Monday, June 23, 2008

Konset : Kebijaksanaan Atau Kebodohan..?

Oleh ibnubakrin

" `Tindakan yang tidak bijaksana`, itulah ungkapan yang dilemparkan kepada Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor ( DPPNS ) berikutan tindakan membantah konsert ratu rock dan dangdut, yang dijadualkan sempena perlawanan bolasepak Piala Sultan Selangor pada 6 Julai depan.


Disini timbul berbagai persoalan, siapakah yang sebenarnya tidak bijaksana; DPPNS yang tidak bijaksana atau kerajaan kerajaan negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat tidak bijaksana?



Apa kena dengan Dato’ Dr. Hassan Ali dan Dr. Halimah Ali, mengapa tidak mereka terlebih dahulu yang membantah atau sudah hilangkah `bahasa perjuangan` sebagaimana yang ditazkirahkan oleh Tuan Haji Aris Awang ( mantan Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah).

Atau terlupakah Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa salah satu rakan kongsi strategik dalam membentuk kerajaan pakatan rakyat negeri di Selangor ialah PAS, sebuah parti yang memperjuangkan dasar Islam? Adakah beliau ingin menguji atau terlepas pandang? Barangkali gimik yang dirancang untuk meraih batuan politik?

Sekiranya gimik politik yang dirancang, rasanya bukan masa yang tepat, apatah lagi isu yang dijadikan sandaran, amat tidak bertepatan. Gimik yang dilihat menguntungkan PKR dan DAP tetapi memangsakan PAS rakan sebantal mereka, bijak kah?


Respon Tan Sri Khalid setelah menerima memorandum dan desakan dari DPPNS dilihat sebagai `sudah terang lagi bersuluh`. Akan dikaji katanya. Apa lagi yang hendak dikaji, bantahan yang cukup jelas dan kukuh.Nyata beliau cuba bermain politik. Beliau boleh saja membatalkannya serta merta tetapi mengapa tidak?.


Natijahnya, DPPNS khususnya dan PAS secara umumnya telah dikambing hitamkan dan dilihat sebagai ortodok dan jumud.Apakah tindakan ini boleh disifatkan sebagai cubaan untuk menghakis pengaruh PAS khususnya di Selangor? Mungkin!


Mungkin bertujuan untuk memberitahu rakyat bahawa fungsi `check and balance` yang ingin diperkasakan? Jika itulah tujuannya, biar isu yang dijadikan sandaran benar-benar mencengkam bukan isu murahan yang sebegini.Tidak memadai manfaat yang diperolehi berbanding mudarat yang diraih.Sedar kah bahawa akidah umat Islam telah tergugat? Contohnya, pertikaian yang diajukan Roslan Aziz dan bagaimana pula dengan ramai lagi yang turut mempertikai diluar sana.

"

Monday, June 16, 2008

MB: Islam Hadhari Buang Masa

Sumber : Malaysiakini
Jimadie Shah Othman | Jun 16, 08 11:51am

Selangor tetap dengan keputusannya tidak membenarkan program mempromosikan Islam hadhari di negeri itu kerana ia "mengelirukan" dan programnya "membuang masa", kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau menambah, Islam hadhari hanyalah "persoalan nama" dan tidak harus menjadi isu.

"Sebenarnya memang tidak ada isu. Isunya, kita tidak mahu menggunakan nama hadhari. Itu saja. Hadhari itu mengelirukan masyarakat. Kalau Islam, Islamlah, buat apa hadhari lagi," katanya, mengulas kenyataan exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali bulan lalu.

Khalid turut menyifatkan program itu sebagai "membuang masa".

"Tetapi kalau aktiviti menerangkan apa itu Islam Hadhari, buang masa sajalah. Itu kita tidak bagi. Buat apa, buang masa.

"Kita bagi kalau nak menerangkan macam mana tauhid, tajwid, bersatu, itu okey. Ini asyik nyanyi lagu Islam hadhari buat apa. Majulah lebih sikit," tambahnya, di kediaman rasminya Sabtu lepas.

Dalam wawancara bersama beberapa media berbahasa Melayu bersempena sambutan ‘100 hari kerajaan baru Selangor’, Khalid bagaimanapun tidak menafikan masih terdapat usaha mempromosikan versi Islam ini oleh kerajaan persekutuan di negeri itu.

"Ada, saya dengar. Ada budak-budak sekolah, budak universiti kena tahu apa itu Islam hadhari. Itu darjah tiga, darjah empat saja.

"Pada saya, (di) peringkat universiti, (perlu dibincangkan soal) mengapa perbezaan Islam zaman Saidina Umar dengan zaman Ottoman (Turki). Dan bagaimana cara ia dibangunkan.

"Macam saya mengkaji macam mana Umar Abdul Aziz dapat memerintah di zaman Bahgdad, (ia) berbeza dengan pemerintahan Ottoman di beberapa tempat (seperti) di Granada, Sepanyol, di Sarajevo. Saya nak buat sesuatu lebih tinggilah. Maknanya orang Malaysia boleh berbincang dengan luas Islam yang kita hendak perkembangkan," katanya, mengulas program-program Islam hadhari yang dijalankan jabatan persekutuan di negeri itu.

Blog Palsu Ali Rustam

Sumber : Malaysiakini

Tidak semua pemimpin politik yang memiliki blog, khususnya selepas pilihanraya umum lalu, mendapat manfaat berkomunikasi dengan pembaca di alam siber.

Ketua menteri Melaka dan juga naib presiden Umno termasuk seorang pemilik blog yang agak malang - dua blog diwujudkan untuk bermain-main dengannya.

