Monday, March 29, 2010

PKR MAMPU GUGAT KESTABILAN UMNO SABAH

PENGERUSI Pimpinan PKR Negeri Sabah, Ahmad Tamrin Hj Jaini, telah merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Tawau di bawah kepimpinan Datuk Kong Hong Ming.

Pada sebelah malamnya, telah diadakan satu pejumpaan ceramah politik bersama rakyat di Balung, Tawau. Perjumpaan ini telah berjaya menghimpunkan ramai hadirin terdiri dari orang muda yang berminat untuk mendengar penjelasan mengenai isu-isu semasa dan halatuju PKR dari kepimpinan PKR Sabah.


Di perjumpaan ini, masyarakat Balung telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya mengenai susu-galur sebenar segala isu yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat memandangkan UMNO/BN telah banyak menaburkan fitnah dan propaganda yang negatif terhadap Pakatan Rakyat, maka perjumpaan sebegini dapat memberikan kefahaman sebenarnya kepada rakyat.

Dalam ucaptamanya, Tamrin mengucap syabas kepada Cabang Tawau kerana keberhasilan perjumpaan ini yang begitu mendapat sambutan hebat dan cemerlang dari rakyat Balung dan daerah Tawau.

Satu perjumpaan bertemu rakyat turut diadakan di Silam, Lahad Datu dalam usaha mendekati rakyat Silam. Perjumpaan ini telah berjaya menarik ribuan rakyat Silam dan juga beberapa orang Ketua-Ketua Cawangan UMNO juga telah dikenalpasti turut hadir mendengar ceramah dari kepimpinan PKR Sabah.

Ketua Cabang Silam, Johani Abd Halim telah mengambil satu inisiatif bernas dengan menganjurkan perjumpaan berkenaan.

Lebih kurang 10 orang Ketua Cawangan UMNO turut hadir namun meminta agar nama mereka tidak disiarkan turut memuji halatuju PKR begitu mengkagumkan di mana selama ini mereka digambarkan oleh para pemimpin UMNO Sabah bahawa PKR adalah sebuah parti yang merugikan kaum Bumiputera tapi sebaliknya.

“Kalau kita dengar dan perhatikan betul-betul bahawa sebenarnya pemimpin UMNO hanya menolong dan memperkayakan kroni mereka sendiri sahaja. Betullah tuduhan para pemimpin PKR selama ini,” ujar seorang Ketua Cawangan UMNO Silam.

Kehadiran yang amat menggalakkan merupakan satu tanda aras akan bertambahnya minat rakyat Sabah amnya dan rakyat Silam khasnya terhadap perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.

Ini membuktikan bahawa tafsiran pemimpin UMNO/BN terhadap Pakatan Rakyat ternyata sama sekali meleset. Kehadiran yang begitu membangkitkan semangat jelas membuktikan segala andaian UMNO/BN hanya tinggal andaian sahaja. Syabas Cabang Silam kerana berjaya menganjurkan perhimpunan yang sangat berjaya.

Pada pagi Isnin, jam 10.30 am, Pengerusi MPN Sabah dan rombongan berangkat ke Bukit Garam, Kinabatangan bagi merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Kinabatangan.

Pada jam 2.00 pm, Pengerusi MPN akan merasmikan Mesyuarat Agung Cabang Batu Sapi dan seterusnya satu perjumpaan bersama rakyat akan diadakan di Batu Sapi. Semua ahli PKR dan rakyat Batu Sapi adalah dijemput hadir.

Laporan : HALIK ZAMAN (sabahkini)

18 comments:
Write comments
  1. bagi saya, PKR tidak semestinya dapat menggugat BN di darah Kota Kinabalu. hahahaha... dorang pakatan ni menumpukan usaha menarik penyokong di kawasan yg mana ADUN BN berkenaan malas menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  2. bukan semua kawasan BN teruk bah, sama juga mcm PKR, bukan semua ahli PKR bagus mcm Anwar. apapun, sy confident, dorang belum dapat gugat CM sbb CM bagus bah.

    ReplyDelete
  3. yup BN Voter.. tdk semua baik dan tidak semua buruk. memang sukar kita melihat kesempurnaan mana2 parti. yang penting rakyat perlu bijak memilih. menjual kelemahan parti lain bukan jaminan untuk menang, yang penting tanggungjawab parti itu terhadap rakyat. jd PKR boleh berbangga dengan usaha mereka tapi belum tentu untuk hasil mereka.

    ReplyDelete
  4. kestabilan UMNO di Sabah, UMNO sudah stabil di sesetengah kawasan so target dorang ialah kawsan yg kepimpinan BN nya lemah kan? ini cuma spekulasi pakatan jak.

    ReplyDelete
  5. biarlah Pakatan terus berangan2 mendapatkan Sabah. kami tahu menilai siapa pemimpin yg benar2 layak. Sama juga kepada BN, biarlah mereka terus berharap kononnya mereka tidak tergugat. rakyat sabah sudah lama menilai semenjak mereka berada disini.

    ReplyDelete
  6. Mana2 parti menang pun tidak kisah..yg penting pemimpin yg berkaliber dan mampu untuk memimpin terpilih...kerana jika PKR menang tapi pemimpin tidak perform, sama juga kan...

    ReplyDelete
  7. Leave , betul tu.. Inilah masalahnya kalau ada adun BN yg kurang cekap, sehingga menyebabkan PKR ambil kesempatan tu utk tarik perhatian penduduk di sana...

    ReplyDelete
  8. BN Voter, betul apa kau cakap.. Tu makna takda manusia yang sempurna.
    Tapi kalau soal menggugat kedudukan CM rasanya blm sampai masanya lagi la..

    Apapun semuanya terpulang pada pru13 nanti. hehehe

    ReplyDelete
  9. Syaz, mestilah dorang serang yg lemah dulu.. kalau terus serang yang kuat konpom blm sampai pru13 dah angkat bendera putih. hehee

    ReplyDelete
  10. Tabung, sama2 la kita buat pilihan yg terbaik antara hidup dan mati (uiseymen, semangat kunun) bagi memastikan siapa yg patut lead kita.

    Saya pun betul-betul harap, penduduk Sabah lebih matang dalam membuat penilaian.

    ReplyDelete
  11. Sebab tu la, Lucas jgn alang buat pilihan. Biar yang betul2 boleh perform untuk rakyat dan bukannya diri sendiri saja :)

    ReplyDelete
  12. Gugat kestabilan umno??? hhhmmm tunggu dan lihat ja la next GE baru cakap mampu ka tak.. hehee

    ReplyDelete
  13. PKR mampu gugat kestabilan UMNO Sabah?

    Let's just wait for GE13 now, shall we? *smirk*

    ReplyDelete
  14. Uiks yakin ba team PKR.. jaga jgn over konfiden nanti _______ kan susah. :P

    ReplyDelete
  15. @Elisha:

    Kalo terover confident, terpaksa dorang tunggu next round election...

    ReplyDelete
  16. BN masih kuat di Sabah keranan Bumiputera Islam bersatu dibawah satu panji iaitu UMNO. Tanpa parti lain , UMNO mampu membentuk kerajaan sendiri.

    ReplyDelete
  17. Menerajui kerajaan sejak kemerdekaan dan juga merupakan tunjang dalam BN. UMNO bukan senang digugat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.