyalahkan. Bgs lagi hal ni diberi perhatian supaya bilangan pati dapat dikurangkan segera - seterusnya dihapuskan sama sekali.. hehhee
ReplyDeleteTrue Boten_Trish...
ReplyDeleteMungkin banyak kes yg dah berlaku cuma ada penduduk yg kurang menyedari hak mereka dats y lah dorang diam2.
Saya pun harap sangat kerajaan dapat pantau hal ni, jadi secara tak langsung permohonan tanah yg kami pohon sejak tahun 96 dapat diluluskan segera:P
Dayang, syukur jugalah si Ninah ni pintar dan terus buat bantahan.. Jadi lepas ni penduduk temapatan haruslah lebih berhati-hati supaya tak kena pijak oleh org lain terutamnya pati.
ReplyDeleterakyat haruslah diberi taklimat mengenai dengan status tanah mereka untuk mengelak perkara seumpama berulang (peranan PBT)...kerajaan (jentera pelaksana) juga seharusnya memainkan peranan dengan lebih aktif yang membabitkan isu2 seumpama...kualiti sistem penyampaian maklumat juga haruslah ditingkatkan bagi mengelak daripada timbul rasa tidak puas hati di kalangan rakyat...konsep 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' haruslah diterapkan secara efektif dalam pentadbiran kerajaan...
ReplyDeletePenduduk bumiputera Sabah harus semakin berhati-hati akan masalah Pati ni yang senang-senang menipu kita. Sedihlah kan...satu hari nanti kita akan jadi pelarian di negeri sendiri. Sudahlah PTI Filipina tuntut Sabah dan ia amat menakutkan kita. Cuma...kebanjiran orng-orang Pati di Sabah juga sebab orang-orang tempatan tidak berminat bekerja di sawit. Ada juga saya dengar..yang pak guard Indon bekerja di salah satu plantation di jalan Sapi-Sandakan tu...ada yang ada Ijazah. Bayangkanlah mereka sanggup datang bekerja di tempat kita...sedangkan kenapa belia-belia tempatan tidak mahu bekerja di tempat sendiri.
ReplyDeletekita sebagai rakyat sabah haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini berlaku. jika perkara ini dibiarkan kita sebagai orang tempatan akan hidup merempat ditempat sendiri. oleh itu kita haruslah sama-sama menbentung perkara ini.
ReplyDeletependatang asing merupakan masalah isu yang relah lama berlaku di sabah. isu ini tidak pernah selesai malah ia menjadi semakin menjadi-jadi, kita sebagai rakyat sabah haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini berlaku. jika perkara ini dibiarkan kita sebagai orang tempatan akan hidup merempat ditempat sendiri. oleh itu kita haruslah sama-sama menbentung perkara ini. pihak kerajaan dan orang awam haruslah bekerjasama.
ReplyDeleteBravo..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIt doesn't make any sense.............your late father, Gayah Bin Mansur is only an applicant and pending for approval. Other applicant was late Allung Bin Laeddin and Idris Bin Sarugal and applied the land in 1979. A year later in 1980 your late father passed away and because of his death , Hj. Wahab Bin Nonong safeguard the applied land from falling to the 3rd party by applying it. So my dear friend there is no means whatsoever your late father, Gayah Bin Mansur developed the said land. So who you guess developed the land and bring development for the benefits of family member for the last 31 years (2011-1980)on the said land. Who you are at that time live without a father? So who clear the forest and fell all the trees in the jungle at that time? The answer is very clear no other than Hj. Wahab Bin Nonong & other family member. He is your uncle, your own blood, your own kind. Do you ever realize, you have twist the fact and concealed the truth. My dearest friend out there, it is no doubt and very clear Sitti Nuhe, her daughter Nina Bin Gayah and her husband Benson Abdul Hari, her daughter Yatimaminah Binti Gayah and their proxy (Hj. Aspala Bin Sahiran and Jimlok Bin Zakaria)twisting the fact and reality. Do the the public want to know the truth who is Benson Abdul Hari? Who is late Gayah Bin Mansur?, Is your father is born in the state of Borneo? Who is Hj. Aspala Bin Sahiran? This is just the beginning and this war will be long and harsh war. You have humiliated Hj. Wahab in the eye of public and twist the fact and concealed the history behind all this conflict. You forget who is your father? You have twist the fact and make a false report claim on Hj. Wahab Bin Nonong without bases? As a moslem, I won't not stop until you turn into an animal. As a moslem believe in Allah swt, no human being do this kind of thing to a man who feed you, protect your interest and care for your well being and dignity for 30 over years. Not even an animal or even a dog do this. Nevertheless, the public want to know the truth who is your proxy and your late father and who is your husband? My dear friend this a matter of family conflict and nothing else. I think we have a lot of homework to do!!!!
ReplyDelete'HUMILIATING MY FATHER IN THE PUBLIC EYE, TELL THE WORLD A BIG LIE, TWIST THE FACT & CONCEALED THE HISTORY BEHIND THIS ISSUE'
ReplyDeleteThere is a costly price to pay for this act............this war is long and harsh. I scared nobody but Allah swt...you can even kill me so long I hold and reveal the truth behind this issue. An animal like a dog is "Haram" is Islam but it is better than you and your proxy, once you feed him he will follow you and most of the time save you from danger. The year is 1980 and your father gone, the said land was in uncertainty and almost fallen to 3rd party. Idris Sarugal is illiterate and could not do anything. The said land was full of tall trees and dense jungle especially the middle of the lot except near toward the road. Your claim uncle so called Hj. Aspala Bin Sahiran where is he at that year and all this while? Did he come over and giving you moral support? Did he fell all trees and clear the jungle? Did he looking after your well fare? Did he care of your well being, safety and education? Did he apply the land for you? Did Hj Aspala Bin Sahiran bring in the development to the said land for you to enjoy? The road, the surau, the neighborhood, the environment and harmony surrounding. Where is Hj. Wahab Bin Nonong (your mother's brother) at that time? Did he reside in Hong Kong, China, Bangladesh, Philippine, etc? Did HJ. Wahab Bin Nonong come from Phillipine in 1980 and come over and encroaching your land? You should be out of your mind and your proxy........You are the most stupid person I have ever know in this world. I am now 46 years old but never witness this kind of act from a human............I still freshly recall the dust and it was drizzling when family members and neighbor gather around you house in Silam Kennedy Bay waiting for the body of your late father brought in form the mortuary of Lahad Datu Hospital for funeral. What did Hj Aspala Bin Sahiran did for your father. He wants to bury your father just like a bird or animal cascaras. So who did you think fight for the arrangement of funeral services for your father as a human and not a dog? "Tarkin" recited and praying is conducted accordingly as a human instead of animal. "MENGAPAHLAH ALLAH SWT JADIKAN KAMU MANUSIA DAN BUKAN SEEKOR BINTANG" .........I know you all will kill innocent people involving others in this family conflict because you stand behind and enjoying backup from you proxy. You will kill innocent people without fear and hesitant. Just like Israel killing Palestinian people without fear and hesitant because of United States backup. I know you are the most idiot and foolish worse than a dog because you don't have the brain. Your proxy is there for you to engineer and architect to worsen the conflict. Hj. Aspala Bin Sahiran and Jimlok Bin Zakaria. You will involving innocent people in this conflict because I will reveal all the truth and let the fellow friend out there to judge, say and conclude because this war is long and harsh.....this is just beginning...you are the 'fist blood' and you have gone overboard beyond human instinct.