Lihat blog-blog ini: http://mohamadalirustam.blogspot.com dan http://mohdalirustam2.blogspot.com.

Menurut laporan Bernama semalam, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat pihak yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau.

Beliau berkata kedua-dua blog palsu itu masih aktif dengan menyiarkan artikel seolah-olah beliau yang menulisnya dan terdapat komen terhadap artikel berkenaan.

Ada pihak tertentu juga memasukkan komen dalam blog mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan nama beliau sedangkan komen itu bukan datang daripadanya.

"Blog saya yang sebenar ialah www.mohdalirustam.com," kata Mohd Ali, lapor agensi berita itu.

Bukan Untuk Dibangga

Oleh abiumar

"a
Tadi semasa minum-minum di kantin sekolah tercapai akhbar Utusan Malaysia... dan kebetulan plak tajuk yang agak hangat dan sentiasa hangat di pasaran mungkin jauh lebih hangat dari soal harga minyak... Silap-silap panasnya boleh membakar.... Huhu. Oklah. Tertarik dengan komen Ustazah Mashitah tentang poligami yang hangat baru-baru ni... Lelaki berkahwin 4 dengan persetujuan semua isterinya... Semua kenalkan Ustazah Mashitah Timbalan Menteri di Jab. Perdana Menteri sekarang ni dan terdengar juga desas desusnya mungkin antara calon Timbalan atau ketua wnaita UMNo huhu. Hangat tu... Tahniah ustazah.

Memetik kata-kata ustazah " poligami bukanlah untuk tujuan berbangga, dan dipertontonkan kepada orang ramai " begitu bunyinya... Erm, pada ustazmuda, lelaki tersebut bukanlah berbangga sangatpun dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Cuma di sini apabila perlakuannya dihidu oleh massa begitulah jadinya. Sesuatu yang pada massa adalah luar biasa pastinya menjadi buruan. Kalau perlakuan biasa pastinya tidak mempunya nilai berita. Secara jujur ustazmuda hormat dan tabik spring pada mereka yang mampu berlaku adil dan seterusnya mengamalkan poligami menepati apa yang telah diamalkan oleh baginda SAW. Rasanya, sanjungan harus diberikan kepada beliau kerana berpoligami secara jujur, berani dan mengikuti apa yang ditetapkan oleh hukum samada hukum ketetapan agama juga undang-undang ciptaan manusia hari ini....

Bayangkan apa terjadi, andai beliau menggunakan saluran yang tidak betul... berkahwin di negara jiran misalnya??? pasti akan berpanjangan ceritanya. Kebetulan dua tiga hari yang lepas... ustazmuda ada berYM dengan seseorang yang mengadu berkahwin secara senyap di negara jiran. Perkahwinan sebagai isteri kedua... dan sekarang beliau telah mengandung anak sulung mereka. Perkahwinan mereka telahpun didaftarkan di sini cuma masalahnya si suami tidak ada keberanian dan kekuatan sebagai lelaki berpoligami. Masih berselindung dari isteri pertamanya dan akhirnya isteri kedua ini mula makan hati... Siapa harus dipersalahkan??? Masih mencuri-curi kerumah isteri keduanya... Seolah mereka bukan pasangan yang sah!!! Begitukah yang kita mahu??? Kadang-kadang ustazmuda menjadi pelik, betapa sesetangah di antara kita membenarkan suami punya wanita lain asalkan jangan berkahwin!!! waliya zubillah.

Untuk anda yang bernama suami... Segalanya pada anda, gunakanlah apa jua jalan yang terbaik sekiranya anda ingin mengamalkan sunnah yang satu ini. Kebijaksanaan anda menjadi nakhoda pada sebuah kapal, pasti kapal anda tidak akan hancur dipertengahan jalan walau bagaimana hebatnya gelombang yang mendatang. Anda harus punya kekuatan sebagai seorang nakhoda. Andai anda yang lemah apa lagi yang mampu dilakukan oleh anak-anak kapal anda.

Maafkan ustazmuda ya, wahai yang bergelar wanita... anda memang tidak akan berpuas hati walau bagaimana bentuk poligamipun dilakukan oleh suami anda. Begitu bukan??? Berpoligami secara sah juga pasti akan mengundang keributan pada anda, apa lagi berpoligami secara sulit!!! Entahlah. Sukar sangatkah untuk seorang wanita menerima sesuatu yang telah dietapkan oleh Allah??? Kalau seorang ustazahpun begitu!!! apa lagi yang boleh dibuat oleh mereka yang tidak punya apa-apa. Huhu.

Cukup dulu untuk kali ini... pastinya sekejap lagi ustazmuda akan dihujani dengan peluru-peluru dari sahabat bernama wanita huhu. Ustazmuda Redho... kerana kadangkala memang kebenaran itu sesuatu yang amat pahit untuk dihadam...

Salam ziarah : http://ustazmuda.blogspot.com/
"

Perhimpunan Dan Kesan

Oleh interlok

"a
Satu lagi perhimpunan aman akan berlangsung pada 29 Julai akan datang dan diadakan pada hari Sabtu jam 3 petang, bertempat di KLCC. Sebelum ini kita pernah digemparkan dengan perhimpunan bersih yang dihadiri hampir 100 000 ribu rakyat yang menuntuk pilihanraya yang bersih.

Perhimpunan bersih menuntut 4 perkara iaitu penyemakan semula daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, memansuhkan sistem undi pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara dan akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya. Perkara ini mendapat perhatian masyarakat seluruh negara dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Rashid Abdul Rahman telah mengambil keputusan untuk memenuhi permintaan rakyat dengan mengadakan penggunaan dakwat kekal.

