Tuesday, April 13, 2021

Pengurangan Saman JPJ Diskaun Sehingga 70% Mulai 13 April


Pengguna jalan raya yang masih mempunyai saman tertunggak dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda kini boleh membayar saman dengan menikmati 70% diskaun mulai 13 April 2021. 

JPJ menjelaskan bahawa diskaun penguruangan saman ini diberikan sempena dengan Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75 Tahun pada tahun ini.

Saman-saman yang layak untuk menerima diskaun sebanyak 70% adalah seperti bagi kesalahan di bawah: 
  •  Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333) 
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  •  Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) 
  • Kaedah-kaedah dan perintah-perintah dibawahnya Kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
Untuk pembayaran saman, orang ramai boleh membayar saman JPJ sama ada di: 
  1. Pejabat JPJ atau JPJ cawangan 
  2. Urban Transformation Centre (UTC)
  3.  Kiosk JPS
  4.  Portal JPJ

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.