Tapi apa terjadi rupa-rupanya Tan Sri Rashid hanya membuat lawak semata-mata. Lawak belia bukan menyebab orang suka tapi membuat orang marah. Maknanya perhimpunan raksasa itu sia-sia, bahkan kerana perhimpuana itu ada beberapa orang ternama ditangkap antaranya ialah Muhammad Sabu, Naib Presiden Pas dan juga Tian Chua selaku Ketua Penerangan Keadilan.

,br>Pada 5 Jun negara kita dan juga seluruh dunia dikejutkan dengan kenaikan harga minyak. Maka pada malam itu juga berlaku pakatan menjadi orang gila beramai-ramai dimana setiap pelusuk tempat yang nama dan pengurusannya melibatkan penjualan minyak dipenuh dengan kenderaan untuk mebeli minyak dengan harapan hari esok tidak rugi tanpa disedari bahawa minyak bukan naik satu hari tapi naik untuk selama-lamanya jika pemerintahan masih di bawah kepimpinan UMNO.

Maka rakyat dengan para pemimpin pakatan rakyat telah menggertak kerajaan dengan harapan harga minyak diturunkan. Tetapi Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi telah mengatakan yang dia sudah dapat mengagak rakyat akan marah dan tambahnya lagi rakyat akan boleh menerima dalam 2,3 bulan lagi seperti mana seperti kenaikan harga minyak dahulu. Maka maksud tersirat si Abdullah itu adalah kenaikan minyak ini adalah wajar dan kemarahan rakyat adalah satu perkara biasa seperti mana perhimpunan hindraf dan bersih. Tidak memberi apa-apa makna dan kerajaan tidak gentar.

Jadi perhimpunan yang bakal diadakan ini adakah akan memberi kesan kepada kerajaan? Adakah dengan perhimpunan secara besar-besaran ini akan membuat kerajaan insaf dan akan menuruti kemahuan rakyat maka rakyat pon dapatlah hidup dengan selesa. Kalaulah begitu senang harga minyak dapat diturunkan maka sudah lamalah di negara indonesia harga minyaknya turun kerana di indonesia para rakyatnya hanya berkerja sebagai penunjuk perasaan sejak harga minyak ini naik dan perhimpunanya bukan ratusan ribu tapi sudah menjankaui jutaan rakyat.

Dan memang ramai yang berpendapat yang harga minyak takkan turun dan ini adalah perkara yang mustahil yang harga minyak akan diturun bahkkan akan naik lagi. Jadi apa relevennya lagi perhimpunan itu diadakan dengan misi harga minyak akan diturunkan. Adakah untuk menambah cuka pada luka atau sekadar suka-suka setelah mendapat kesedihan ini.

Atau memang kerajaan pakatan rakyat sudah ada agenda yang harga minyak akan diturunkan selepas perhimpunan nanti. Atau perhimpunan yang bakal diadakan ini di sifatkan sebagai tak cuba maka tak tahu.

Adalah lebih baik perhimpuanan ini di tukar misinya yang hendak di turunkan bukanlah harga minyak,tetapi kepimpinan si abdullah dan si najib dengan harapan bakal pimpinan baru akan lebih bersikap bijak dan cekap dalam menangani masalah negara walau dunia sedang goyah. Itulah pimpinan idaman rakyat.

"

Sunday, June 15, 2008

Berebut Untuk Rebet Kenderaan

Oleh edyesdotcom

"
a

Mintak maaf awal2 bagi yang tersalah maksud tajuk tersebut. Saya tidak menghina mereka-mereka yang ada dalam gambar ini, cuma gamaknya keadaan seperti ini sama di myanmar, atau di vietnam, atau di negara afrika, umpama berebut kupon makanan.

Tapi kita semua kena faham, secara tiba2 keadaan ekonomi negara menjadi gawat angkara kenaikkan minyak yang amat membebankan.

Ini yang sebenarnya kerajaan suka, biar rakyat rasa susah supaya bila diberi sekadar rm625(yang berkos 'milion')setiap yang berkenderaan, rakyat akan rasa RM625 itu sangat besar kerana kesusahan yang dialami. Sedangkan, keuntungan kerajaan hasil jualan minyak berbentuk 'puluhan billion'!!! sila refer entri saya mengenai cukai petronas di sini.

Keadaan ini juga menunjukkan bahawa rakyat semakin sesak. Adakah tuntutan wang itu hanya pada satu tarikh sahaja? Apakah wang akan habis di pejabat pos? jika tidak, kenapa berebut? Menteri pasti ketawa melihat gambar ini seraya berkata "Inilah rakyat bodoh, yang aku perbodohkan".

Cukup lah, saya dah tak tahan lagi dengan karenah kerajaan ini, tunggulah 5Julai nanti dan jangan lupa juga tunggu tarikh keramat 2 September pula, iaitu sambutan 10tahun selepas DSAI dipecat sebagai TPM. Mungkin dengan tarikh itu juga DSAI akan masuk semula, sebagai PM.

Saya dapat rasakan sesuatu akan berlaku dalam tempoh 2-3 hari nie.

gambar kredit untuk sukj. "

Himpunan Protes Minyak Di Seremban

Oleh orangklawang

"
A

Seremban : Sabtu 14 Jun 2008 Tepat jam 11.30 pagi seperti yang dijanjikan PROTES dan gabungan parti-parti Pakatan Rakyat telah mengadakan satu perhimpunan aman di perkarangan Terminal One Shopping Complex membantah kenaikan harga minyak secara melampau yang membebankan rakyat. Pemimpin PROTES seperti YB Dr Hatta Ramly dan Cikgu Badrul telah hadir. Pimpinan parti-parti pakatan rakyat telah dihadiri oleh YB Loke Siew Fook (Ketua Pembangkang / Pengerusi DAP NS), Saudara Zulkefly Mohamad Omar (Pesuruhjaya PAS NS), En Sabaruddin (Setiausaha PKR NS), YB P.Guna (Timbalan Pengerusi DAP) dan YB Hj Taufek Ghani (Ketua DPPNS / ADUN Paroi).

YB Dr Hatta Pengerusi PROTES Malaysia / Bendahari PAS Pusat sedang memberikan ucapan

Pemimpin terakhir yang memberikan ucapan adalah YB Dr Hatta. Beliau mengucapkan terima kasih pada semua yang telah hadir beramai-ramai untuk menunjukkan bantahan kenaikan harga minyak ini kepada kerajaan BN khususnya Pak Lah. YB Dr Hatta juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberikan kerjasama dan telah memberikan ruang kepada RAKYAT untuk menyuarakan bantahan secara aman.

Selepas itu YB Dr Hatta telah mengetuai perarakan RAKYAT yang berarak dari Terminal One Shopping Complex ke hadapan Bangunan UMNO NS untuk menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati kerana UMNO/BN tidak prihatin dengan masalah rakyat. Dalam isu minyak yang nyata dan terang telah menghimpit dan menyusahkan rakyat UMNO hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri tanpa suara dan langsung tidak mahu atau tidak ingin membela rakyat.

Cikgu Bard AMT PKR & AJK PROTES Pusat sedang menyampaikan ucapan yang berapi-api.

Dari Bangunan UMNO perarakan rakyat diteruskan sehingga ke stesen minyak Shell dan perarakan tersebut telah ditamatkan disitu. Seterusnya para pemimpin dan demonstran telah bersurai dengan aman tepat pada jam 12.30 seperti yang dijadualkan.


Saudara Zulkefly Omar Pegerusi PROTES NS dan juga Pesuruhjaya PAS NS


YB Loke Ketua Pembangkang NS dan juga Pengerusi DAP NS sedang berucap.


http://orangklawang.blogspot.com

Saturday, June 14, 2008

Fakta Keuntungan Petronas

Oleh edyesdotcom

"Oleh Kickdefella

aData Bukti Kerajaan Selesa Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah
14 06 2008

Data daripada Bank Negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara membuktikan bahawa Kerajaan sebenarnya selesa dan mewah akibat kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Data Pembedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi


• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.

• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 1.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.

• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.

• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.
(Data di atas diperolehi dari sumber Pembedaharaan Negara dan boleh di lihat umum di http://www.treasury.gov.my/view.php?ch=24&pg=183&ac=1443&fname=attachment&dbIndex=0).


Kenaikan pendapatan kerajaan ini adalah berkait rapat dengan keuntungan besar yang diperolehi oleh syarikat Petroleum terutamanya Petronas yang mengaut keuntungan terus daripada kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia.


Bagaimanapun, Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi tidak melonjak dengan ketara akibat daripada kenaikan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Data Bank Negara menafikan hakikat yang cuba diutarakan oleh kerajaan bagi menaikan harga bahan bakar untuk kenderaan di Malaysia.


(Data Bank Negara boleh di lihat di http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2007/11/pdf/6.3.pdf)

(Walaupun data berakhir pada tahun 2006, tetapi kita boleh bayangkan trend di antara kenaikan harga minyak dan peningkatan perolehan kerajaan apabila pasaran minyak mentah dunia terus melonjak pada tahun 2007 dan 2008.)


Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar, subsidi bahan makanan dan lain-lain.


Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B sedangkan mulai 2006 desas-desus dalam kerajaan untuk menamatkan pemberian subsidi bahan bakar mula timbul.

Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.


Kerajaan membiarkan rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak mentah dunia sebaliknya kerajaan menikmati perolehan yang amat positif dari kenaikan itu.


Sebalikanya data-data dari kerajaan jelas menunjukkan kerajaan sebenarnya mampu dengan selesa menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel dengan meningkatkan subsidi setanding dengan peratusan kanaikan perolehan kerajaan.


Sebaliknya, kerajaan bertindak menaikan harga minyak. Rakyat dijanjikan dengan menanggung sendiri beban kenaikan harga minyak, kerajaan akan mempertingkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk menerusi pembiayaan projek-projek yang mampu meringankan beban rakyat.

Malangnya, walaupun terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak, rakyat tidak pula dapat menikmati janji-janji kerajaan itu. Projek-projek kerajaan yang diumumkan sering dibatalkan dan pembayar cukai dipaksa pula membayar ganti rugi akibat pembatalan kontrak-kontrak oleh kerajaan.


Apa yang jelas lagi bersuluh, beban rakyat bukanlah disebabkan kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kebebalan dan sikap tidak bijak Kerajaan yang diterajui oleh Abdullah Haji Ahmad Badawi.

edyes wrote:

Salin dan tampal demi menyampaikan fakta kepada seluruh rakyat supaya mereka semua sedar bahwa kita ditipu hidup-hidup, siang-siang dan terang-terang !!

Dengan fakta ini, maka terbuktilah ada sesuatu yang berlaku disebalik pengagihan kekayaan Malaysia.

Kita bukan mahu kaya, tapi biarlah kekayaan negara dibahagi secara saksama. Kita tidak mahu lagi beban yang ditanggung rakyat demi kesenangan pemimpin, itu bukan resam orang yang berjasa !


Saya akhiri dengan serangkap pantun,

Harga minyak naik sedolar
Malaysia kita untung berjuta
Tetapi apabila fakta diselar
ISA dan penjara serta merta

Menulis Blog Secara Offline

Jika anda seorang blogger, setiap kali anda ingin mengemaskini blog anda atau menulis sesuatu artikel di blog, anda perlu melakukannya secara online. Dengan kata lain login ke blog dan tulis post baru…ini mungkin satu masalah bagi mereka yang tidak selalu online atau tidak mempunyai akses internet di rumah.

Sebenarnya anda boleh menulis blog anda secara offline. Walaupun tiada talian Internet, anda masih boleh menyediakan seberapa banyak artikel yang perlu dan terbitkannya apabila anda online.

Satu perisian yang digunakan untuk tujuan tersebut ialah Windows Live Writer. Dengan perisian ini anda boleh melakukan kerja-kerja blogging seperti menulis artikel secara luar talian. Suasana persekitaran Windows Live Writer adalah lebih kurang sama dengan ruangan menulis artikel blog anda. Mudah dan senang digunakan.

Cara-cara untuk menggunakannya :

  1. Download perisian Widows Live Writer di sini.
  2. Pasang perisian tersebut di dalam komputer anda. Harus diingat, semasa anda memasang perisian ini, pastikan komputer anda mempunyai akses internet. Lihat langkah pemasangan dibawah.

  3. Getting Started - Windows Live Writer

  4. Setelah selesai proses pemasangan, bolehlah anda mulakan penulisan artikel untuk blog anda sebelum menerbitkannya di blog anda yang sebenarnya.
  5. Bagi anda yang pertama kali menggunakan Windows Live Write, anda boleh rujuk panduan dalam video di bawah.

  6. Basic Authoring - Windows Live Writer

  7. Windows Live Write juga boleh digunakan untuk meletakkan dan edit kandungan seperti gambar, video dan maps. Lihat video di bawah.

  8. Pictures, Videos, Maps & Plug-ins - Windows Live Writer

Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan Windows Live Write ini, sila rujuk disini.

Minyak Oh Minyak

Tak perlu tunggu sehingga bulan Ogos untuk mengetahui harga minyak yang baru…Wah terkejut saya bila mendengar berita malam tadi, tetiba minyak diumumkan naik hari esok (hari ini). Yang lebih terkejut tu harga naik mendadak….Petrol naik 78 sen menjadi RM2.70 dan Diesel naik RM1 menjadi RM2.50.




Selepas minyak, tarif elektrik pula akan diumumkan oleh kerajaan yang akan berkuat kuasa pada bulan Julai ni. Apa nak jadi ni….wa pun tak dapat nak fikir ni….

PETIKAN MALAYSIAKINI : Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.

Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta ‘trak pick-up’ dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.

Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.

Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.

Mendengar cakap-cakap dari orang ramai, kebanyakan dari mereka tak berpuas hati dengan kenaikan yang terlalu mendadak ini. Bila tengok forum-forum kat internet kebanyakan mereka menganggap ini satu penindasan yang amat sangat.

Sempat juga saya mendengar radio TKOfm. Memang hangat perbincangan yang berkaitan dengan minyak ni. Ramai yang mengatakan kerajaan BN (Barang Naik) menghadiahkan bonus istimewa kepada mereka yang mengundi UMNO dan BN. Hadiah yang pastinya akan menyusahkan rakyat termasuk aku ni..ho ho panas

Beberapa petikan daripada Tranungkite.net…:Pengumuman Perdana Menteri yang menaikkan harga minyak dan tarif elektrik petang tadi jelas membuktikan bahawa Kerajaan BN merupakan kerajaan yang zalim dan bankrap idea untuk menjaga kebajikan rakyat.

Jelas sekali rakyat yang mengundi BN merupakan rakyat yang ‘bangang’ dan degil tidak mahu faham dengan hasrat Pakatan Rakyat (dulu BA dan DAP) yang membentuk kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat. Akhirnya kita semua akan menanggung kesengsaraan bukan sahaja harga minyak dan bil elektrik naik bahkan selepas ini harga barangan juga akan melambung naik.

Lagi…:Sah dalam akhbar semalam Datuk Shahrir cakap harga petrol mungkin naik bulan Ogos. Sah Menteri rambut putih tu menipu hangit!

2-3 hari lagi Sah!!!paling kurang pun 1 bulan Sah harga barangan keperluan juga akan melambung naik sesuai dengan kenaikan harga minyak dan Sah beban hidup kita selama ini akan makin bertambah.isu beras pun belum selesai & kini tak sampai sebulan kita dibebani lagi dengan kenaikan harga minyak yang akan menjanjikan kenaikan bukan saja barangan keperluan tetapi juga semua yang berkaitan.pengangkutan awam jangan kita lupa.pendek kata selepas hari ini,perbelanjaan kita akan meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 40% dari jumlah asal.

Ini bukan khabar angin tapi inilah yang akan berlaku dalam masa terdekat ini.mana mungkin harga minyak naik tetapi harga barangan lain dapat dikekalkan sedangkan kos semuanya meningkat lebih-lebih lagi penghantaran.lojistik…

Apa lagi akal para menteri parti Barang Naik selepas ini.kita tidak menafikan kenaikan harga minyak dunia.itu kita faham,tetapi tidak adakah penyelesaian yang lebih baik untuk mengatasinya?mengikut kenyataan Shahrir sebelum ini,harga minyak dijangka naik pada bulan Ogos…praktikalnya ialah biarkan ianya berlaku pada bulan Ogos seperti yang dijelaskan terdahulu.yang naik tetap akan naik tetapi kerajaan seolah tidak memberi peluang untuk rakyat mengolah semula perbelanjaan harian dengan kenaikan yang begitu mendadak.

Akibat daripada pengumuman kenaikan harga minyak ini, stesen-stesen minyak di seluruh negara diserbu oleh orang ramai. Pastinya banyak stesen minyak yang sesak ni sehingga pukul 12 malam. Lihat video kesan daripada kenaikan harga minyak ni….wah sesaknya.

Apa komen anda dengan perkara ini, perkara yang telah menjadi masalah besar….??? Fikir-fikirkan lah.

Gua tak dapat fikir lagi…dah pening..peningggggggg.!!!!

Wednesday, May 21, 2008

PR bangkitkan isu kemiskinan

Oleh pemudawilayah

"Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Isu kemiskinan, khususnya di luar bandar menjadi topik utama wakil Pakatan Rakyat apabila giliran Kementerian Luar Bandar mengambil bahagian penggulungan atas perbahasan titah ucapan diraja, di Dewan Rakyat, semalam.

Dato’ Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), ketika bangun memohon penjelasan, berkata terdapat jalan-jalan kampung yang tidak mempunyai kualiti terbaik ekoran wujudnya dakwaan yang mengatakan kontraktor tidak mengikut spesifikasi sebenarnya, yang menyebabkan kualiti jalan tersebut tidak terjamin dengan baik.

Sementara itu, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata kebanyakan projek-projek jalan raya akan melimpah ruah ketika musim pilihan raya, sedangkan tidak rancak jika tiada pilihan raya.

Justeru, beliau dalam nada berseloroh menyatakan kebimbangan sekiranya rakyat meminta wakil rakyat mereka meninggal dunia untuk mendapatkan projek-projek jalan raya di tempat mereka.

Bagaimanapun, Menteri Luar Bandar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyatakan bahawa kementeriannya akan membuat segala projek kebaikan rakyat secara menyeluruh.

Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) turut menimbulkan soal jalan-jalan di kampung yang sering rosak apabila dilanda banjir, dan meminta kerajaan menyatakan peruntukan dan pendekatan jangka panjang dan pendek.

Dalam jawapannya, Muhammad menegaskan pihaknya akan memberi ’service maintainance’ mengenai masalah tersebut.

Dalam pada itu, Dr Dzulkifli Ahmad (PAs-Kuala Selangor) membangkitkan soal kemiskinan tegar di kawasannya biarpun sudah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

“Dalam keadaan Malaysia sudah mencapai kemerdekaan, wujud wajah dwi Malaysia iaitu negeri maju dan negeri tidak maju. Adakah kementerian mempunyai satu program yang benar-benar apat mengatasi masalah kemiskinan tegar ini?” soal beliau.

Muhammad ketika menjawap persoalan itu berkata kementeriannya hanya menyediakan ‘fizikal development’ seperti bekalan air, elektrik, dan jalan, bagaimanapun bagi program kesedaran dan sebagainya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dilakukan kementerian- kementerian lain. - mks.

"

Gegaran Gempa Bumi

Oleh shuk12ie

"a
Beberapa lokasi di ibunegara dikesan mengalami gegaran berikutan gempa bumi yang melanda Sumatera Utara pada jam 10.26 malam ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter itu adalah punca kepada beberapa gegaran di sekitar Lembah Klang.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang ancaman tsunami, demikian menurut laporan Bernama.

Sementara itu, salah seorang penghuni di Pangsapuri Cendana dekat Bandar Sri Permaisuri di sini, Zainal Abidin Razali berkata kejadian itu menyebabkan hampir kesemua penghuni pangsapuri berkenaan panik dan bergegas turun.

Katanya kesan gegaran itu dapat dirasai dengan begitu jelas berikutan kedudukan unit pangsapurinya yang terletak di tingkat 15.

"Saya memang rasa unit rumah saya bergoyang dan nampak dengan jelas bagaimana kipas siling saya berhayun dengan kuat kerana gegaran itu.

Gegar 16 saat

"Ketika ini boleh dikatakan hampir semua penghuni pangsapuri telah turun kerana bimbang gegaran itu akan berulang," katanya kepada Bernama.

Di Bukit Antarabangsa pula, salah seorang penghuni di pangsapuri lima tingkat di kawasan berkenaan, Mohd Fisol Jaafar berkata gegaran itu dirasai kira-kira 16 saat.

"Pada mulanya saya menyangkakan gegaran itu kerana anak lelaki saya menendang sofa yang kami duduki, tetapi setelah diamati ia bukan satu gegaran `biasa'," katanya.

Mohd Fisol berkata beliau mendapat tahu mengenai gempa bumi berkenaan selepas mendengar laporan Jabatan Meteorologi Amerika Syarikat.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata terdapat beberapa laporan mengenai gegaran itu dari sekitar kawasan Sri Hartamas, Cheras dan Loke Yew.

"Gegaran itu dikatakan berlaku selama lebih kurang 15 minit, dan tidak mengakibatkan sebarang kerosakan harta benda atau bangunan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, jurucakap di bilik gerakan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Selangor berkata pihaknya menerima aduan berhubung gegaran berkenaan di Seksyen 18, Seksyen 26 dan Seksyen 28 dekat Shah Alam.

Katanya lima angggota telahpun dihantar ke kawasan kejadian untuk melakukan pemantauan.

Shah Alam juga bergegar

Dalam pada itu, jurucakap di bilik gerakan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Selangor berkata pihaknya menerima aduan berhubung gegaran berkenaan di Seksyen 18, Seksyen 26 dan Seksyen 28 dekat Shah Alam.

Katanya lima angggota telahpun dihantar ke kawasan kejadian untuk melakukan pemantauan.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi merekodkan satu lagi gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter berlaku pada jam 10.49 malam di Sumatera Utara,kira-kira 408km dari Klang, Selangor.

Gempa bumi yang berukuran sederhana itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang mengesahkan berlaku gegaran di beberapa kawasan, termasuk sekitar Seri Kembangan, Bangi, Putra Perdana, Cyberjaya, Puncak Alam, Sungai Chua dan Kajang.

Bagaimanapun, katanya, gegaran lima saat itu tidak melibatkan sebarang erosakan bangunan atau harta benda.

Di Melaka, beberapa lokasi di negeri ini turut merasai gegaran kecil berikutan gempa bumi di Sumatera Utara malam ini.

Gegaran di Melaka

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka berkata pihaknya menerima laporan gegaran dirasai di bangunan Hospital Pantai, Ayer Keroh, Pangsapuri Peringgit Indah di Peringgit, Ujong Pasir dan di Melaka Raya antara pukul 10.40 malam dan 10.52 malam ini.

"Hanya gegaran kecil," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Penghuni sebuah kondominium di Ujong Pasir, Martin Carvalho, 40, berkata ketika beliau dan keluarga berada di ruang tamu tingkat tujuh rumahnya,tiba-tiba beliau terasa gegaran dan pening.

Katanya dalam kejadian pukul 10.40 itu, beliau sambil mendokong anak perempuan berusia lima tahun dan isteri bergegas keluar rumah menggunakan tangga.

"Penghuni lain pun turut sama turun ke halaman kondominium dan selepas menunggu setengah jam dan keadaan didapati selamat, kami naik semula ke rumah," katanya.

P/s : Sabah pun merasakan gegaran yang serupa.

Mukhriz setia pada UMNO

Sumber : SabahKita

mukhriz.jpgKUALA LUMPUR: "Saya akan tetap setia sebagai ahli Umno dan akan menjadi suara yang lantang menegur kepincangan kepimpinan parti".

Demikian pendirian Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir selepas lebih 24 jam ayahnya memutuskan untuk keluar Umno.

Mukhriz yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno bagaimanapun sependapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad - terus mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sipaya meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Mukhriz mengumumkan pendiriannya di Hotel Seri Pacific di sini kira-kira pukul 5.30 petang dengan dikerumuni sebahagian penyokongnya.

Laporan wartawan mStar Online, Zanariah Abd. Mutalib dari Parlimen menyebut, malam tadi (Isnin) Mukhriz telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di kediaman Hishammuddin.

Mukhriz mengumumkan pendiriannya kira-kira tiga jam selepas Abdullah menemui ahli-ahli Parlimen daripada Umno di Parlimen.

Beliau yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Disember ini pernah menggesa Abdullah agar meletakkan jawatannya ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dan Umno gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menggesa Mukhriz tampil menjadi orang pertama menerima tawaran bapanya untuk keluar Umno.

Sejak Dr. Mahathir mengumumkan keputusannya semalam, Mukhriz dikatakan bakal mengikut jejak ayahnya untuk keluar parti.

Semalam, bekas Dr. Mahathir telah membuat pengumuman keluar parti dan tindakan beliau telah memberi reaksi pelbagai pihak di seluruh negara.

Beliau menyeru ahli-ahli Umno lain turut menyertainya sehinggalah ada perubahan dalam pimpinan parti.

Sehingga petang ini tiada pengumuman mana-mana ahli yang lain akan keluar parti.

Termasuk Dr. Mahathir dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, bekas Naib Presiden dan Setiausaha Agung, Tan Sri Sanusi Junid juga memutuskan untuk keluar parti.

Mengulas lanjut mengenai pendirian untuk kekal dalam Umno, Mukhriz berkata, beliau tidak berbincang dengan Dr. Mahathir mengenai keputusannya tetapi mengakui bapanya sedikit kecewa dengan keputusan beliau.

"Bagaimanapun matlamat utama kami adalah sama iaitu untuk selamatkan parti," kata beliau.

Ditanya sama ada beliau ada memujuk Dr. Mahathir supaya kekal dalam Umno, Mukhriz memberitahu, bekas Perdana Menteri itu tidak akan berbuat demikian kerana tahu bapanya tidak mungkin menukar keputusannya.

Apabila disoal sama ada tindakan bapanya akan mengakibatkan Umno porak peranda, Mukhriz menjelaskan: "Bagi saya Umno kita sudah porak peranda."

Selepas pilihan raya umum ke-12, Mukhriz juga telah menulis sepucuk surat untuk Abdullah mendesak beliau untuk bertanggungjawab atas kesuraman prestasi BN, namun ia disangkalnya.

Terdahulu, April lalu beliau menegaskan jika berlaku perubahan kepimpinan secepat mungkin akan dapat mengelakkan timbulnya ketegangan semasa pertandingan tahunan Umno Disember ini.

Menurutnya, sebarang pertandingan tersebut bakal menimbulkan keretekan dalam parti, dan beliau menyeru Abdullah supaya menyerahkan tampuk pemerintahan untuk timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saturday, May 17, 2008

Ceramah Umum PR Di Kota Kinabalu

Sumber : SabahKita

KOTA KINABALU 16 Mei (Sabah-Kita)
– “Kita akan gegarkan bandaraya ini dengan ceramah umum dari beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pusat dan negeri, bagi menyedarkan masyarakat Sabah mengenai keadaan politik tanah air yang kritikal khususnya di Sabah,” kata setiausaha kerja, Salman Amin.

Menurutnya, rakyat Sabah perlu ‘celik politik’ seperti masyarakat Semenanjung yang semankin menolak Barisan Nasional (BN) dan beralih kepada PR.

Tambahnya, masyarakat Sabah kurang terdedah dengan media alternatif menyebabkan maklumat PR tidak sampai dan beliau menyeru agar mereka ambil peluang ini untuk ketahui isu hangat diperingkat nasional mahupun negeri ini.

Banyak isu hangat yang akan kita bincangkan antaranya isu perpindahan ahli Parlimen Sabah ke PR, isu kerajaan PR di Perak, isu Karpal Singh, isu khinzir dan pelbagai lagi isu yang akan dikupas oleh pimpinan PR,” katanya ketika ditemui.

Jelas beliau, ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Sabah dan Angkatan Muda KeAdilan Sabah (AMK) bertujuan memberi maklumat sebenar yang tidak disiarkan oleh media perdana.

Masyarakat perlu tahu maklumat sebenar mengenai kepincangan BN yang ditutup oleh media perdana, tambahnya.

Menurut beliau, pimpinan yang hadir dalam ceramah tersebut, Pegawai khas, Exco agama kerajaan negeri Perak, Ust Nor Azli Musa, AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Wan Azhar Wan Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling, Ketua Pemuda PAS Sabah, Anuar Ali, Ketua Perhubungan PKR Sabah, Ansari Abdullah dan Ketua AMK Sabah, Abd Razak Jamil.

Justeru, orang ramai dijemput hadir ke Majlis Ceramah Umum pada esok, 17 mei di Dewan Berjaya Palace.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi setiausaha kerja Dewan Pemuda PAS Sabah, Salman Amin di 088-389515 dan 0198693075.

Artikel

S'jaya video: Siasat Mahathir & 5 lagi

Sumber : Malaysiakini

Suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim.

zaid ibrahim parliament pc 080508 02Lima tokoh tersebut - dua bekas ketua hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.

Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata hari ini bahawa kabinet telah mengarahkan Pejabat Peguam Negara untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka.

Sebelum itu, Zaid berkata kerajaan memutuskan untuk mengumumkan laporan suruhanjaya diraja itu.

Orang ramai boleh membeli laporan tersebut mulai minggu depan pada harga RM542.10 senaskhah.

Salinan laporan

Laporan setebal 191 halaman itu telahpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas.

bm version lingam tape probe the gang of sixSuruhanjaya diraja itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Suruhanjaya itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam Lingam, sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang didakwa hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.

Seramai 21 saksi termasuk Dr Mahathir dan tiga bekas ketua hakim negara dipanggil memberi keterangan dalam siasatan yang memakan masa selama 17 hari bermula 14 Januari lalu.

Menurut Zaid, suruhanjaya tersebut telah mengenalpasti dan membuat keputusan bahawa rakaman klip itu adalah sahih dan mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap individu-individu yang dikenalpasti dan dikatakan telah melakukan kesalahan tertentu.

Lanjutan daripada hasil siasatan tersebut, katanya, maka ada kemungkinan berlaku kesalahan-kesalahan di sisi undang-undang seperti yang dihuraikan dalam laporan suruhanjaya berkenaan.

"Jemaah menteri bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta ke atas segala tuduhan terhadap individu-individu yang dinamakan dalam laporan tersebut.

lingam tape 160508 report"Jemaah menteri mengambil kira cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh suruhanjaya untuk memperbaik proses pelantikan hakim supaya menjadi lebih telus dan menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan dan juga untuk meningkatkan kepercyaan orang ramai terhadap badan kehakiman," katanya.

Siasatan adil

Dalam hal itu, katanya, kerajaan sedang menggubal undang-undang yang perlu untuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK).

"Kerajaan juga berhasrat untuk mengiktiraf kuasa mahkamah (judicial power) seperti yang dicadangkan oleh suruhanjaya mengenai rakaman klip video yang mengandungi imej seorang yang dikatakan sebagai peguambela dan peguamcara berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim," tambahnya.

Sehubungan, tegas Zaid, jemaah menteri meminta dan menyeru kepada masyarakat umum, termasuk pihak media untuk membiarkan proses siasatan berjalan secara biasa tanpa tekanan ataupun sebarang prejudis terhadap mana-mana individu yang disebut dalam laporan tersebut.

"Perlu diingatkan bahawa dalam sistem perundangan kita, seseorang yang dituduh atau dikaitkan dengan sesuatu kesalahan itu adalah tidak bersalah sehingga mahkamah memutuskan perkara tersebut," tambahnya.

bar council judiciary dinner 170408 ambigaSementara itu Majlis Peguam mengalu-alukan keputusan kabinet untuk mengumumkan kepada awam laporan siasatan diraja yang menyiasat klip video Lingam itu.

Presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan rakyat berhak mengetahui laporan penuh hasil siasatan suruhanjaya tersebut serta asas-asas ianya dibuat.

Sehubungan itu, katanya, dalam satu kenyataan petang ini, siasatan peguam negara mestilah dijalankan secara adil, terperinci dan dengan segera, bagi memastikan tiada apa pun yang disembunyikan.

Ini, katanya, penting kerana siasatan-siasatan seumpamanya yang dijalankan oleh pihak berkuasa sebelum ini akhirnya ditutup begitu sahaja, tanpa diambil sebarang tindakan lanjut.

Artikel..